Beberapa hari lepas, aku sempat hadir ke satu Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Al Ansar Health Sdn Bhd dengan Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd. Majlis ini bertempat di Danau Golf Club, UKM, Bangi, Selangor. Nasib baik ada diberikan koordinat GPS. Bagi yang buta jalan macam aku ini, memang satu perkara yang cukup membantu bila aku mahu pergi ke majlis-majlis sebegini.
Kalau korang perasan, aku lebih suka pergi ke majlis rasmi-rasmi sebegini berbanding majlis “santai” yang lain. Mungkin sebab aku juga jenis “orang akademik”, jadi memang dah biasa sebenarnya aku pergi ke tempat macam-macam ini. Pensyarah dan cikgu-cikgu aku dulu pun kadang-kadang ada sms untuk ajak aku pergi sebab diorang tahu aku suka dengan majlis-majlis macam ini. Ya, sebahagian dari mereka tahu juga aku adalah seorang blogger. Boleh juga tulis dan buat cover bagi “event” macam ini. Jadi, kalau ada kelapangan memang kebiasaannya aku pergi. Banyak “ILMU AJAIB” yang kadang-kadang kita boleh terjumpa kat dalam majlis seperti ini.
Dipendekkan cerita, majlis ini bermula agak lewat juga dari waktu asal. Tapi itu adalah perkara biasa. Bukan senang orang-orang besar macam ini nak meluangkan masa untuk hadir. Bab lambat tu, mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri. Lagipun, bukannya lambat sangat pun. Maklumlah, aku ni jenis menepati masa sikit. Haha..
Perjalanan majlis berjalan dengan lancar dari mula hingga habis. Β Bermula dengan bacaan doa dan kat-kata aluan serta ucapan dari Tn Jh Muhammad Khanafi bin Husin (Pengerusi Eksekutif Al-Ansar Health Sdn Bhd), Usztaz Ali (Pengasas Sinar Permata dan Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia).
Semua ucapan memang best didengar.
Cuma, yang aku cukup berminat dan masih kemas ingatan diotak aku ketika ini adalah kata-kata dari Pengerusi DPIM sendiri iaitu Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Aku memang selalu gak baca info dan berita tentang beliau. Hari itu barulah dapat berjumpa dan sempat bersalam juga untuk mengucapkan terima kasih kerana SANGGUP hadir ke majlis ini.
Terima kasih Tan Sri!
Antara intipati dari ucapan Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang sempat aku salin. Benda yang dah biasa orang kita sebut. Tapi masih dipandang rendah dan enteng oleh kita sendiri. Sebab itu, ekonomi kita masih ditakuk lama dan dipandang rendah oleh negara luar.
- Business – Antara sunnah besar dari Rasullah saw.
- Kita mesti bantu usahawan bumiputera/Melayu/Islam.
- Kerana itu negara kita dan agama kita dipandang rendah dan lemah di dunia kerana kelemahan dari sudut EKONOMI.
- Sistem kapitalis yang rakus – Meminggirkan golongan yang lemah.
- Jangan jadi umat yang meminta-minta.
- Jihad business pada semua umat Islam.
- Isu wakaf dan penswastaan yang sepatutnya diberi perhatian penuh terutamanya oleh orang Islam di Malaysia. Dan sempat juga sentuh isu ketirisan dan pelbagai lagi.
- Peminat Klasik FM.
Sebelum itu, aku nak cerita sedikit tentang Al Ansar Group. Visi Β mereka adalah untuk menjadi empayar perniagaan yang memberi keuntungan dan memberi penyelesaiakn kepada pengguna dan masyarakat setempat. Contoh produk Al-Ansar Group ini adalah eQurban, Al Ansar Properties, Denaihati.com dan sebagainya.
Pendek kata, bagus sebenarnya ada Al Ansar Group ni. Mesti ramai tak tahu, kan?
Okeh.
Seterusnya, Majlis Memeterai MoU antara Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd. Pelancaran Website Rasmi Al Ansar Health juga dilakukan pada masa yang sama.
Yang lebih istimewa dan PART PALING MENARIK dalam majlis ini adalah..
PRESS CONFERECN antara pihak Media dan Blogger.
Ada dekat sejam juga rasanya. Soalan demi soalan dijawab. Kadang-kala, disampuk dan ditambah oleh pihak yang lain. Dan yang agak menarik, Duta Magenetic Aura iaitu Dato Malek Noor turut hadir dalam sesi ini. Aku rasa, beliau memang paling banyak bercakap dan aku rasa banyak lagi beliau nak beritahu tentang Magnetic Aura. Itu belum lagi istilah sains yang dia cakap dalam bahasa inggeris tu. Nasib baiklah aku sendiri belajar dalam “Sport Sains” dan juga “Physical Education”. Malah, ilmu BIOLOGI yang aku belajar ketika masa ditingkatan 4 dan 5 dulu masih tebal dihati. Jadi, memang tak ada masalah sebenarnya nak faham apa yang Dato Malek Noor dan juga panel-panel yang terdiri dari doktor-doktor dan pakar rawatan alternatif dalam bidang masing-masing. Senang cerita, bahasa “doktor” mereka itu, aku boleh tangkap dan boleh faham dengan cepat.
Orang lain? Itu aku tak tahu. Haha..
Disini aku list sikit apa yang aku dapat dari sesi ini.
- Setiap orang berbeza. Jadi, setiap orang akan dapat penyakit yang berbeza. Walaupun simptom itu mungkin sama, tapi kadar rawatan, kadar stress dan kadar penerimaan seseorang itu untuk sembuh dari penyakitnya adalah berbeza bagi setiap orang. Mungkin, korang kena telan ubat berbulan-bulan lamanya, barulah boleh sembuh dari penyakit. Tapi ada orang lain, mungkin cuma telan ubat dalam tempoh 2-3 minggu, dah sembuh dan boleh berlari 100km selepas itu.
- Jangan percaya sangat dengan produk kesihatan di Facebook. Contoh, boleh kurus dalam 2 minggu. Boleh kurus dalam tempoh 1 bulan dengan makan atau minum produk X. Boleh sembuh kanser dan macam-macam lagi penyakit kronik dengan minum air KQ. Dan sebagainya. Kalaulah semua penyakit kronik boleh sembuh dengan telan pil yang tak tahu dari mana asalnya atau minum air yang warnanya agak pelik, dah lama HOSPITAL kat seluruh dunia ni boleh gulung tikar!
- Setiap orang ada aura tersendiri dan setiap orang ada sela masa untuk sembuh dari penyakit masing-masing.
- Produk Magnetic Aura dan juga produk Sinar Permata lebih kepada “supplement” dan “PELEGA”. Bukan ubat penyembuh yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit yang sedang korang hadapi. Ia lebih kepada rawatan alternatif. Kita berusaha dan mencuba untuk merawat dan menyembuhkan penyakit.
- Dan jika ia menjadi pemangkin untuk penyakit kita itu sembuh, alhamdulillah. Jadi, tak salah untuk mencuba mana-mana produk dari DUA syarikat ini.
Produk utama Magnetic Aura adalah Minyak Terapi Violet Blue. Antara kebaikan dan kelebihannya.
- Meningkatkan stamina, kembalikan tenaga, lenguh sendi, lesu badan Gaut, sakit otot, pening dan kebas-kebas.
- Tingkatkan Hubungan INtim.
- Sakit otot, Urat bersimpul, kebas tangan dan kaki, sakit pinggan dan sesuai untuk ahli sukan yang aktif.
- Tingkatkan keyakinan diri.
- Produk lain Mangetic Aura – Sabun Terapi, Madu dalam Straw, Kopi, Sabun Energy dan Sabun Seri Wajah. Dan ada Sabun Mandian Tujuh Bunga edisi terhad yang mengandungi wangian 7 bunga, cecair magnetik dan gelombang aura.
Produk Sinar Permata pula lebih kepada Rawatan Alternatif untuk..
- Masalah Mata – termasuklah untuk mendapatkan terapi mata, urutan untuk mata dan juga masalah rabun dan silau yang terlampau teruk. Boleh cuba untuk menggunakan produk mereka.
- Masalah Resdung – Termasuklah masalah bersin waktu pagi, nafas berbau, alah makanan laut, jerawat akibat resdung dan juga masalah gatal-gatal.
- Masalah Saraf – Termasuklah masalah saraf, Strok, kebas, sendi, urat saraf, urat bersimpul, sakit kaki dan lutut.
- Setiap rawatan ada pakej-pakejnya dan harga bagi setiap pakej sangat murah dan berpatutan. Dalam setiap pakej juga akan diberikan produk-produk yang boleh membantu mengurangkan dan melegakan penyakit yang kita hidapi. Jika sembuh, alhamdulillah dan memang banyak testimoni yang gembira menggunakan perkhidmatan Sinar Permata.
MAKAN TIME!
Dan selepas habis sesi “Press Conference” itu, aku dah tak tahan. Perut dah bunyi lagu macam-macam. Dari lagu rock, keluar muzik zapin, mencelah masuk lagu genre Alternatif dan diakhiri dengan lagu nasyid.
“Mulakan dengan bismilllah..” – Kumpulan Nasyid Raihan..
Dan aku tak pergi tengok sesi “DEMO secara LIVE” bagi produk Sinar Permata dan Magnetic Aura kerana dah terlalu lapar. Maklumlah, dari pagi tadi aku tak makan apa-apa. Cuma beralaskan kopi O sahaja waktu pagi. Sudahlah dari pagi tadi dekat 3 jam mengejar budak-budak kat padang. Mahunya tidak penat dan lapar. Tapi, dari apa yang aku dengar..ramai juga yang terkejut dan kagum dengan demonstrasi itu. Tapi, ini bukan masalah.
Sebab dunia sekarang sudah maju. Teknologi berevolusi terlalu pantas. Sebab itu, wujudnya laman web seperti Youtube. Jadi, jika korang berminat nak tonton video demonstrasi ini. Boleh search di Youtube. (taip “Testimoni Sinar Permata” dan “Urutan Saraf Magnetic Aura”
Ada macam-macam video testimoni yang muncul. Bukan tipu-tipu punya. Ini memang pesakit sendiri yang bercerita tentang kelebihan produk-produk dari Sinar Permata dan Magnetic Aura.
Kesimpulan.
Aku rasa cukup bertuah dapat hadir ke majlis rasmi macam ini. Kalau boleh, memang aku nak datang lagi. Kalau ada sesiapa yang ada jumpa iklan atau terima ajakan rakan-rakan tentang majlis yang seumpama ini, bolehlah khabarkan pada aku. Jika tak ada aral, aku akan ikut. Banyak sangat benda yang kita tak tahu di dunia ini. Jadi, sementara badan kacak ini masih bertahan dan nyawa ini masih mampu bernafas, marilah kita belajar macam-macam perkara yang boleh memberikan kebaikan bukan sahaja kepada diri kita, tetapi juga kepada orang lain.
Nasihat aku, kalau kita boleh bantu mudahkan orang lain, kita bantu walaupun bantuan kita itu cukup kecil dan minima. Insya-Allah, akan ada habuannya yang kita tak tahu pada masa akan datang nanti.
Dan akhir sekali, tataplah gambar-gambar kandid yang berjaya aku ambil untuk tatapan bersama.
Makluman.
Kepada mereka-meraka yang ingin mencuba pelaburan bisnes jihad bersama Al Ansar Health sdn bhd atau ingin melakukan terapi boleh hubungi .:
- Encik Sobri : 0134814971 / 0124734645
- Ustaz Azli : 0192434888
- Encik Adnan : 0127212184 / 0162011549
Sumber: Website Al Ansar Health, Sinar Permata dan Magetic Aura.
Ps: OKeh. Aku nak tidur. Dah pukul 3 pagi lebih dah ni. Sila baca dan semoga terhibur.
16,955 total views, 1 views today
memang nak pi tapi waktu weekday plak..
tak apa. nanti kalau ada masa, leh pergi event yang lain plak.
Memang sesuai jemput Encik Titan join event macam ni… Dapat menghasilkan ulasan yang menarik… Seronok membacanya… Erkk.. Abang Ensem pun ada sekali…
hehe..
abang ensem haruslah ada. Penyeri majlis tu..
Bertambah rezeki kali ini dgn menjual produk ini…sapu-sapu, gosok-gosok, terus hilang sakit sendi dan sengal-sengal tulang, sambil berselawat… π
Kita usaha dan berdoa. Moga disembuhkan penyakitnya.
Sebab itu, bagusnya ada rawatan alternatif nih. Sekurangnya jadi pemangkin untuk sembuh dan melegakan seseuatu penyakit.
Hurmm…. yang rawatan resdung tu lebih kurang masa aku cuba produk PERMATA HIJRAH dulu…..memang habis kuar lendir hidung
Permata hijrah tu nama lama bagi Sinar Permata. Pengasasnya orang yang sama. Sebab itu produknya sama. Diberi nafas baru dengan servis yang lebih mantap. π
Bisnes kesihatan memeng mendapat tempat dikalangan usahawan kita orang Melayu. Bagus sangat tu sebab industri kesihatan adalah industri yang peling tinggi pernintaannya sekarang
Yap, memang bagus.
Memang tinggi permintaannya nih.
Gua bukam serius tapi control babyface. Gua pun ada tangkap gambar kandid Bro gak
Babyfacelah sangat.
haha..
Hehe, enteri yang panjang lebar.. Harapnya business diorang nie betul2 memberi pulangan yang terbaik kepada golongan Bumiputera π
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
hehe..
jom minum kopi bro
hehe..
marilah minum kopi magnetic aura. Hehe..
Emm memang banyak ilmunya bila orang yang berpengalaman yang memberikan kata-kata..hehe..emm tertarik dengan memo-memo yang ditampalkan..kiranya itu ruang kerja encik titan lah tu yer?hehe
Ye la kot. Hehe..
banyak produk kesihatan yg org ajak saya join tapi tak berkesempatan… tapi produk ni memang bagus. dah lama dengar. Tahniah la dapat peluang menyertai majlis MOU ni
Sama-sama.
Kalau rajin, pergilah. Mungkin dapat dapat belajar sesuatu dari event sebegini rupa. π
den pun sbrnya lebih suka majlis macam ni dari majlis social yang lain..
Yap. Lebih ilmiah dan berinformasi.
Tapi event santai lain pun bagus gak. Leh belajar banyak benda berbeza diluar sana.
Denaihati antara projek al ansar, maknanya denaihati tu antara board of directors al ansar atau pemilik al ansar ye hehe
tumpang gembira apabila ada syarikat Bumiputera yang maju…
Yap, memang gembira.
Semoga ketiga-tiga syarikat ini akan lebih maju dan mencapai misi dan visi mereka. π
jutaan terima kasih bro sudi hadir, entri ni dan sokongannya.
Sama-sama. Kalau ada event macam ni lagi, bagitau la ek.
Hehe..
Pernah cuba rasanya kopi ni,,, mana nak cari yer
Gi la tengok kat websitenya.
sabun seri wajah dan sabun mandian tujuh bunga tu macam menarik jer.. berapa harga lar agaknya… masa duk baca tadi ada tergelak kejap sebab baru first time dengar ada ‘SAKIT PINGGAN’.. kih~kih~ π
Ingat pinggan tak sakit ker?? Hehe..
Sonok masa ucapan Tan Sri
byk intipati cukup baik untuk di ambil
salam perkenalan dr Sop π
Selamat datang SOP. Hehe..
Pernah dengar ceramah dari Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim semasa beliau hadir di LGM. Serius memang best bro. Cerita pasal dia pertahankan KFC nak dijual sehingga ke kejaan KPJ Healthcare dia cerita. Paling penting pasal wakaf tu memang dia tekankan. Sampai Datuk KP aku menangis la dengar ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim ni.
Yap, beliau pun macam nak cerita panjang lebar aje. Tapi sebab hormat majlis orang, dia cerita sikit-sikit aje..hehe
memang kandid semua gambar-gambar tu. π majlis sebegini memang dapat memberi satu ilmu baru buat kita.kalau kita pandai memanfaatkan setiap intipati majlis sebegini,insyaAllah,kita akan sentiasa maju ke hadapan. π
nampak gah gak majlis ni
Pergghhh terkagum kagum makcik baca entry ini.. maklumat yg nk disampaikan tu sampai la…. errr nak minta izin nanti nak cedok sikit ayat encik .. boleh ye..? Itu pun klu makcik rajin mengarang.. abis abis pun makcik buat entry letak je link blog encik nih utk maklumat lanjut kan kan ..
Sekian dari makcik yg kagum dgn penulisan encik.
rugi aku tak dapat join..elok plak hari bekerja..cuti dah tinggal sikit. memang best event ni.
dari tangan je dah nampak kesopan santun dan kelemah lembutan tuan punya tangan… hebat betul aura tangan tuu.. hohohoho.. mengong!