1. Okeh. Filem Istanbul Aku datang ni memang bestlah sikit. Aku bagi 3.8 dari 5. Sebab ada Beto. Aku upkan rate pergi ke 4.2. Sebab ada Lisa Surihani, aku upkan pergi ke 4.3 dari 5.
2. Ya. Kali pertama aku tengok Aizat berlakon dalam filem. Wataknya simple. Jadi kawan kepada si Tomok.
3. Jalan ceritanya simple. Tapi kalau korang pernah jadi kasanova, korang dah boleh agak jalan cerita nih. Sebijik macam jalan cerita kawan aku masa kat UMS dulu. Yang berbeza..lain tempat aje.
4. Jalan cerita kawan aku, aweknya memang dah jadi tunang. Tapi dalam filem Istanbul Aku datang, si Lisa atau “Dian” ni, datang nak jumpa si Tomok ni untuk berusaha untuk buat Tomok(Farouk) bertunang dengan dia. Itu rancangan Dian. Rancangan awek kawan aku tu, untuk paksa tunang dia cepat-cepat kahwin dengan dia..dan penghujung cerita..sebijik!
5. Ending kawan aku dengan aweknya sama macam ending filem Istanbul Aku datang. Aweknya putus tunang dengan kawan aku dan kahwin dengan budak UMS yang lain yang banyak tolong dia masa kat UMS dulu. Dalam kes filem Istanbul Aku datang, haa..lebih kurang aje ceritanya. Cuma part satu rumah dengan Harris (Beto) tu takdelah jadi macam tu. Minah tu dok hostel sebab kat UMS ni senang nak seludup orang luar untuk tumpang seminggu dua. Bukannya warden check setiap bilik setiap malam pun. HOho..
6. Pendek kata, bila aku tonton filem ni, aku sendiri terkejut. Ada juga orang boleh fikir jalan cerita macam ni. Sama beb. Cuma ada tambah dan kurang sana-sini sikit aje. Seriusly, aku puji. Sebab starting dia memang lawa. Cuma ending dia aje agak tergantung dan kureng. Sebab tu aku tak dapat bagi lebih 4.5.
7. So far, lakonan Lisa ada part yang kaku. Ada part memang menarik. Bab masa tengah takut kucing tu memang kelakar sebab aku tahu macam dibuat-buat. Paling kesian si Beto. Agak-agak berapa kali scene tu dibuat ye. Lisa tu berat tak masa ko angkat, Beto?
8. Salah seorang pelakon yang aku suka adalah Beto. Bagi aku, selain Rosyam Nor, dialah pelakon yang cukup aku suka berlakon dalam drama dan filem. Berbanding Aaron Aziz, Fahrain Ahmad atau lelaki Singapura yang lain. Aku lebih sukakan dia untuk jadi hero filem melayu. Nampak lebih melayu. Tapi selalu sangat dia dapat watak pembantu pelakon. Yang aku tahu, kalau dia berlakon. Memang serius dan dalam filem ini aku nampak sisi lain dalam diri Beto.
9. Filem ini boleh jual. Maksud aku, penggunaan Lisa Surihani memang akan panggil ramai orang datang panggung wayang. Menggunakan Beto juga salah satu UMPAN terbaik bagi mereka yang sentiasa menunggu kehadiran Beto sebagai hero diarena filem. Aku harap Beto akan dapat lebih banyak peluang jadi Hero drama dan filem selepas ini.
10. Sori, aku tak sediakan link download untuk filem Instanbul Aku Datang. Aku tahu banyak blog popular lain yang buat. Tapi aku tak buat. Siapa yang datang sini sebab nak download, ini bermakna aku berjaya menerapkan SEO dalam artikel ini. Maksudnya, permainan SEO aku sangat berjaya. Haha, padan muka korang. Nak download, pi cari tempat lain.
11. Bab-bab homoseksual kurang sesuai dibincangkan dalam filem. Harap tak ulang lagi. Sebab majoriti, budak-budak ni kenal siapa Lisa surihani. Mungkin diorang tak kenal abang Beto ni. Tapi dia kenal siapa kaka Lisak ni. Sudahlah kakak Lisa ni pikir bukan-bukan. Apa agaknya budak-budak fikir nanti?
12. Ya. “Jangan biadap”. Aku suka ayat yang sentiasa diulang-ulang ini.
13. Maggi Asam Laksa. Ya, satu promosi tidak langsung terhadap Malaysia. Maggi Asam Laksa cuma ada kat Malaysia sahaja. Tetapi telah dipatahkan dalam filem ini. Siapa kata Maggi Asam Laksa tak boleh jumpa kat Istanbul? Haha..
14. Bernard Chauly. Lu memang pandai dan bijak.
15. Walaupun ada part yang OUT. Tapi masih boleh dimaafkan dengan persembahan kuat Beto dan Lisa. Aizat pun, bijak bermain dengan bahasa tubuh badan. Tak kaku. Macam dah biasa berlakon aje.
16. Babak Harris basuh rambut Dian, memang babak yang boleh bagi budak perempuan jerit. Aku yakin, sebab masa aku tengok, budak perempuan semuanya tersenyum dan ada yang menjerit kesukaan. Gila apa..
4,336 total views, 1 views today
Nak cuba jugalah tengok cerita ni..
dah tengok semalam dan boleh dikatakan antara filem melayuu yang wajib tonton
Babak Harris basuh rambut Dian, memang babak yang boleh bagi budak perempuan jerit. Aku yakin, sebab masa aku tengok, budak perempuan semuanya tersenyum dan ada yang menjerit kesukaan. Gila apa..
Hahahahahhaha pompuan tu suma pakat berangan teringin nak cenggitu la tuuuuuuuuuuuuu -_-