Pilihan, Suntikan dan Perubahan.
3 perkataan ini memang dah tersemat dalam fikiran aku sejak aku mula menulis blog pada tahun 2001 dulu.
Pilihan.
Pada tahun 2001, aku disajikan dengan pelbagai macam cara untuk buat duit. Baik dari cara online ataupun online. Baik melalui MLM offline atau MLM online. Baik StudioTraffic atau 12DailyPro, Baik A3union dan bisnes pelaburan internet yang entah apa kejadahnya tu lagi. Tak lupa juga dengan jual topup dan juga jual ebook. Tak kurang juga melalui Google Adsense dan juga Widgetbucks. Dan memacam lagi. Semua tu aku dah cuba. Sebab itu sahaja PILIHAN yang aku ada ketika itu.
Dan aku perlu memilih, konsep atau jenis “buat duit” macam mana yang mahu aku fokuskan.
Oleh kerana aku terlalu banyak, aku SUKAR untuk buat pilihan yang bijak. Senang cerita masa itu, aku jenis BELASAH semua jenis cara buat duit yang aku rasa boleh bantu aku buat duit. Janji ada hasil.
Suntikan.
Pada tahun 2005-2007, aku membuat pilihan untuk buat duit secara serius melalui blog. Dan apa yang aku nampak ketara ketika itu adalah program seperti Google Adsense, Bidvertiser, Adengage, Clicksor, dan pelbagai lagi. Sebab ketika itu, itu PILIHAN yang sesuai dengan aku. Dan aku mula menulis blog semata-mata nak mendapatkan trafik untuk dapatkan komisen bagi setiap program yang aku mahukan. Ketika itu, aku lebih fokus kepada program seperti Google Adsense. Jadi, skop PILIHAN menjadi lebih kecil. Aku lebih kepada jenis buat duit melalui blog. Lebih kecil lagi, melalui program pengiklanan. Dan kemudiannya wujudlah Advertlets dan Nuffnang. 2 program ini menjadi SUNTIKAN utama untuk aku lebih serius buat duit dengan blog ketika itu. Peluang buat duit dengan blog menjadi lebih meluas. Dan aku fokus dan berjaya berpuluh ribu ringgit ketika itu. Cek hijau, cek kelabu, cek biru, cek merah dan memacam cek dah aku terima baik dalam negara dan luar negara. Akaun paypal tak sunyi dengan bayaran setiap bulan.
Pendek kata, aku dah nampak fokus aku melalui suntikan atau booster untuk lebih SEDAR akan kelebihan yang ada pada diri aku. Aku boleh buat. Aku pun boleh lebih berjaya dari mereka yang lain. Aku hebat. Aku ada kemampuan. Aku boleh belajar skill dan hasilkan skill yang lebih hebat. Aku ada “passion” untuk jadi penulis blog yang lebih baik. Dan memacam lagi..
Itu target aku dan of course, dengan bantuan “niat sebenar” aku ketika itu yang mahu berjaya BUAT DUIT melalui rangkaian blog aku menjadi kenyataan dari bulan ke bulan.
Perubahan.
Dan sejak aku mula dapat fokus dan lebih fokus dengan buat duit melalui blog. Aku perasan TREND baru dalam dunia buat duit online pada tahun 2007. Program affiliate. Sebenarnya, program affiliate dah lama bermula. Clickbank, Comission Junction dan Shareasale. Aku membesar dan belajar banyak benda tentang dunia affiliate melalui 3 syarikat ini. Dan aku tak toleh belakang. Aku henjut puas-puas dan kaut keuntungan sebanyak mana yang aku boleh kerana ketika itu memang tak ramai blogger yang mempromosikan benda ini secara serius. Dan tak lama lepas itu, banyaklah Ebook tempatan yang ditulis tentang program affiliate luar khususnya melalui Clickbank dan juga Amazon. Seriusly, banyak blogger yang nampak peluang ini jadi lebih serius dan “CONVERT” menjadi Internet Marketer. Masa inilah berlakunya perubahan orang kita untuk lebih serius menjad Internet Marketer atau “IM”.
Perubahan lebih ketara apabila aku sendiri MULA menulis ebook dengan niat untuk mencari keuntungan. Antara ebook yang aku pernah tulis, Panduan Google Adsense, Panduan Mylot, Panduan Payloadz 1.0, Panduan Payloadz 2.0, Panduan TNX 1.0, Panduan TNX 2.0 dan terkini Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Ada satu ebook yang aku jual secara gerila, panduan tentang macam mana nak buat duit dengan satu aplikasi di Facebook. Aku ambil kesempatan untuk jual ebook itu sebab aplikasi itu antara yang terawal muncul dan ya..aku kaut beribu ringgit ketika itu kerana nampak lubuk emas ketika itu. Tapi hanya untuk tempoh 1 bulan kerana selepas itu, berpuluh-puluh aplikasi yang muncul hasil TIRUAN aplikasi yang mula-mula itu. Ebook itu cuma cerita macam mana kita nak buat duit dengan aplikasi tersebut dan juga trik serta tips untuk buat duit dengan cepat. Ya, ebook itu meletup kejap dan aku tutup jualan dengan cepat sebab tahu benda ini akan TEPU dalam tempoh yang sekejap. Dan, itulah perubahan aku sebagai penulis ebook. Semua ebook aku jenis study case dan jenis cara mengajar orang untuk buat duit melalui blog. Suprisely, ebook jenis macam ini memang laku sepanjang zaman. Percayalah, jika korang tahu dari sudut “psikologi” kehendak dan keperluan orang Malaysia dan juga tahu “CARA Promosi”, memang senang-senang aje nak buat duit dengan menulis ebook.
Dan perubahan demi perubahan berlaku. Aku lebih serius dengan program affiliate. Aku juga pernah buat “personal coaching” yang bayarannya agak mahal. (Tapi sekarang aku dah malas nak buat. Haha!). Dan disebabkan Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati, makin ramai yang sedar akan kelebihan untuk buat duit melalui program affiliate. Sampai satu tahap, aku sendiri dah tak boleh BEAT pemain baru dalam program affiliate yang SELALU bagi aku berpuluh dan beratus ringgit setiap bulan.
Demm korang. Haha..
Tapi aku tahu, itu risikonya. Bila berkongsi, pasti akan ada orang yang lebih genius, lebih rajin dan lebih bijak fikirannya akan mengatasi kita. Itu normal dan sentiasa berlaku dan PASTI berlaku. Tapi bila kita ikhlas berkongsi, percayalah..rezeki kita tetap ada.
Akibatnya, hampir setiap hari dapat email komisen. Itu bermakna, ada “sales” telah terhasil.
Jika perkara yang sama berlaku dalam diri korang walaupun cuma terjadi antara 2 atau 3 kali dalam seminggu atau mungkin dalam sebulan, izinkan aku untuk bertanya..
“Korang gembira atau tidak?”
Kesimpulan.
Apa yang aku nak bagitahu dalam hal ini. Korang semua jika SERIUS untuk buat duit dengan blog, korang akan mengalami 3 fasa ini dalam “dunia blogging” korang.
Bermula dengan membuat PILIHAN, korang akan berfikir dan dalam masa yang sama akan MULA menerima SUNTIKAN demi suntikan tak kiralah dari semangat atau sokongan dari diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan korang. Korang pasti akan mengalami benda ini. Dan sampai satu peringkat terakhir adalah PERUBAHAN. Bila dah sampai peringkat ini, korang dah masuk fasa yang lebih serius. Mahu atau tidak korang membuat perubahan. Untuk lebih mengambil risiko yang lebih tinggi, untuk berani mengeluarkan modal yang lebih besar, untuk lebih bersemangat menghasilkan lebih banyak duit melalui rangkaian blog korang.
Dan percayalah, selepas korang melalui 3 fasa ini..korang akan lebih bersistem, fokus korang akan lebih konsisten, peluang yang muncul akan lebih meluas, hidup akan lebih tersusun, perancangan akan jadi lebih mudah dan proses nak buat duit tidak lagi melibatkan risiko yang tinggi kerana korang dah lebih bijak berbanding fasa pertama dulu.
Senang cakap, berani atau tidak korang menghadapi 3 fasa yang berisiko ini?
Mampukah korang percayakan kemampuan dan kelebihan yang korang ada? Skill boleh dibentuk dan dibelajar. Tapi soal berani dan percaya. Ini soal hati dan semangat.
Mampukah korang lakukan perubahan? Sanggupkah korang mengambil risiko? Inginkan senyuman dan kasih sayang dari insan tersayang pada setiap masa?
Aku tinggalkan soalan-soalan itu untuk korang fikirkan.
** Banyak lagi aku boleh cerita. Banyak lagi aku boleh tambah dan mengarut. Tapi cukuplah takat ni. Kang bertambah “sesat” plak korang nanti. Haha..
Ps: Dan, Kitab Teknik SEO Merah Jambu adalah hasil gabungan dan paduan hasil 10 tahun pengalaman aku ketika cuba untuk buat duit dengan blog. Ia boleh bantu korang membuat pilihan, mungkin juga memberi suntikan moral untuk korang jadi lebih berani mengambil risiko dan juga memberi korang lebih banyak pilihan untuk lebih berjaya.
6,609 total views, 1 views today
terbaik bro! 😉 berjaya membuka minda fA 😆
well said broo!!!!
engkau IDOLA ku
Terbaik entri ni. Perkongsian yg boleh menyedarkan orang dari ‘tidur’.
Baru semalam dapat Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Baru baca separuh, besok sambung lagi.
Baru separuh baca pun saya dah terduduk dibuatnya..bukan aje mengajar saya macam mana nak buat duit tapi dalam masa yang sama baru saya tahu banyak kesilapan2 yang saya dah buat dalam berblog. Saya nak belajar dan akan terus belajar lagi..thanks
Wahh… ini satu PENCERAHAN yang baik nih… humm.. menarik2…
Nak ckp je..
Memula dyh pilih nak buat duit lebih dengan blog. . Setakat nih merasa la beberapa ratus dah puas hati sangat dah tu.. sebab sedar level kita kan..
Then bila terjadi la sesuatu..rasa nak give up la buat duit dgn blog walaupun lepas pergi seminar buat duit dengan blog rasa macam ada suntikan terkena kat hati utk terus berusaha..tapi tu lah..suntikan tak cukup power..
Akhirnya dayah ubah cara utk buat duit lebih dengan meniaga online..
Tapi dugaannya… phewww..
Memang bukan senang nak senang kan..
Kesimpulan.. walau apa cara sekalipun dayah guna utk cari wang lebih.. dayah harap dayah tak lupa utk bayar zakat.
haha aku jawab dengan jujur mana tak gumbira kalau dapat komisen walaupun aka sebulan sekali
baik jugak ni, suntikan yang aku perlukan hehe
mantaplah bro, penuh inspirasi. kena berani untuk gagal.
terbaik!
lu mmg tetap sama sejak gua kenal blog lu…lu mmg tetap baik hati kasi up motivasi insan2 gersang kat luar ni…tak pernah berkira walaupun ada jugak lu tutup 1-2 rahsia…
thanks encik titan…lu mmg IDOLA gua!
lu suntik gua kasi up semangat bro
Lama betul berkecimpung dunia online ni ya. Aku 2001 masih sibuk chat mirc
aku dulu memang nak terjerumus ke dalam Internet Marketer..tapi taktau la nape jiwa aku bukan ke arah tu..tapi lebih kepada blogging..so aku teruskan dengan blogging..sampai sekarang..
Ebook Teknik SEO Merah Jambu produk ko paling best aku beli..ahaha..dan paling untung dan juga paling manis sekali..ahaks..
entri yang penuh motivasi… kekadang terfikir, awat lar tak kenal hang dr dulu lagi? kalau tak mesti dah lama follow hang buat duit dgn blog nih…
seronok baca entry nih , penuh dengan kata-kata motivasi…=)
lama tu sejak 2001…masa tu blog pun puteri tak kenal kot..hehe
Huiii…ulasan panjang lebor ko bg tan??
Emm terima kasih encik titan..paling best, bila dapat suntikan dan kata-kata semangat daripada rakan blogger yang kita hormati dan kagumi..kadang2 tu nak gak rasa suntikan kata-kata semangat dari encik titan buat diri saya ni..kahkahkahkah..err logik tak permintaan saya tu?
tak sangup lagi nak masuk FASA 3… hanya yang hebat mampu sampai ke FASA 3…
Terbaik bro. Aku baru nak melepasi tahap 1. Tu pun tak lepas lagi. Tapi semangat berjuang di dunia online selama 10 tahun aku mmg salute dgn bro.
memang tabik kat bro… teruja baca semua pengalaman bro..
suka baca blog nie
🙂
seronoknya bila tgk org da berjaya..tp sy masih tercari2 mcm mne nk dptkn income dr blog..tlg la ajr sy..huhu