1. Aku ada banyak blog. Memang best ada banyak blog. Ada bermacam jenis niche. Ada blog berelemenkan pendidikan. Ada blog berelemankan duit. Maksudnya khas untuk buat duit untuk poket aku. Ada blog jenis islamic. Yelah, aku bukannya baik pun. Tapi ada juga sedikit kesedaran untuk buat baik. Sekurangnya, aku cuba untuk menyampaikan. Salah satu ciri untuk jadi seorang pemimpin akan datang. Mungkin aku tak hidup ketika zaman Nabi Isa muncul balik nanti. Tapi jika aku ada ketika itu, aku sangat bersyukur. Jadi, ini juga salah satu kegunaan blog. Bukan hanya untuk cari duit sahaja.
2. Bila ada banyak blog. Maksudnya aku ada banyak domain. Biasanya satu domain, aku khususkan untuk satu blog sahaja. Kalau rajin, baru ada subfolder atau subdomain. Itupun ikut mood dan ikut misi. Ada misi tertentu. Aku buat. Tercapai sasaran dan hajat. Blog itu akan terbengkalai. Biasalah..janji. Capai misi. Ada hasil. Yang sepatutnya melebihi kerugian. Biasanya..kalau harga domain tu dalam 10usd. Aku akan pastikan profit yang aku dapat sekurangnya 30usd. Mesti 3 kali ganda dari modal. Kalau tak, toksah mengada nak ada banyak blog atau domain.
3. Bila dah banyak blog. Memang tak terjaga. Aku cuma ada 2 tangan. Walaupun keupayaan tangan kanan tidak seimbang dengan tangan kiri, tapi sekurangnya..kalau aku super rajin, 50 artikel satu hari..bukan satu masalah besar bagi aku. Aku hebat. Aku boleh buat. Aku ada kemampuan. Aku masih belum capai 30 tahun. Apa kes aku tak boleh buat?
4. Sibuk. Bila aku jadi sibuk dengan pelbagai urusan, tak kisahlah duniawi atau untuk bekalan di Akhirat sana, jadi memang susahlah aku nak online. Apatah lagi nak tulis blog. Biasanya bila aku ada cuti, barulah aku henjut tulis macam-macam. Kalau rajin, siap buat schedule post untuk 1-2 bulan. Dulu aku rajin buat, sekarang? Super malas.
5. Tak semua orang yang ada banyak blog atau domain ni dapat hasil yang super lumayan. Tak semua. Aku salah seorang daripadanya. Buat masa sekarang. Tapi kalau 2,3 tahun lepas. Aku berani bersumpah. Memang banyak habuan yang aku dapat. Puluhan ribulah jugak. Hanya dengan menulis ayat-ayat merepek diblog.
6. Orang kata, ada banyak blog. Akan ada banyak tanggungjawabnya. Ya. Itu sudah pasti. Aku tidak mengakui hakikat itu. Dua faktor yang menyebabkan tanggungjawab itu kurang. Bila aku malas atau aku sibuk. Malas nak update. Malas nak buka internet. Aku lebih selesa beli surat khabar dan layan cendol petang-petang. Itu lebih kacak.
7. Ada banyak blog. Maksudnya ada PELUANG untuk dapat duit lebih. Itu 700% aku setuju.
8. Tak semua blogger yang ada banyak blog tu, SEMUA BLOG mereka popular dan menghasilkan duit. TAK SEMUA. Kalau kes aku, cuma 4,5 blog aku aje yang popular. Dan dari blog popular tu, cuma 1 atau 2 blog sahaja yang menghasilkan duit yang lumayan. Tapi, korang kena faham satu benda. SEMUA blog aku menghasilkan duit untuk poket aku. Cuma banyak atau sikit sahaja.
9. Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam dunia buat duit dengan blog. Korang boleh pilih antara ada satu blog yang super popular dan berjaya hasilkan banyak duit ATAU banyak blog yang semuanya menghasilkan duit. Korang pilih mana?
10. Ada banyak blog, blogger itu akan jadi lebih riak? Aku tak setuju. 100% tak setuju.
11. Tahun 2012 inilah banyak domain yang aku terpaksa lepaskan. Termasuklah rajapayloadz.com, titaniumhijau.com dan eyeman.biz. Selamat tinggal untuk tiga blog tersebut. Siapa nak beli, belilah. Tapi jujur, beribu gak aku dapat dari tiga blog tu. Ini salah satu dari 3 Blog Pilihan Terbaik aku pada suatu masa dulu. Terima kasih atas khidmat korang.
2,245 total views, 1 views today
rajinnya 50 artikel sehari!! dashyatt…
Paling banyak pun aku cuma mampu manage 3 blog dalam satu-satu masa. satu persenal blog, satu niche keusahawanan untuk bebudak sekolah, satu lagi online shop untuk kegunaan p&p.
shedulekan artikel tu sekarang dah ada error la bro. tiap kali ada shedule, mesti akan jadi miss shedule. tak tau nak buat camna dah.
Cemana En. Titan generate idea sampai berjaya 50-100 artikel sehari?
sbb terpengaruh dgn ko titan..makin byk blog ciktom skang…mula2 buat blog fokus niche guna blogspot percuma je..lebih 10 kot..huk3..mula pening nak manage..yg seronoknya alhamdulillah ada yg dah berhasil..skang nk lebih serius blog berbyr plk..
Satu blog pun susah nak jaga..inikan banyak blog..terima kasih Encik Titan..saya ambil panduan artikel ni dalam mengejar impian saya..terima kasih…