Menjawab kepada persoalan semalam..
Aku memang ada jawapan aku sendiri. Dan mungkin jawapan aku agak sukar untuk sesetengah orang terima. Yelah, setiap orang ada pemikiran berbeza. Walaupun rambut mungkin sama hitam tapi bulu ketiak takkan sama panjangnya, kan?
Begitu la juga dengan aku.
Ada banyak sebab kenapa aku tak pergi event.
Dan untuk pengetahuan korang, aku bukan jenis orang yang mengada nak sangat pergi event sana atau event sini. Aku juga tak cemburu sedikit pun bila aku tengok korang gembira bila dapat pergi event sana, event sini. Dapat jemputan syarikat itu dan syarikat ini.
Sedikit pun aku tak cemburu.
Sebab aku tahu, itu rezeki korang. Itu cara dan pilihan korang.
Aku? Aku tak pilih cara ini sebagai pilihan utama aku untuk cari duit. Aku ada cara aku sendiri. Sebab itu, memang susah la korang nak nampak muka aku kat mana-mana event atau mana-mana iftar. Setakat ini, aku tak pernah lagi buka diluar. Semua makan kat rumah, masak sendiri atau balik rumah mak bapak aku, buka kat sana. Tapi mungkin esok akan pecah kot sebab ada event kat Banting nih. Tahun lepas aku diajak gak pergi ke iftar yang lebih kurang sama, tetapi aku agak sibuk, jadi tahun ini mungkin ada peluang untuk pergi ke iftar esok.
Secara jujur, aku ni jenis malas nak pergi event melainkan..
- Event itu dibayar dengan satu jumlah yang menguntungkan di pihak aku. Jadi, selepas buat kira-kira jika aku tak untung, memang jangan harap aku pergi sesebuah event tu. Pengalaman lama banyak mengajar aku agar tidak lagi tertipu buat kali kedua walaupun dah banyak kali dua aku kena tipu..
- Keuntungan boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Duit, itu sudah tentu. Siapa tak mahu duit? Kedua, aku tengok dari segi nilai sesuatu event itu. Jika event itu aku rasa dapat berikan aku sesuatu yang lebih bermakna dan berbaloi untuk dihadiri atau sama nilainya dengan duit, berkemungkinan aku akan pergi. Mana tahu, pergi event tu boleh jadi penyebab aku jumpa bakal bini ketiga aku? Siapa tahu, kan?
- Atas dasar kawan-kawan. Ini salah satu sebab aku pergi Event. Tapi agak-agak la. Aku kat Banting, korang ajak aku turun Johor Bahru. Sakit gak la kan aku nak turun sana? Kalau nak kata aku sombong ke apa, aku pedulik apa. Ingat senang ke aku nak rempit ke sana? Lagi-lagi dalam bulan puasa ni??
- Cukup tidur, cukup rehat. Kalau tak cukup tidur, lebih baik aku tidur dari pergi Event, kan? Waktu tidur dan rehat aku mesti cukup sebab aku nak hidup dengan lebih lama. Bersama bakal-bakal bini aku.
Pendek kata, tak ada bayaran, jarak perjalanan tidak terlalu jauh dan ada nilai sesebuah event adalah 3 syarat utama yang aku letakkan untuk aku pergi mana-mana event.
Ya. Korang boleh kata aku sombong ke apa ke.
“Wah brader, kerek gila luuuu!!”
Aku pedulik apa. Aku seorang yang sangat sibuk. Walaupun aku tak ada kerja pun, aku akan sentiasa cari kerja dan menyibukkan diri. Jadi, untuk mengatakan aku adalah orang yang sibuk. Ya, aku setuju. Masa aku sangat berharga. Lebih baik aku habiskan masa aku bersama mak dan abah aku. Lagi berbaloi.
Jadi, sebab itu aku banyak tolak ajakan orang kalau tak kena harga dan nilainya. Sebab itu aku lebih banyak terima review dan advertorial berbanding pergi event.
Harga sebuah review dan harga pergi Event
Kalau korang tanya aku, harga yang perlu korang DAPAT untuk pergi event sepatutnya LEBIH TINGGI berbanding harga korang tulis review dan advertorial. Jadi, sila bandingkan harga atau pun upah yang korang pernah dapat. Adakah harga yang korang dapat dengan pergi event itu berbaloi? Harga korang pergi event + tulis review/advertorial lebih tinggi atau lebih rendah berbanding harga tulis review dalam blog korang?
Tapi, aku boleh timbang kati gak. Pepandailah korang pujuk aku. Tapi syarikat besar memang tak berani ambil upah dengan aku. Semua pengecut. Aku caj mahal, cakap tak mampu. Entahlah, kekadang aku tak faham betul syarikat ni..duit untung juta-juta tiap tahun, malah lebih dari itu, tapi upah event + review..nak bayar lebih dari RM300 pun tak mampu?
Ya..aku tahu. Harga aku mungkin mahal. Syarikat-syarikat tu boleh bayar RM30-RM50 untuk satu job pergi event + review kepada 10 orang yang lain. Daripada dapat SATU review sahaja dari aku..diorang boleh dapat SEPULUH review dari orang yang berbeza. Terpulang, itu hak diorang. But harga aku..aku tetapkan. Orang lain kalau nak terima RM30 atau RM300 untuk satu job. Terpulang.Itu hak korang nak terima atau tidak.
“Gua? Gua memang takkan terima la. Ciput gila bayaran!”
Itu la biasa yang berlaku bila aku terima approach dari syarikat besar. Kekadang, aku lebih suka terima job dari syarikat kecil atau usahawan yang baru nak naik. Even aku caj dalam RM300 pun, diorang takde masalah punya. Dan memang selalunya, aku over-deliver kerja pada mereka. Itu bonus bagi mereka yang sanggup upah aku. Penghargaan dari aku untuk mereka kerana berani memilih aku.
Haha..
Dan benda yang sama berlaku dengan kebanyakkan Blogger Otai dan Top Blogger Malaysia. Hampir 100% dah malas pergi event sekarang, kan? Siap boleh main pass-pass lagi event tu kat blogger lain. Kalau pergi pun, sebab atas dasar sahabat. Blogger famous atau blogger popular, masih perlu pergi event sana-sini kerana itu salah punca pendapatan mereka yang utama. Tak pergi, kurang la dapat income. Tak boleh salahkan mereka sebab ini salah satu cara utama mereka untuk survive.
Tapi bagaimana pula dengan blogger yang baru nak naik? Nasihat aku, pergi EVENT. Jangan mengada nak jadi macam blogger otai, Top blogger, blogger famous atau blogger popular. Korang baru nak naik, pergilah event kalau ada peluang. Kenal mana-mana blogger yang berpotensi boleh naikkan nama korang. Kenal sikit dan ampu syarikat-syarikat yang suka mempergunakan orang tu. Tempellah dengan mana-mana blogger dan belajar dari mereka. Tak salah, jika ini memang pilihan yang korang tentukan.
“Habis..bro kira blogger otai la ni sebab tak pergi event?”
..
…
“Tak. Gua cuma suka makan cendol aje. Tak lebih dan tak kurang.”
** Sebenarnya, aku MALAS nak pergi event. Apa aku taip ni, ni semua alasan lebih je..
Ps: Dunia blog ni memang kejam dan penuh kegelapan, kan? Jadi, semoga terhibur dalam dunia blog ini. Haha..
10,086 total views, 1 views today
ko malas nak pi event, aku lagi lah malas, dok utara nun jauh tuh, event semua nak belah KL, Selangor dan Johor jer, mana la aku nak join jauh cenggitu
Terbaek.saya pilih cendol
Tak mau tinggal dengan nak cari no 3 haishh, ok apa satu alasan yang bagus mana tau terjumpa dengan mana-mana bakal isteri tak kisah la yang keberapa pun.
aku memang x pernah pergi mana2 event lagi seumur hidup ni hehehe
Bulan puasa, semua event dibekukan daripada menghadirinya….selain dari bulan puasa boleh dipertimbangkan…tapi tak pernah dapat jemputan pun hoho
Point yang ko berikan tu ada jugak dalam point aku..hahaha
Macam ko takpe…. banyak benda yang ko boleh isi masa lapang….
muja tak pergi memang tak de sebab lain,, sebab jauh,, kalau ada event,, and boleh pergi,, mmg muja pergi punya,, ekekeke
Saya tak pergi event sebab jauh terpisah oleh lautan 😀
Hati batu rupanya, patutlah berjaya 😀
Ramai juga yang sanggup ambil advertorial yang rumah daripada review Encik Titan. Hoho.
Rambut sama hitam selera lain2…masing2 ada cara tersendiri dan selesa dengan cara dia untuk mendapat ”sesuatu” dari dunia blog.
Apa-apa pun yg penting strategi memasing untuk standing among the crowds.
klu saya diberi peluang nak juga, apapun rezeki masing2 kan
buat even sesama kengkawan makan moreh tepi tangga masjid jah. haha. kalau event event high class blogger top lah sangat (tangan didada mata tgk atas) tak pernah lagi la join.
bagi saya blogger yang menetap di Kota Kinabalu, alamat pokai lah kalau setiap kali ada event mesti nak pergi .. tambang kapal terbang agak mahal apatah lagi kalau kerap berulang alik dua tiga kali dalam sebulan.. belum masuk kos hotel dengan makan.
Alhamdulillah dan terima ksih bro dah daftar walaupun sibuk, insyaAllah jumpa disana esok.
gathering tahun 2009 je aku penah pegi. lepas tu takde dah
hahaah..terbaik….saya pergi event sb saya blogger baru..saja nak tunjuk muka bagi org kenal sikit…hehehe
Daku pun jarang turun event sebab ada sebab yang tersendiri…
Nak pergi event pun perlukan modal…Dah lah dok jauh, macam xberbaloi jer. Tapi jika ianya bermanfaat…apa salahnya, sambil menyelam minum air.
Selagi ada orang tua.. utamakan mereka
ada event kalau time keje mana nak dapat pergi..
macam mana ya gua nak ampu lu haha
tak pergi keluarga lebih di utamakan..bila anak ank besar..waktu insyallah dh bersedia…
senang citer malas lah ek.. hehe.. jadi untunglahk itorang hari tu sebab ajak makan cendol, leh turun hari tu,. 😀
tak kisahlah org cakap lu kerek ke, lu poyo ke, lu sombong ke…lantaklah
gua tak kisah…
thanks sbb sudi makan cendol ngn gua hari tu…lu mmg best!
kalau ada masa,ada event kat Ipoh aku pegi..bape kali Mydin ajak gi event..lagi le..takde bayo pun..dapat baucar je..takyah la kot..lagipun waktu opis aku..baik aku keje je..:D tak pun shoot..
aku kalau nak invite aku sekali event + kamera..RM500 tu adalah wajib..ahahaa
fyna lagi lah jauh. kat sabak bernam. memang tak dan lah. 🙁
Emm tepuk dada tanya selera lah kan..saya kalau kat jerteh ni, ada event untuk blogger rasa gak nak join…haha..jauh2 sory lah..memang tak kan perginya..kecuali berbaloi kalau saya nak pergi..kahkahkah..demand tak saya? Seronok baca artikel ni..walaupun katanya alasan semata-mata, tapi sebaliknya..hehe
Tadi kata tiga sebab tapi dah jadi empat pula. haha
xper… lepas ni gua sebat cendul lu… letak kat event..kahkah
aku rasa kegelapan dan kekejaman.. hahahaha
nak tulis malas je…tapi panjang berjela ko tulis..haha..
pendek kata, bro titan ni MALAS la kan..hahaha..
terbaik ler alasan ko bro, tapi kalau ada event cendol aku nak pergi gak…dah lama tak makan cendol…..
Betul tu. Kena sesuai juga dengan hasil yang kita berikan.
saya tak rajin pergi event kalau jauh.. kalau dekat dekat mid tuh ok la..
betul tuh, kadang kadang tak berbaloi..
kene fikir jugak tuh.. tapi kalau kebetulan event dekat dengan tempat di tuju, jalan jeee…
sekarang dah tak heran pasal event.. dulu ada jugak jeles.. tapi skrg buat entry blog lagi menguntungkan dari pergi event… indeed..
# nak tanya, en titan cikgu subjek apa?
tambah lagi 1, sebab hensem sangat. sepatutnya pergi event buat sumting, tak pepasal asyik bergambar aje! tak layan kata sombong pulak kan hehe
Saya pula teringin nak pergi, tapi jauh benor 😕
Serius 100% kerek sangat cikgu Titan ni.
Hahah!
Apapun itu hak kita nak datang ke tidak kan? 🙂
CN tak pernah pegi event.. blogger junior, siapalah yang pandang..huhu