1. Aku lihat, sejak itu cabaran seo bermaharajalela..semua orang dok sibuk cari like, G campur tweet dan memacam lagi. Maklumlah, ini semua perlu ada untuk menang. Elemen-elemen kemenangan ni memang wajib kerana hanya cukup dengan elemen ni.. korang dah boleh beat itu blog yang ada pagerank bagus dan juga alexa rank yang tinggi walaupun level kreatif untuk artikel korang memang tahap ke laut. Guna cara ini. Insya-Allah, korang boleh sapu bersih semua contest seo tersebut.
2. Google campur merupakan satu senjata baru dalam menguasai search engine Google. Maklumlah, search engine google..memang akan berat sebelah kepada artikel yang ada Google campur yang banyak. Kena plak artikel tu pun ada ramai yang Like. Bertambah-tambah elemen kemenangan yang tidak terkalah.
3. Blogger baru, memang akan nampak ketara nak menang sampaikan terpaksa buat entri dan mintak orang lain tolong klik G campur diartikel masing-masing. Aku takde hal. Korang nak menang, kan? Jadi, buatlah cara nak menang. Kalau tunggu aje orang datang dan klik, sampai ke sudah pun takkan dapat.
4. Ya. Kalau nak, MINTA. Jangan dok tunggu aje. Biarpun malu, biarpun ada orang kata tidak bermaruah..pedulikan. Korang nak menangkan? Apa kesah orang kata macam-macam pada tindakan korang tu? Bermaruah atau tidak. Kalau korang dah menang. Takde siapa akan ungkit balik pun.
5. Ya. Aku sendiri tak berapa suka guna cara ini untuk menentukan kemenangan seseorang dalam contest seo. Tak kiralah contest iPhone 5 Gadget Impian ke..contest seo blog popular ke..contest seo 2012 Tahunku yang kacak ke.. contest seo 3 blog pilihan terbaik ke. Entahlah..aku sendiri rasa tak best. Apa yang tak best? Aku tak tahu macam mana nak cerita. Tapi kalau korang nak blog korang ada kat muka surat pertama disearch engien, nak tak nak..korang wajib guna Google campur ni. Benda ni dah jadi macam trend. Dan trend..mesti diikut dan diambil tahu. Kalau buat sardin. Sampai kiamatlah korang ketinggalan.
6. Pendek kata, Google campur memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan bagi sesebuah contest seo. Dan pada masa yang sama, ianya akan membantu dari segi ranking, pagerank, alexa rank, trafik dan juga penjenamaan blogger itu sendiri. Bukan senang nak dapat banyak Google Campur kan?
7. Semua orang tak perfect. Jadi, aku kena terima seadanya. Korang pun kena terima seadanya juga. Jangan asyik tak puas hati aje. Mesti ada hikmah disebaliknya yang korang dan aku mungkin tak nampak.
8. Nak menang. Buat cara nak menang. Jangan bila kalah, setat menyalak macam anjing hilang bini. Dah kalah tu, buat cara kalah. Toksah nak dok meroyan 14 hari 17 malam berturut-turut..
9. Oh ya. Tahniah kepada 45054 budak-budak darjah enam yang berjaya dapat keputusan 5A dalam UPSR tahun 2012. Korang memang kacak belaka. Tak sia-sia mak abah korang tanggung makan minum korang tu. Ini salah satu jasa yang tidak ternilai walaupun mak abah korang tak minta..tapi korang tunaikan.
![]()





