Beberapa minggu yang lepas, aku ada mengikuti satu trip yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia. Trip ini juga membawa beberapa orang blogger dan media untuk melawat tapak-tapak projek yang membekalkan tenaga elektrik boleh baharu yang pernah aku tulis sebelum ini.
Antara tapak projek tersebut adalah..
- Tapak Projek Solar Fortune 11, Sepang.
- Tapak Projek Labu Palm Oil Mill, Negeri Sembilan.
Ya. Dalam trip yang mengambil masa dari pagi hingga ke petang ini cuma mampu membawa kami ke 2 tapak projek sahaja. Dah jika tak ada aral melintang, mungkin akan ada satu lagi trip yang akan dianjurkan oleh SEDA Malaysia ke tapak projek yang lain pada bulan Januari 2014 nanti.
Tapak Projek Solar Fortune 11, Sepang.
- Projek ini menggunakan 5 MWp Single Axis tracker project dan melibatkan tanah seluas 36 ekar dibawah lesen Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. Projek ini juga terlibat dengan FiT(Feed-in Tariff) dalam “Malaysia Solar FiT Programme 2011”. (Untuk lebih faham tentang FiT(Feed-in Taarif), sila baca artikel ini –>Apa itu Feed-in Taarif )
- Project Prime Contractor – SunEdison (Malaysia) Solar Engineering Sdn. Bhd.
- SunEdison uses many types of solar panels (solar modules). We are unique in that we are “technology neutral”. In other words, we selest the right technologies that provide the most reliability and value, and then we customize our systems to meet our customer’s financial, power production and facility needs.
- Di tapak projek ini, kami belajar banyak benda penting. Dari mula proses pemasangan panel Solar, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana sumber elektrik dihasilkan dari panel-panel solar ini. Termasuklah kelebihan dan kekurangannya. Pendek kata, terbuka jugalah minda kerana sebelum ini cuma boleh tengok di internet sahaja. Kali ini, boleh tatap sepuas hati dengan panel-panel solar yang lebih besar dan boleh disentuh.
- Malah, Tapak Projek Solar Fortune 11 di Sepang ini juga merupakan satu-satunya tapak projek yang mempunyai “tracker system” yang boleh mengesan pergerakan matahari dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari untuk memaksimakan penghasilan sumber elektrik dari matahari melalui panel solar tersebut. Dan inilah projek pertama yang menggunakan “tracker technology” di Malaysia.
- Terdapat lebih dari 100 pekerja ketika pembinaan tapak projek ini dan terdapat hampir 20 orang pekerja untuk “operation” dan “maintenance stage”.
- Kelebihan Projek Solar Fortune 11 ini adalah boleh menghasilkan 7615 MWhr tenaga elektrik dan CO2 emission saving of about 5254350 kg/year.
- Dikenali juga sebagai “The Malaysia’s 1st Solar farm with Single-Axis System“.
Labu Palm Oil Mill, Negeri Sembilan.
- Tapak projek ini dibina di Labu, Negeri Sembilan.
- Tujuannya adalah untuk melakukan kajian atau eksperimen atau “research” tentang semua aspek dalam teknologi “Palm Oil Milling”.
- Tapak projek ini diuruskan oleh Kumpulan Guthrie Berhad.
- Kami sampai ke tapak projek ini pada waktu petang. Turun aje dari bas, “bau wangi” memang semerbak bertempiaran. Haha..
- Kami disambut dengan gembira oleh pegawai-pegawai dari pihak MPOB Palm Oil Mill Technology Center (POMTEC). Sampai sahaja, kami terus dibawa ke satu bilik untuk mendengar taklimat ringkas tentang bagaimana “POMTEC” beroperasi sebelum melakukan lawatan ke kilang dan kawasan yang lain.
- Pendek kata, banyak juga yang kami belajar ketika berada disini. Proses bagaimana tenaga biomas dan tenaga biogas dihasilkan dari mula hingga proses teakhir. Dan kami juga berpeluang untuk melawat kilang atau stesen janakuasa Biomas dan Biogas tersebut.
- Kami juga tahu serba sedikit tentang proses sebelum terhasilnya tenaga Biogas dan tenaga Biomas seperti proses Trash Removal, Conitinuous Sterilisation, Plant Wide Automation, New Boiler technology, Phenolic Pilot Plant, Empty Fruit Branch Processing Plant, New Enviromentally, friendly Clarification Process, dan New Effluent Treatment Technology. Dan banyak lagi sampai naik pening kepala dibuatnya. Itu belum campur cerita tentang bakteria dan terkeluar istilah aerob dan anaerob yang rata-ratanya memang tak berapa faham. Nasib baiklah aku pernah pernah masuk kelas “Biology” masa kat sekolah dulu. Jadi, bolehlah faham sikit-sikit. Tak adalah rasa macam bebal sangat masa pegawai-pegawai tu dok terangkan apa yang patut.
- Layanan dari pihak Palm Oil Mill memang terbaik. Nak masuk kawasan kilang dan tempat pemprosesan termasuklah kolam “treatment” tu..semua mesti pakai “vast” dan topi keselamatan. Patutnya, kasut pun kena pakai kasut yang disediakan. Yang lebih mengagumkan, siap ada jamuan kecil-kecilan lagi selepas habis menjelajah kawasan tapak projek tersebut.
- Palm Oil Mill – Kilang Kelapa Sawit. (Kena beritahu, takut-takut ada orang tak tahu bahasa english..)
Makluman.
Bermula 1 Januari 2014, sumbangan (RE Fund) kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) telah dinaikkan dari 1% ke 1.6% dan dikenakan ke atas semua pengguna elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricuty Sdn. Bhd. (SESB). Hanya pengguna elektrik domestik yang menggunakan tenaga tidak lebih dari 300 kilowat jam (kWj) atau RM77 sebulan dikecuali dari sumbangan (RE Fund) ini iaitu 70.67% (TNB) dan 62% (SESB) dari jumlah keseluruhan pengguna elektrik domestik – SEDA Malaysia
Jadi, jimatkan penggunaan elektrik dirumah-rumah anda. Jangan lupa, belajar juga cara kira penggunaan kadar elektrik di rumah masing-masing agar tidaklah terkena membayar sumbangan atau tarif galakan (RE Fund) setiap bulan.
Kesimpulan.
Aku agak berpuas hati dengan lawatan ke tapak projek Solar Fortune 11 di Sepang dan juga lawatan tapak projek Labu Palm Oil Mill di Labu. Secara jujur, kalau aku tak pergi ke tapak projek ini, aku takkan tahu bagaimana proses tenaga solar, tenaga biomas dan tenaga biogas dihasilkan dan bertukar ke tenaga elektrik untuk kegunaan domestik di Malaysia.
Layanan dari pegawai-pegawai di Solar Fortune 11 dan Labu Palm Oil Mill dan juga penerangan dari pihak SEDA Malaysia yang mengiringi lawatan ini sangat mantap. Senang cakap, puas hati dan kalau ada lawatan lagi, in-sha Allah, aku nak pergi lagi. Apapun, terima kasih semua!
Sumber gambar dan rujukan
- SEDA Malaysia dan SEDA Malaysia Photostream
- KeTTHA – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- SEDA Malaysia – Sustainable Energy Development Authority Malaysia
- Tapak Projek Solar Fortune 11, Sepang.
- Tapak Projek Labu Palm Oil Mill, Negeri Sembilan.
18,903 total views, 3 views today
Aku tak dapat pergi hari tu..ruginya..memang best la info2 ni.
rugilah hang tak dapat gi.
best woo..
Pertama kali tahu pasal ni. Nice sharing!!
tak apa.
sekadar berkongsi dan menyebarkan.
nampak cantik tersusun solar panel tu.
itulah.
pandai diorang setting tu semua. Cantik tersusun rapi indah dimata dan dihati.
bau wangi, kahkahkah…
elok jer encik baju biru tu sandar..
dapat port baik.
haruslah sandar. hehe 😆
tenaga dari Solar Panel Fortune 11 Sdn Bhd ni dijual pada TNB ke bro.
ringkasanya apakah sebenarnya tenaga biomas dan tenaga biogas tu…nama tenaga pun tak berapa faham…heee
Lebih kurang, ginilah. fortune 11 ni akan bekalkan tenaga elektrik. TNB akan beli. Fortune 11 akan dapat duit pada setiap bulan.
Tenaga biogas ni, tenaga elektrik yang dihasilkan dari kilan pemprosesan diorang. Kelapa sawit tu diproses dan melalui stesen janakuasa biomas. Dari stesen itu, gas akan terhasil. Dari gas itulah, tenaga elektrik dihasilkan. Dan tenaga elektrik itu dijual kepada TNB setiap bulan.
Tenaga biomas pula, tenaga elektrik yang dihasilkan dari kumpulan sampah atau hampas atau benda-benda yang sama waktu dengannya. Dimampatkan, diproses di stesen janakuasa biomas. Dari stesen itu, tenaga elektrik dihasilkan. Tenaga elektrik tu, dijual kepada TNB pada setiap bulan.
Lebih kurang, gitulah flownya. Nanti aku terangkan tentang tenaga biogas dan biomas dalam satu artikel penuh. Ini artikel cerita tentang site visit aje. Tak larat nak tulis semua benda dalam 1 artikel.
CPO, KPO makanan aku sewaktu projek design masa undergrad dulu. kerap ulang alik ke POM kat sedenak. Dulu la..skrg…. main bakteria, gene whatsoever.
haha..ini mainan orang lab nih..
menarik..dan baru pertama kali tau pasal tenaga lektrik daripada kelapa sawit
diproses untuk menghasilkan gas dan diproses jadi tenaga elektrik.
banyak kerja dan modal. Tak semua orang mampu lakukannya.
Lepas ni boleh ler buat tenaga eletrik sendiri daripada kelapa sawit, sampah dan lain-lain atau guna solar untuk kegunaan rumah. kalau ada lebih boleh jual kat TNB pulak…wah best!
kena ambil lesennya dulu.
bukan suka-suka hati boleh buat ni. hehe..
Saya cukup suka topic sustainable power generation nie. Kalau dapat buat site visit camni fuhh.
Pergi je tempat tu.
Cakap nak buat site visit. 😆
aku suka entry ni lagi lagi kalau pasal panel solar, negara kita aku rasa sepatutnya labur besar dalam bidang ni, negara kita sepanjang tahun cahaya matahari tuh, x perlu TNB nak beli tenaga elektrik dari pengeluar lain, TNB sendiri yang sepatutnya labur dalam bidang ini dan menjadikan ianya murah, praktikal dan menjimatkan dan malah minyak yang dibakar untuk hasil elektrik boleh jual ke pasaran luar untuk tambah pendapatan negara
dah banyak labur dah rasanya.
Dan banyak lagi duit diperlukan untuk buat benda macam ini nanti.
pernah sekali masuk palm oil mill masa belajar kat pahang dulu,untuk projek tahun akhir..tapi yang paling ingat bau ngan asap kat situ je,hehe
bau asap kat situ memang wangi habis. hehe
wah…bestnya dpt visit tempat mcm ni…. dpt bnyk info pasal tenaga solar n biomas yg akan digunakan di Malaysia… 🙂
Memang seronok gak la pergi tapak projek macam ni.
terbuka minda dibuatnya. 💡
Wahhh menariknya..seronok membacanya..walaupun agak tak berapa nak faham sangat, tapi boleh lagi otak ni terima..hehe..kena baca banyak kali baru leh faham dengan jelas dan nyata..
haa, jadi, silalah baca banyak kali ye.
wordpress mmg best… erk, lari tajuk…
Ya. wordpress memang best.
ambik lesen buat loan n buka bisness
bestnya. memang insan terpilih la yg dapat p tu. pengalaman yg tiada tolok tandingnya
Ya. Minggu depan rasanya akan pergi tempat lain plak. 😆
wah pengalaman menarik ni hehe..nak juga pergi site tgk sawit 🙂
Ler..banyak ladang kelapa sawit kat malaysia ni. Gi la tengok. hoho..
Assalam..
Nak tanya macam mne nk contact Labu Palm Oil Mill? Kami ingt nk buat trip ke sana gak..
saya student buat reserch tentang solar farm technology. macam mana saya nak dapat permission utk adakan lawatan yer?
Satu ilmu baru lagi ni..lepas ni kena lagi berjimat cermat guna elektrik 🙂
Macam mana saya boleh dapatkan contact number yang kat negeri 9 tu 😆 .. saya teringin untuk buat lawatan.ke sana
Memang perasan pun.
2 tahun lepas baru dilancarkan pasal solar nie.
Sangat bagus dengan keadaan iklim negara kita yang panas kan.
So ada alternatif lain la juga untuk jana elektrik.
Memang terbaik info nie…solar pon buat bisnes masyuk gak nie..xbuat buku rahsia solar ker abg titan? 😆
Banyak gambar share tue…
gambar solar…gambar ladang solar…gambar seminar..
gambar buah titan…ehhh silap..buah kelapa sawit…
gambar abg cendol kacak bergaya solo punya takde ker…
gmbar yg ada masa khusyuk dengar ceramah takmau aa..