Ya.
Teringin sangat.
Bila tengok brader Denaihati dok seronok melawat ke Masjid Al Aqsa tu, hati ini membuak-buak ingin pergi ke sana. Mungkin suatu hari nanti. Bersama-sama isteri-isteri tercinta.
Yelah. Takkan nak pergi sorang-sorang. Tak seronoklah, kan?
Tapi, kalau korang teringin nak pergi jugak. Tak salah. Bawa sekali juga isteri-isteri dan anak-anak korang semua. Jangan tinggal sorang pun.
Yang lebih penting, jangan tersalah tempat. Ada yang tak dapat membezakan yang mana satu Masjid Al Aqsa dan yang mana satu Dome of the Rock itu. Paling mudah, perbezaannya yang KETARA dapat dilihat melalui gambar dibawah.
Lebih senang lagi, inilah gambar Masjid Al Aqsa. Sila “SAVE” banyak-banyak gambar ini dalam smartphone korang yang mahal itu. Apa guna beli handset mahal-mahal tapi tak nak save gambar masjid yang cukup istimewa ini, bukan?
Haa.
Tatap betul-betul gambar diatas. Aku kasi BESAR-BESAR punya gambar.
Di dalam kota Baitulmuqqadis terdapat tempat suci tiga agama iaitu Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ishak a.s yang kemudian disempurnakan oleh Nabi Sulaiman a.s. Dome of the rock yang yang dibina oleh Abd Al-Malik ibn Marwan pada tahun hijrah 72 juga terletak dalam kawasan Masjid Al Aqsa yang di dalamnya terdapat batu dimana Rasulullah S.A.W mikraj ke Saidatul Muntaha bertemu Allah. Hari ini Dome of the rock diuruskan oleh Kerajaan Jordan atas persetujuan perjanjian tahun 1967. Raja Jordan King Hussein telah mengecat kubah dengan emas asli seberat 80 kg dengan belanja USD6 juta. Ramai yang keliru menyangka kubah berwarna emas ini sebagai kubah Masjid Al Aqsa. Dome of the rock bukanlah masjid tetapi ada dewan yang besar untuk solat sunat mengambil berkat. – Denaihati.com
Kesimpulan.
Aku kena kumpul duit banyak-banyak kalau nak pergi melawat Masjid Al Aqsa ni. Yelah, nak bawa bakal isteri-isteri lagi. Mesti perlukan belanja yang agak besar. Itu belum lagi nak tunaikan haji dan umrah nanti.
Sebab itulah aku kerja kuat masa bujang ni. Dah kahwin nanti, aku kerja kuat benda lain plak. Haha..
Sumber gambar – Instagram Denaihati
Ps: Okeh. Nak gi kenduri dan tahlil jiran sebelah. Malam ini malam ketiga.
9,074 total views, 1 views today
Isteri2 ehhhh.. ayat lu memang x terkalah ler
Lu pegi gua tumpang sekakilah.. bahaha
ok brother.. gd luck
Betul tu. Isteri-isteri bro titan.
adehh, rugi lak tak letak isteri2, haha..
terboikk
Mudah-mudahan amin..
Amin..semoga di terima.. 😆
Cukup la kot duit affiliate tu nak ke sana..hehe
Betul tu. Insyallah ada rezeki sampai sana. 😆
boleh bawak isteri-isteri, jangan bawak isteri orang sudah…heee
billion terima kasih kerana sudi sertai kontes kisah #kembarapalestine dan semoga sukses.
boleh bawa isteri-isteri nanti. 😆
amboihh… belum apa dah banyak calon nya… haha.. kalau mampu dan adil takper, x salah pung…
owh selama ni mmg sangka kubah emas tu masjid al aqsa
Insyallah kena adil jika nak bawa isteri-isteri bro titan nanti.. 😀
Bersama isteri-isteri tercinta? wahhh… hehe…
Bersama isteri2 tu.. 😆
Income online bro tuh pun dh leh wat tambang dh..hehe
He3.. Thorbaek… lagipun ramai yang slalu salah antara dua masjid tu..
jom kita gerak sama-sama ke sana bro…=)
harap2 le juga kita dapat pi
Semoga impian kau dimakbulkan Allah. Itu impian setiap umat islam. Aku pon sangat2 teringin…
tapi maslahnya gua cuma ada isteri je..belum ada tahap isteri-isteri lagi..hahaha..cepat la kahwin bro
Emm insyaAllah boleh pergi nanti tu..hehe..
gudluck bro..
whoaa… punya la x amik tahu, tak pernah tahu kata dome tu bukan kubah masjid al-Aqsa.. masyaAllah… Alhamdulillah dapat pengetahuan baru kat sini…
(kagum dgn penulisan en. titan)
Andai la dapat menjejakkan kaki ke bumi barokah ini…