Ya. Bagi kebanyakkan orang pasti menghadapi masalah untuk bercakap dikhayalak ramai. Ini kerana bukan semua orang mampu lakukannya dengan baik.
Saya juga begitu.
Bukan mudah sebenarnya. Tapi, pekerjaan sebagai seorang guru sekolah memaksa saya untuk wajib bercakap dengan ramai orang terutamanya murid-murid. Pada waktu perhimpunan sekolah, kesemua guru diberi peluang untuk bercakap dihadapan ribuan murid-murid. Setiap minggu, saya boleh nampak guru-guru yang berbeza memberikan ucapan dan bercakap dihadapan murid-murid. Ada yang mampu mempengaruhi murid-murid, ada yang agak gelabah, ada yang hanya pandang ke bawah kerana takut bertentang mata dengan murid-murid dan ada juga yang lantang bersuara.
Sebab itu, kita kena belajar tentang teknik yang betul dalam “Pengucapan Awam“.
Sebentar, apa itu Pengucapan Awam sebenarnya?
Tujuan Pengucapan Awam
Setiap orang, ada gaya dan cara tersendiri untuk memberikan ucapan atau..
dalam erti kata lain, Pengucapan Awam.
Pengucapan awam, bukan sahaja terhad seperti diperhimpunan sekolah sahaja tetapi melibatkan dalam banyak situasi dan bergantung pada sesuatu “EVENT”. Pengucapan awam agak berbeza bagi setiap majlis dan situasi. Ada yang formal dan ada juga yang tidak formal. Ada masa kita memberikan ucapan dalam majlis perkahwinan, ada masa kita memberikan ucapan sebagai seorang wakil rakyat dan ada masa kita memberikan ucapan sebagai wakil sekolah dalam pertandingan pidato.
Setiap situasi itu disampaikan dengan cara yang berbeza. Dari segi nada dan intonasi, memek muka, pergerakan tubuh badan termasuklah penggunaan ayat-ayat dan bahasa yang sesuai. Tak semuanya sama. Tetapi pengucapan awam tetap disampaikan dalam “BAHASA” yang mudah difahami untuk semua orang.
Bagi pendapat saya, itu tujuan pengucapan awam atau dalam bahasa pasarnya kita panggil sebagai “memberi ucapan” adalah untuk menyampaikan sesuatu info atau maklumat agar MUDAH difahami oleh semua orang yang mendengarnya.
Tak guna kita bercakap berapi-api tetapi satu benda pun tidak melekat dihati dan menarik minat mereka untuk mendengarnya. Jika tidak, apa yang hendak kita sampaikan tidak akan sampai maksudnya dengan jelas dan tujuan kita memberikan ucapan tidak akan tercapai.
Jadi, bagaimana hendak memberikan pengucapan awam yang berkesan dan menarik perhatian mereka yang mengantuk?
Praktis dan latihan
Ya. Kita kena membuat banyak latihan. Banyak praktis dengan guru atau jurulatih yang bertauliah. Jika tak dapat jurulatih, cari sesiapa disekeliling anda yang mempunyai banyak pengalaman ketika memberikan ucapan. Jika disekolah, biasanya guru besar adalah orang yang selalu memberi ucapan pada setiap minggu jika hendak dibandingkan dengan guru-guru yang lain. Jika tidak, boleh cari guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu kerana kebanyakkan dari mereka memang mahir memberikan ucapan kerana mereka faham tentang masalah dari segi bahasa, teknik bercakap dan apa yang diperlukan ketika memberikan ucapan.
Sebab itu, kebanyakkan guru Bahasa Melayu yang akan menjadi jurulatih untuk murid-murid yang terlibat untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan, debat, pidato dan juga “Public Speaking”. Namun, tak dinafikan juga ada dikalangan guru subjek yang lain yang lebih bijak dan mempunyai kemahiran tinggi dalam memberikan pengucapan awam.
Selepas mempelajari apa yang diperlukan dalam pengucapan awam, mula praktis dikhayalak ramai. Tak kiralah sama ada jumlah yang mendengar itu ramai atau tidak, lakukan sahaja. Memang pada mulanya akan menghadapi masalah. Perasaan takut dan risau akan berlaku. Masalah gugup dan “mulut kaku” adalah perkara biasa yang akan berlaku. Saya sendiri sudah pernah melihat ada guru perempuan yang menangis dan lari dari perhimpunan kerana tidak dapat memberikan ucapan yang baik dan gagal untuk mengawal keadaan. Sebab itu, prakis dan latihan sangat perlu untuk memahirkan diri kita agar lebih berani dan berkeyakinan untuk memberi ucapan agar kejadian seperti ini tidak berulang kembali.
Itu baru sekolah, bagaimana pula dengan situasi dan keadaan yang lebih serius, jumlah audiens yang lebih ramai dan dihadiri oleh orang-orang kenamaan? Nak tak nak, anda kena praktis dan membuat latihan. Faham?
Skill komunikasi yang hebat.
Bila bercakap tentang pengucapan awam. Ada yang jenis satu hala dan pengucapan awam yang melibatkan dua hala. Tapi kebiasaannya memang melibatkan dua hala.
Pasti ketika anda membuat ucapan, ada yang akan menyampuk atau mencelah untuk bertanya soalan atau membangkang apa yang anda ucapkan. Ketika itu. jika anda tidak mempunyai skill komunikasi yang baik untuk mengawal keadaan, anda akan “mati kutu” untuk mengawal ucapan anda. Silap hari bulan, anda akan hilang hala tuju ucapan anda dan pastinya anda akan berasa malu dan tidak mahu lagi memberikan ucapan pada masa yang akan datang.
Senang cerita, anda kena lebih berani. Jika ada yang bertanya soalan berbentuk sindiran atau berbentuk serangan. Anda kena lebih bijak untuk menjawab soalan-soalan mereka. Jangan pula, anda jawab dengan jawapan yang kurang sesuai dan menyakitkan hati orang. Yang penting, anda mesti memberikan ucapan yang tenang, bertenaga dan yakin dengan setiap ayat yang anda ucapkan. Kadang-kala, selitkanlah juga humor agar dapat tangkap perhatian para pendengar yang mula rasa bosan.
Jika pendengar bosan dan tidak memberikan respon atau ada yang keluar mahu ke tandas, percayalah bahawa sebenarnya ucapan anda agak membosankan..
Pengalaman bercakap dikhayalak ramai.
Sebagai seorang guru, saya dah terbiasa memberikan ucapan rasmi ketika dalam perhimpunan sekolah. Mungkin kerana saya agak kacak dan agak rapat juga dengan murid-murid, jadi murid-murid memang akan memberikan perhatian penuh terhadap setiap butir perkataan yang saya sampaikan. Begitu juga dengan guru-guru yang lain. Sebab itu, saya juga selalu diminta untuk mengendalikan bengkel atau seminar sebagai pengacara majlis yang diadakan disekolah.
Komen dari salah seorang murid bila saya memberi ucapan dalam perhimpunan.
“Cikgu kalau cakap, memang cair budak perempuan tauu..” komen Fatin Najiha. Wakil sekolah dalam acara lompat tinggi.
“Kalau Cikgu Faizal cakap kat depan, tak berani aku tak dengar..” balas Zack Belasungkawa. Pemenang Anugerah Pelajar Paling Nakal tahun 2012.
“Cikgu Faizal kalau bercakap..memang best dengar. Rasa segar aje waktu kat perhimpunan..” suara Ainan Farihah. Calon UPSR tahun 2013 SRK XXX
“Cikgu Faizal tu walaupun serius dan susah nak senyum, tapi dia kacak..” tambah Nurul Maisarah. Anak bongsu Pengetua SRK XXX.
…
….
Pengalaman lain? Saya sendiri pernah menyertai pertandingan pidato ketika disekolah menengah dulu. Ia satu pengalaman yang agak memalukan. Ketika dalam latihan, semuanya memang mantap. Tak ada masalah. Rakan-rakan juga merasakan kami boleh menang dalam pertandingan pidato itu. Tapi ketika hari pertandingan..saya jadi GUGUP. Sampaikan saya hampir terlupa isi-isi penting yang perlu saya beritahu dan ucapan saya menjadi agak huru-hara. Akibatnya, ya. Pasukan saya tewas dalam peringkat akhir itu dan menjadi naib johan sahaja. Dan lebih pedih, tak dapat mewakili sekolah untuk pertandingan pidato peringkat daerah. Lebih teruk lagi, populariti saya menurun dikalangan gadis-gadis cantik disekolah itu akibat kejadian itu. Ohh..
Dan pengalaman terbaru yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika memberikan ucapan sebagai panel jemputan dalam Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network pada beberapa bulan lepas. Ketika menerima email jemputan untuk menjadi panel, saya agak risau sebenarnya. Dapatkah saya memberikan ucapan yang berkesan dan sampai matlamatnya kepada mereka yang hadir dalam seminar tersebut. Tapi saya nekadkan dalam hati untuk mencabar diri sendiri. Jika bukan sekarang, bila lagi?
“Ahh..belasah aje. Bukannya kena tumbuk kat rusuk kiri kalau salah cakap pun..”
Dan akhirnya saya menerima respon yang agak menggalakkan dari mereka yang hadir dalam seminar tersebut. Ada yang suka, ada yang hilang mengantuknya dan ada juga yang menjadi lebih bersemangat untuk buat duit dengan blog selepas mendengar ucapan saya. Syukur, sekurang-kurangnya mereka mendengar dan menumpukan perhatian. Tak adalah saya rasa macam cakap “sorang-sorang” dalam seminar tersebut.
Kesimpulan.
Bagi saya, bukan mudah untuk memberikan ucapan dikhayalan ramai. Tak semua orang ada kemampuan dan keyakinan untuk melakukannya melainkan mereka sendiri MAHU mencubanya.
Sekali lagi, bukan mudah dan sebenarnya agak menyusahkan. Kadang-kadang, menggangu emosi saya. Hendak tidur pun tak basah, hendak mandi pun tak lelap dibuatnya. Itulah yang saya rasa dulu.
Tapi saya bersyukur, berkat latihan dan keinginan mahu mencuba, saya tidak ada masalah lagi untuk memberikan ucapan dikhayalak ramai pada masa hadapan. Apa yang penting, kita berani mencuba dan jangan mudah rasa takut. Jika anda rasa takut, mereka yang mendengar akan lebih rasa takut danlebih rasa terancam berbanding diri anda.
Haha..
Untuk mereka yang berminat untuk belajar tentang teknik atau cara pengucapan awam yang berkesan, bolehlah cuba menyertai Kelab Pidato Perdana ini. Anda tidak akan rugi mencubanya.
Sila klik link ini untuk ke website Kelab Pidato Perdana – Kelab Pidato Perdana
22,433 total views, 2 views today
terbaek..ni rasa nak masuk gak contest ni….
nak kena lawan gak ni
hehe ooooo ade contest rupanya
Terbaik ler bro. Cikgu kalau tak reti pengucapan awam alamat anak murid berterabur…hehehe
Terbaik. Memang layak lu pandai berucap. kena dengan bidang tugas. Macam aku sampai sekarng berterabur lagi. Haha
den tak banyak pengalaman ucapan public ni.. kadang2 nebes, kadang2 terlebih tenang pun ada..haha
yess, pratik make prefect kan..
semakin byk kita buat, semakin mantap .. aku ni jarang bercakap kat depan 🙂
Setuju! 🙂
Practice make perfect.
Muaz mesti selalu sorok muka kan ..
dulu2 selalu gak buat “public speaking”
sekarang dah kelu lidah untuk berkata
Cikpuan Sweet Kurma samalah kita.
Selalu jugak wat public speaking ni. 🙂
Darah gemuruh bercakap didepan orang ramai. Bos sudah bagi hint supaya buat persediaan untuk bercakap di forum.
Satu sahaja cara untuk tip-top dalam bidang berucap:
PRAKTIS PRAKTIS PRAKTIS. Steve Job ajar aku.
tak prepare .. memang kelam kabutlah dibuatnya.. walaupun dah biasa di khalayak ramai… jadi blurrr… kadang mula2 jer ..dah pertengahan dan ok…
Rasa nak terkucil kalau di suruh berucap…ohhh tidakkkkk, ( terlebih malu2 kucing )
pengalaman dulu bercakap dengan orang ramai melalui forum. Memang gementar tapi lama-lama jadi biasa even ada nervous sedikit. Itu normallah kan..
Ala cikgu takkan tak boleh bercakap kot
Ada juga cikgu yang susah nak bercakap. Depan murid ok lagi. Tapi kalau ada nazir dtg dan masuk kelas untuk observe mmg ngelabah he..he..he..
payah juga macam tu, tapi rasanya masa mereka study dulu teknik bercakap ada diajarkan..
yang penting kena tambah unsur jenaka sikit baru org tak tidur.. kan kan kan
Asyrof kalau mengemudi majlis pun memang tak pandai nak buat jenaka.
Serius je, yelah majlis formal kan. heheh .. 🙂
Thanks for the tip bro. Public speaking ni bagus sebenarnya. Kalau betul tekniknya, nak bersembang kat kedai kopi pun boleh jadi lancar. Kadang bila nak bercakap kat public ni, kita nak bagitau benda lain, tapi orang faham benda lain.
Tak faham itu indah, salah faham itu merbahaya. Haha
Pembacaan dan pengalaman akan membantu kita lebih yakin untuk berucap….
cikgu-cikgu biasanya takde masalah nak bercakap depan orang, dah hari-hari praktis.
Betul tu.yang masalah sikit bagi yang buka cikgu kan DH. 😆 😆
bagus juga laman web tu,boleh tambah keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai
huh den tak pernah lagi berucap di khalayak ramai , tiada keberanian lagi…hehe
Kerjaya den selalu mengadap komputer jer memang kurang bercakap dikhayalak ramai.
Saya belajar pengucapan umum ketika praktikal (latihan industri) di kolej latihan telekom. Yang mengajar saya, yang buli saya dan melatih saya ialah pensyarah-pensyarah di sana. Grad saja terus mengajar dengan konsultan. Dari situlah keyakinan tu diasah.
cikgu kalau tak reti cakap memang takleh jadi cikgu le..hehee.BTW..Khalayak ye cikgu..bukan khayalak…hehheee
😉 alhamdulillah kira oklah kalau suruh berucap
saya minat berucap di khalayak ramai namun gugup itu musuh utama..
Saya ajak baca entri terkini bertajuk- Segmen Inspirasi Jutawan
Poin2 yang ditulis ada diajar dalam kelas pengucapan awam. Dulu masa nak masuk kelas tu je mesti macam cuak sebab setiap kali sebelum mula kelas, pensyarah akan pilih 4-5 orang keluar bercakap kat depan kelas. Dalam kelas ada 100 lebih masa tu. Gigil juga. Betul cakap pensyarah tu, bila dah lama-lama, dah biasa, dah selesa akan kurang gemuruh.
kawan bg petua soh pegang besi mcm klip paper@pen untuk hilang rasa gemuruh masa berucap
Dulu masa Sekolah memang takut untuk bercakap especially depan orang ramai, menggigil2 suara jelas kelihatan, sekarang pun rasanya sama kot cuma kurang banyakla dari dulu 😀
feedback murid yang paling akhir tu macam dibuat-buat je cikgu 🙂 hehehe…
mana ada…itu betul-betul punya maaa..
itu belum campur yang cikgu-cikgu comel cakap lagi. haha.. 😈
aku kalau mengajar depan budak dalam kelas ok je…
tang depan org ramai ketak kepala lutut huhuhu darah gemuruh pun datang la..
Perghhh dah join dah dia..hehe..gud luck..tu dialog anak murid atau cikgu perempuan?haha
dulu masa sekolah je lah aku selalu cakap.. sekarang nak cakap, tengok hadirin dan hadirat laaa dulu.. hehehehe
akhirnya..dapat juga gua baca..gua duk tunggu3 artikel dari bro titan ni..gud luck bro
Mak pernah kena wat public speaking ni tp dlm bahasa enggeris. Mmg tergaga2 la ckp..but kalo kita ada point, dlm masa 2-3 minit je gagapnya tu.
Later2 bila dah cool, rileks je berucapnya.
kalau makcik..mesti lama cakapnya kannnn.
haha..
untuk awal ketika berbicara di publik sangat gugup tapi karena terbiasa rasa gugup itu hilang, hanya perlu latihan saja
Saya kena berceramah di depan orang ramai di surau untuk dapatkan band 6 dalam subject pendidikan islam. Yang masalahnya, saya takut ramai orang ejek. Cikgu saya kata kalau nak boleh masuk kalau x nak tak dapat band 6. Rasa gementar sangat…takut pua orang kata saya ni belagak alim, tudung saya pun labuh, tapi saya xde lah alim sangat pun sebernanya. Humm tak tau nak ceramah ke tak.. :/
Cuba aje.
Kalau kena gelak, itu tandanya diorang ALERT dan dengar setiap perkataan yang ko cakap tu. Itu juga bermakna, ucapan ko jelas dan boleh didengari oleh semua orang.
Jadi, tujuan dah tercapai. Yehh!
setuju…buat dulu…
selamat berjaya =)
Saya sudah di cap mohorkan jadi mc untuk semua event scolah! Best tak! Malas nak wat skrip la…
Mestilah best, kan?
Haha..bukan selalu sangat pun kann..
terbaik!
antara ciri seorang penulis yg baik, dia juga seorang jurucakap yg baik…ambe rasa cikgu faizal ada dua benda ni…
best best!
urghh… sy mmg cukup x suka kena ckp dpn org ramai ni..
zaman skolah mnengah dulu jadi pengawas, trpaksa gilir2 buat ucapan/tazkirah kat perhimpunan… mak oii gementarnyeee… jenis darah gemuruh laaa… susah nk atasi
kena banyak berlatih makcik oi..
cuba cakap depan anak-anak. Nanti biasalah. hehe..
fuhhh.. best baca entri ni.. Susah senyum tapi bila dah senyum kacak 🙂 hoho
Terima kasih encik titan..emm saya pun bakal berucap di depan khalayak ramai..entah mcm mana lah keadaannya nanti..memang kena buat persedian tambahan pula dengan pelbagai soalan yang bakal membunuh ucapan saya nanti..emmm…
hang nak bercakap depan siapa plak nanti? wahh.. 😯
aku pantang dapat mic, idea mencurah. selalu kena warning ngan member…
“woi , 5 minit je tau “, ………. kadang kala jadi setengah jam.
dayah pun puas hati masa hang bercakap #sbddb2013 🙂
hang tak melalut..tak buang masa.
hang direct bagi point diselang selikan dengan jenaka.
setuju! Perlu banyak latihan. itu antara sebab kita perlu melakukan “presentation” untuk hampir kesemua subjek waktu di universiti. jadi, gunakan platform itu untuk melatih kita.
Kalau kita tak ada jurulatih, berlatih la depan cermin. macam saya, praktis atas motor jer.hihi
dulu memang ada masalah nak bercakap depan orang, tapi sejak darjah 5,6 cikgu dah ajar supaya berani bercakap depan orang, sebenarnya datang dari ilmu kita jugak kan , kalau pengetahuan kita banyak berkenaan dengan apa yang kita nak cakap tu memang kita akan lancar dan confident jer.
selalunya terjadi dekat mahasiswa la benda ni. ketrampilan tu penting nak jadi cikgu bro, hehe
ni salah satu kelebihan jadi cikgu, mmg terer berdiri dan berckp di khalayak rmi..
Mana ada. Gua memang terer bercakap la sejak dalam perut mak gua. Haha.. 😈
Seni bercakap untuk mencabar diri sendiri. Tapi,,,,saya pun goyah..huhuhu
Alhamdulillah dunia public speaking ni Asyrof dah lama.
Tapi masih still ada ketar-ketar bila nak berucap.
Terutama mengemudi majlis formal.
Pergh! Memang tak boleh silap sikit.
Tak apa, lama-lama nanti hang biasa punya.
[…] http://ahmadfaizal.com/2013/10/14/anda-takut-hendak-bercakap-dikhayalak-ramai/ […]
aku ni jenis darah gemuruh….pantang sebut nama belum ke depan dah goyang satu badan…hahaha…entah bila nak ok pun tak tau…