Ya.
Hari yang diadakan satu tahun satu kali.
Ada sekolah ambil cuti peristiwa untuk buat hari sejarah ni.
Ada sekolah guna waktu sekolah biasa.
Ada sekolah, buat dari pagi hingga ke petang.
Hari yang khas digunakan untuk meraikan kecemerlangan budak-budak yang khasnya lebih sikit bijaknya dalam pelajaran.
Tujuan utamanya adalah untuk beri penghargaan kepada budak-budak yang menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam mata pelajaran mereka.
Adakah wajar hari ini disambut dan dilakukan?
Wajar.
Kalau ada masa, ada peruntukan dan ada kemahuan.
Kalau tiga benda tidak ada, tak sambut pun tak apa.
Dalam bahasa universiti, hari ini juga dikenali sebagai hari graduasi tahun 6. Cuma kita gabungkan sekaligus untuk menjimatkan waktu, tenaga, masa dan duit. Kalau nak buat hari yang berbeza, banyak kerja.
Banyak kerja.
Maksudnya, lebih banyak persediaan dan lebih banyak meeting.
Aku tak suka meeting banyak-banyak.
Penat.
Nak dengaq taklimat adalah satu benda yang memenatkan.
Tapi kalau tak buat taklimat atau meeting, tujuan tak sampai.
So, kalau leh gabung, kita gabung.
Yang bagus untuk tahun ini, sekolah aku habis awal. Pukul 10.30 pagi dah tamat. Maklumlah, sekolah aku ni muridnya bukannya ramai sangat. Dan yang terlibat pun tak ramai. So, perjalanan majlis berjalan lancar dan tak ada masalah besaq yang berlaku.
Aku suka.
Sebab leh balik awal.
Haha.
Kesimpulan
Aku tak suka tulis panjang-panjang.
Isu pasal hari graduasi ni dah lapuk. Tak perlu nak diperbesarkan.
Orang tunggu atau tidak sampai habis majlis, itu bukan satu isu besaq. Semua orang dah besar. Ada orang, takde masa nak tunggu sampai habis majlis. Ada orang, dia suka tunggu sampai habis. So, itu tanggungjawab dan kesedaran masing-masing.
Pasal jubah ke pasal duit ke pasal mak bapak tak datang ke pasal pemilihan budak tak tepat ke atau apa isu sekalipun, tak perlu nak cari dan buat isu.
Tak baik cari isu atau cari pasal TAK tentu pasal.
Nak buat majlis dah satu hal. Nak kemas kerusi dan meja dah satu hal.
Korang buat isu, itu tambah satu hal.
So, better korang senyap dan diam.
Buat kerja masing-masing.
Lu orang INGAT nak prepare benda ni satu malam ke?
Berbulan lamanya.
Apapun, kepada yang berjaya dapat hadiah, tahniah.
Kepada murid tahun 6, tahniah sebab 6 tahun dah habis belajar sekolah rendah. Tunggu keputusan UPSR sahaja.
Aku harap korang berjaya walaupun aku cuma ajar korang subjek PJ aje.
6,103 total views, 2 views today
Majlis untuk Darjah 6 ok lah. Ini yang jadi isu untuk pra sekolah pun buat besar besaran. Yang mampu ok. Yang tak mampu ni yang akan jadi viral hehe.
Cuti sekolah panjnag buat apa bro
Cuti sekolah, kita tido.
Aku malas nak fikir bab ni.. kalau sekolah buat, kalau anak aku terlibat.. aku pergi. Masalah orang lain, biar dia fikir la nak settle macam mana. Masalah aku dah cukup banyak nak kena fikir. Hahaha
Sekarang, tak leh buat dah benda ni.
belum boleh komen. tunggu fatih masuk sekolah
Lambat lagi la jawabnya eh.
isu macam ni memang selalu jadi, tak boleh nak puaskan hati semua orang pun. Sabar je lah
Ya.
Susah nak puaskan hati semua orang.
kalau dipanggil kita hadir, kalau tidak dipanggil, diam2 aje la.hihi…
Ya.
Diam-diam aje.
Ajar PJ pon seni bro.Byk seni dlm pj tue. Utg anak murid awk ada guru seni pj yg betul 🤲🏼
Ya.
Memang banyak seninya.
ini hari penting juga untung budak-budak
akan cipta satu memori yang terindah dalam kehidupan mereka setelah dewasa nanti..
tahniah bro…menjalankan kewajiban untuk mereka
Ya.
BUat aje.
Bukan susah mana pun.
uish lama tak update blog..tahun lepas last update rupanya…
Bila rajin je update.
Haha