Ya. Seperti yang korang semua dah dengar dan baca.
Baik difacebook, disurat khabar atau pun diblog-blog sukan.
Nazirul Naim dan Wan Zack Haikal akan mewakili FC Ryukyu yang berada dalam Divisyen ke 3 di Jepun.
Divisyen 3?
Ya.
“Tak teruk ke main liga kat divisyen 3 tu?”
“Liga Super kat Malaysia ni teruk sangat ke mutunya?”
Dan macam-macam soalan lagi akan timbul.
Bagi aku, baik main kat luar dari Malaysia. Tak kiralah setahun atau 2 tahun. Tapi main kat luar. Kita akan belajar benda baru. Kita akan “adapt” benda baru. Kita terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca yang baru. Macam-macam baru.
Nasihat aku, kalau Nazirul Naim dan Wan Zack baca blog aku ni..
1. Jangan cari awek Jepun untuk buat bini. Susah nak balik raya nanti..
2. Jangan malas. Hari-hari kejar bola.
3. Beli baju sejuk. Waktu malam, memang super sejuk kat Jepun tu..
4. Tak kiralah apa posisi korang main nanti, kasi gol sekurangnya 5 bijik.
5. Main sehabis bola sampai boleh tarik perhatian jurulatih liga divisyen 2 dan 1 di Jepun tu.
Waktu Naim dan Fakhri dah habis. Aku rasa memang susah dah diorang nak dapat tawaran ke luar negara. Itu sahaja peluang yang mereka ada dan mereka tak kejar peluang tu. Tak kiralah diorang ada masalah ke atau tak nak kejar peluang tu. Aku tak pasti. Tapi peluang yang ada, mesti dikejar. Tak boleh tunggu aje. Bab ada kekangan dan masalah tu, kat mana-mana pun ada. Samada korang bersedia atau tidak. Aku tak pasti. Jadi, aku rasa..diorang belum bersedia sangat. So, bagi Naim dan Fakri..aku harap korang berjaya dalam liga super. Mungkin ini tempat terbaik untuk korang berdua.
Dan harapan baru disandarkan kepada Naim dan Wan Zack.
Insya-Allah. Aku harap mereka boleh buat yang terbaik. Untuk Malaysia dan diri mereka sendiri.
Ps: Jangan lupa tengok perlawanan amal antara Malaysia vs Palestine malam ini ye semua. 🙂
2,644 total views, 2 views today
timba pengalaman ditempat org…
2 permata baru ni….mudah-mudahan berjaya di sana nanti
Saya tak kenal pun mereka ni..adoiii