Entri Giveaway ini aku cuba buat seringkas dan sepadat mungkin.
Memandangkan line internet agak huru-hara dan tidak menentu, jadi selagi aku boleh tulis artikel hari ini, aku tulis secepat mungkin. Kalau nak tunggu esok lusa, entah line ok atau tidak gamaknya. Tak larat dah nak menunggu.
Okeh.
Giveaway Faizalpj.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan ini merujuk kepada ulang tahun perkahwinan kedua blogger Faizalpj.com pada 10 Disember 2013 yang lepas. Sekali lagi, ulang tahun.
BUKAN perkahwinan BINI kedua beliau.
Yang itu, aku tak tahulah bila agaknya.
Tapi kalau berhajat dihati, hati-hati lelaki kacak seluruh Malaysia menyokong TEGUH dibelakang beliau.
Kelemahan dan cadangan untuk dibaiki di blog Faizalpj.com.
Aku cuma nak ulas benda ini sahaja untuk mencukupi syarat giveaway tersebut. Ini bukan kritikan. Lebih kepada cadangan dan pembaikan. Nak ikut, ikut. Tak nak pun tak apa.
- Bila diperhaikan. blog Faizalpj.com ni macam pengguna wordpress berbayar. Tapi DUA kali tengok, aku dah tahu mamat ni adalah pengguna blogspot yang sejati. Celah mana aku tahu? Senang aje. Aku juga merupakan pengguna blogspot yang sejati sejak tahun 2003. Jadi, tak payah tanya bagaimana aku tahu. SEKALI tengok aje, memang aku dah tahu. Jadi, nasihat aku, bertukarlah ke wordpress berbayar. Manfaatnya, akan ko tahu lepas dah bertukar.
- Dari segi design, hal-hal teknikal dan yang berkaitan dengan blog dan juga theme. Aku sebenarnya malas nak sentuh sebab dah cukup ok dah. Cuma kalau blog tu ada header yang lebih “JELAS” dari sudut trademark, jenama dan pengkhususan, itu lebih bagus.
- Sebenarnya, aku tak dapat nak kategorikan blog beliau khusus pada kategori apa atau niche apa yang beliau tekankan dalam blog beliau. Lebih senang, blog ini lebih kepada personal blog yang agak mencintai EMAS dan juga minyak wangi. Jadi, kalau itu kekuatan blog itu dan juga kekuatan beliau, TEKANkan dalam blog tersebut termasuklah diruang header, banner, sidebar dan dalam artikel. Kalau beliau jenis tak suka beritahu, itu lain ceritanya.
- Seorang suami yang sukakan emas. Patutlah bini hang sayang kat hanggggg. Hari-hari dok cerita emasss..
Dah,
Aku nak ulas panjang lebar pun, aku dah tak tahu sebenarnya sebab blog tu dah ok sebenarnya. Cuma perlukan “sentuhan peribadi” yang boleh menjadikan blog itu lebih CANTEK dan PADU dimata para pembaca. Senang cakap, masih banyak usaha lagi. Lebih-lebih lagi kalau nak jadi blogger popular ataupun blogger hebat. Itu memang banyak gila kerja kena dilakukan dengan penuh kasih sayang.
Itu sahaja.
Sekian, terima kasih.
3,619 total views, 1 views today
bro ada chance monang nih , good luck yer…
semua orang ada peluang nak menang.
Cuma giveaway ni, kira macam lambung duit syiling aje.
Semoga berjaya sifu titan
Terima kasih. Mudah-mudahan boleh menang. hehe. 😆
hmm..antar calon tuk jadi pemenang ni..gud luck bro..gua xde mood nk join mana2 kontes skang ni..hu3
takpe. nanti masa lu ada mood, lu join la. 😆
Alamak…contest ni tak join lagi…dah expired ke ekk??adusss…gud luck encik titan..hehe
Sekarang, memang dah expired la kot.
kalau menang myak wangi boleh bg kat mak.hhahahha