Siapa pernah dengar tentang Kartikel?
Ok, sempena Giveaway Kartikel ni, aku nak kongsikan sedikit apa yang mungkin korang patut tahu tentang Kartikel. Mungkin sedikit sebanyak dari korang semua pernah menggunakan Karikel, kan? Tapi, aku tetap rasa aku patut kongsikan tentang Kartikel agar LEBIH RAMAI tahu tentang Kartikel selepas ini.
Berapa lama aku menggunakan servis dan khidmat Kartikel?
Aku rasa susah nak ulas bab ni. Sebab aku pun masih baru join Kartikel walaupun dah lama tahu kewujudan Kartikel ni. Jadi, tak dapat nak ulas lebih-lebih. So far, aku sokong kewujudan Kartikel dari dulu sehingga sekarang.
Perbezaan trafik sebelum dan selepas menggunakan Kartikel?
Tak banyak berbeza. Dan agak sukar juga nak kesan. Ini disebabkan aku ada pelbagai sumber trafik yang masuk ke blog ini. Jadi, tak dapat dikenalpasti dengan tepat. Kalau aku kata trafik blog aku NAIK banyak, terasa macam menipu la pulak, kan? Jadi, jawapan aku, belum boleh bagi jawapan. Sebab aku pun join Kartikel ni baru lagi. Tak boleh kata ada peningkatan mendadak. Itu menipu namanya. Kena tunggu 3-4 bulan, baru leh bagi kenyataan rasmi. (Haha, macam artis la plakk..)
Pendapat anda mengenai laman web Kartikel?
Bagus. Tak ramai anak muda kat Malaysia ni yang BERANI buat seperti laman web Kartikel. Sekurangnya, boleh bagi saingan yang sihat dengan Busuk.org, Blogr.my, Blogged.my dan juga laman web yang mempunyai tujuan yang lebih kurang sama. Walaupun semua laman web ping lebih kurang sahaja bentuknya, tapi Kartikel antara yang berbeza dan agak mudah difahami berbanding laman web ping yang lain.
Jika pernah berhubung dengan admin Kartikel, nyatakan khidmat servis yang telah diberikan.
Tak pernah lagi.
Cadangan/kritikan kepada Kartikel?
Promosi. Itu sahaja. Walaupun sekarang dah ramai orang kenal Kartikel. Tapi contest atau giveaway yang dijalankan agak suram. Contohnya seperi Giveaway ini, tak ramai blogger yang tahu dan ambil keputusan untuk menyertainya. Mungkin, pihak Kartikel boleh buat sesuatu seperti upah blogger popular untuk tolong promosikan contest dan giveaway yang akan datang. Mungkin cara ini lebih berkesan untuk meningkatkan jenama Kartikel dikalangan para blogger, khususnya.
Dzineing Solutions adalah sebuah syarikat IT/Multimedia/Pencetakan yang memberikan servis di dalam pembinaan laman web, penasihat IT, pengurusan acara, T-shirt design dan pencetakan. Dzineing Solutions bukan sahaja beroperasi di Malaysia, tetapi mempunyai pelanggan di luar negara, seperti Singapura, India, Switzerland dan Austria – Sponsor Kartikel Giveaway.
Sumber: Blog, Facebook dan Twitter Kartikel.
Ps: So, kalau rajin nak ping artikel korang tu, leh la guna Kartikel ni yek!
2,083 total views, 1 views today







Memang gua selalu ping kat KARTIKEL , BLOGR dan negaraku.my