Tajuk: Awek Teh susu.
Nama lain bagi teh susu adalah teh.
Kalau korang pergi kedai dan buat order..
“Teh ais satu!”
Dia akan bagi air teh yang dah dibancuh dengan susu.
Tapi kalau korang mintak..
“Teh O Ais lapan!”
Itu mamak akan bagi air teh yang tanpa susu.
Nampak permainannya disitu?
Nak dijadikan cerita.
Mak aku tahu, aku tak suka minum susu.
Aku cukup anti susu masa kecil dulu sampai berjaya mengumpulkan skuad anti-susu masa kat tadika. Sampai naik pening makcik-makcik tadika itu dibuatnya.
Jadi, mak aku pun fikirlah camana nak bagi aku minum masa kecik-kecik dulu. Maklumlah, asal bagi susu aje..aku hentak-hentak kaki sampai bergegar rumah jiran sebelah sampai jiran nak tengok Flashman pun rasa tak tenteram. Jadi, entah macam mana mak aku dapat idea.
Dibancuhnya teh dengan susu.
Jadilah teh susu.
Dan aku boleh terima susu selepas itu.
…….
…………….
Itu sahaja.
Sekian.
** Aku dah takde idea sebenarnya ni. Sibuk sikit minggu ni.
*** Comelkan awek teh susu tu? Haha..
Ps: Okeh. Aku tau korang nak komen. Gi komen.
12,023 total views, 1 views today
besar gila cermin mata awek teh susu tuh…haha
sekarang ni fesyen spek besar besar… DT pon baru beli spek bingkai besar…
Sudah maca mata lalat pun ada. 🙂
eh sama lah kita tak suka minum susu… adakah ini jodoh ? wakakkakaka
ehem ehem… ok gak tu.. hehehe
ehh ape ape … jangan gosipkan ye… cakap je
masa kecik saya memang tak suka minum susu,dah besar inilah baru bermula minum susu.
sy dari kecik sampai besar suka minum susu 😳
mesti dalam penuh dengan susu .. ahahha patut sihat
teh susu kurang manis campur gula….
campur gula terus jd tak best.. hehehehe
tak elok gula.. lebih baik susu lembu
hehe.. entah entah kau ke bro jiran aku yang selalu kacau aku masa tgk flashman. 👿
awek betul ker patung tu? 😯
awek betul la tu
Adakah ini sejarah teh susu???
sejarah yang memang logik juga kan
olo2 comelnye awek teh susu tue…
dlm merapu2 ciktom bc abis jgk entri ni..haha
kena baca samapai habis baru faham nanti
hahahah.. merapu tp best jugak layan titan ni
awek teh susu
mata bulat putih gebu
kalau tak nak, bagi kat aku
haha
bagi teh susu ke ? bagi awek tu?
kenapa teh o ais lapan? takut plak nak order macam tu.. nanti mamak bagi lapan plak
awk sapa kah itu bukan awek eh
awek titan lagi cantik dari awek ni
Awww tergodanya tengok awek tu..haha..saya bahang blake air nape pun selagi ia boleh diminum..haha
ingat bini tu hahh
Ok2…mujurlah ada yang mengingatkan..hahaha
skang ni orang minum teh susu mahal..Chatime..:D
fyna suka susu tapi tak suka soya. harap maklong 😉
teh peng satu 😀
ha ni tahu.. teh ais…
eh betul ke peng tu .. bukan teh o beng
kurangkan susu, nanti kena kencing manis
susu pun kencing manis ek? ingat gula jer… 😀
susu pekat memang kena kurangkan..
tapi kalau susu macam dutch lady ke,anlene ke, itu bagus untuk badan
sape tak suka susu mmg tak kacak… =)
tak terlawan ambe ngn 3 super komentator kat sini…dasat sungguh 3 org ni main komen…fuh!
DT memang tak suka susu.. sbb tu tak kacak.. cantik je.. ahahhaha
hahaha bole lagi mengejar komen
DT ar.. dia tido ngan laptop yang terbukak blog titan 24 hours.. hahahah
Teh susu ni saya mesti nak pekena hari-hari..menu wajib..
kalau minum setiap hari, kena minum air putih juga. bukan apa untuk elakkan sakit kencing manis je
aku pon.. teh susu tarik satu mamakkkk!!!
hahahaha… senang buat duit entri ni..
awek teh susu mengancam siot! Teh susu my feberet! senang kata segala jenis teh pun feberet aku.hahaha.
wah tahan perut eh.. katanya teh ni banyak angin.. ni banyak angin dalam badan ke atau angin satu badan.. heeee
Geng-geng boikot susu ko masa tadika dulu ke tu?
bagus juga idea mak hang nak bagi anak minum susu 🙂 nasib tak kembung hehe
tu la.. titan nyer perut tahap naruto.. mana leh kembung. 😆
Susu la sedap.. Patutla badan selalu kena serang selsema, batuk2, kurang zat.. Gi minum susu banyak2..
hahahaha…. serius best entri ni.. tunggu gak mana lah cerita pasal awek teh susu tu..
Kalau tak suka minum susu, minum cendol je. 🙂
Cerita ni memang hebat! ramai orang komen!