Malam ni aku rasa agak rajin sikit. Aku tertidur lepas maghrib tadi. Jadi, bila aku terbangun kul 10, mata terang aje. Badan rasa bertenaga. Pening kepala macam dah hilang. So, lepas mandi..aku buat apa yang patut sampailah ke saat ini.
Kawan aku dok tanya pasal Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia. Patut ke dia join atau tidak sebab kalau ikut syarat, memang dia layak. Cuma dia nak aku kaji dan siasat tentang benda ini dengan lebih terperinci. Oleh sebab aku pun takdelah tahu 1000% dari mula hingga akhir, jadi aku pun tanya kat blog aku lagi satu. Kot-kot ada orang boleh bagi penjelasan yang baik tentang skim ini.
Sudah ada 36 blogger kacak yang sudah hantar penyertaan mereka dalam Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah. Jadi, aku sangat berterima kasih kepada mereka yang berjaya menyertai pertandingan ini. Tapi aku minta maaf kerana hadiah yang disediakan tak sampai untuk sepuluh tempat. Jadi, pemilihan pemenang agak ketat dan jika ada yang tak puas hati mengapa artikel ni menang dan mengapa artikel tu kalah, aku tak leh wat apa sebab aku memang suka artikel ni berbanding artikel yang lain. Pemenang dipilih mengikut apa yang aku suka. Sudah tentu ada kriteria lain yang aku pilih. Tapi cukup bagi aku kalau aku dah suka dengan artikel korang tu. Tak perlu kena undi artikel tu berapa banyak like atau berapa banyak trafik yang aku dapat dari artikel tu. Hoho..
Pertandingan baru sedang dirangka. Aku sedang cari sponsor baru untuk pertandingan yang akan datang. Pertandingan apa pula kali ini? Biarlah rahsia dulu. Nanti aku cerita ye. Hehe..
Nak borang download 1Malaysia? Download kat sini: Download borang Skim 1Malaysia
Ps: Nak makan ayam yang aku beli dari Ayamas petang tadi.
2,535 total views, 1 views today
wah titan, kat sini ko rupernyer, hehehe, penuh “tags” nih, hehehehe
la..aku tak gi nyorok mana pun. ko tu yang tak jumpa. haha..
Borang ni untuk apa?tak pernah dgr pun..hehe