Pada hari Khamis yang lepas bersamaan dengan 8 November 2013, aku sempat pergi ke Majlis Tautan Muhibbah DPIM – Makassar bertempat di Danau Golf Club, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pada masa yang sama, Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar turut berlaku pada masa yang sama.
Pendek kata, dua majlis dalam satu masa. Jimat masa dan wang. Aku pun tak perlu datang DUA kali. Hoho..
Majlis Tautan Muhibbah DPIM – Makassar dan Majlis Kesyukuran Kumpulan Al-Ansar
Majlis ini berjalan dengan lancar dari mula hingga tamat. Apabila wakil-wakil dari Makassar seramai 53 orang itu sudah sampai, majlis terus dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis. Kemudiannya, disusuli pula dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Sobri Saad. Dan ucapan seterusnya diteruskan oleh Tn. Hj. Muhamad Khanafi bin Husin yang merupakan Pengarah Urusan Al-Ansar. Beliau banyak juga bercerita tentang kejayaan Kumpulan Al Ansar yang mungkin RAMAI dikalangan kita yang tak berapa tahu.
Pengarah Urusan Al-Ansar
Selepas itu, ucapan dari wakil dari Makassar iaitu Bapak Wachyudi dan juga Bapak Yunus. Mereka banyak bercerita tentang Makassar dan juga apa tujuan mereka datang ke sini. Boleh tahan juga bahasanya. Berpinar-pinar aku nak faham perkataan-perkataan yang mungkin kali pertama aku dengar selama ini. Aku yakin ramai yang datang berusaha KERAS untuk cuba memahami beberapa perkataan yang mereka cuba sampaikan.
Yang aku pasti, ramai bapak-bapak dan ibu-ibu ini adalah guru di Makassar. Rupa-rupanya, mereka umpama membuat lawatan sambil belajar ke sini. Kiranya semacam program pertukaran ilmu antara pihak Makassar dengan pihak Malaysia termasuklah bab ekonomi, latihan industri, kerjasama perdagangan dan macam-macam lagi. Bila diterangkan oleh Bapak Wuchiyadi dan Bapak Yunus, barulah aku faham walaupun ada juga ayat yang masih aku tak dapat tangkap maksudnya.
Kemudian, majlis diteruskan dengan Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Sahar bin Mat Din yang mewakili Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden DPIM. Tan Sri Ali Hashim yang tak dapat datang pada malam tersebut. Tak dapatlah nak dengar cerita bab “ketirisan” lagi.
Tapi Tn Hj Sahar pun tak kurang hebatnya. Mula-mula aje..dah dok borak dan bercerita. Sesuai jadi penglipur lara. Penuh dengan cerita dan ayat-ayat kacak. Serius, ada bakat jadi blogger yang popular. Cerita tentang CIMB Niaga tu memang menarik hati. Hehe..
“Bila nak bagi ceramah lagi?”
Itu soalan maut yang aku dapat bila bersalam dengan Tn. Hj. Sahar sebelum majlis bermula. Terkejut juga dibuatnya kerana beliau masih ingat aku lagi ketika jadi panel di Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati dulu. Tak sangka blogger picisan macam aku pun beliau boleh ingat.
Serius, daya ingatan dan hafalan beliau memang kelas pertama. Hoho..
Pelancaran Kedai Online Al Ansar Health
Majlis diteruskan dengan pelancaran Kedai Online Al Ansar. Nampaknya, dah bertambah produknya dan kepada sesiapa yang berminat bolehlah cuba beli terus produk Kumpulan Al Ansar dengan segera. Macam-macam ada dijual termasuklah produk dari Magnetic Aura dan juga produk Sinar Permata.
- Boleh terus ke sini (Sila klik pada link ini) –Â Kedai Online Al Ansar Health
“Err…ada diskaun tak untuk orang hensem?”
MOU Kumpulan Al Ansar dengan pihak Makassar.
Dan selepas itu, Majlis Tautan Muhibbah DPIM – Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar diteruskan dengan menandatangani perjanjian persefahaman antara Kumpulan Al Ansar dengan pihak dari Makassar.
Semoga banyak yang boleh dipelajari hasil pertukaran ilmu antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.
Okeh.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pihak Makassar, Al Ansar dan DPIM. Seterusnya Tn. Hj. Amir menyampaikan sijil penghargaan dan juga hadiah kepada mereka yang bersama menjayakan dan mendapat Komisen tertinggi program eQorban.
Tak lupa juga, sumbangan RM1,000.00 ringgit juga disampaikan kepada Rumah Kebajikan Ruhaiyah oleh Tn. Haji Amir.
Makan Time.
Dah selesai semua tu, ada sedikit jamuan untuk semua yang hadir. Dan sudah tentu semua orang dijemput untuk menjamu selera. Tanpa ragu-ragu atau malu-malu.
Ya, aku tahu..semua dah kelaparan. Jadi, masing-masing memang pandai layan diri sendiri. Semua tak malu-malu dan tahu layan diri masing-masing. Yang pasti, semua makan tanpa toleh kiri dan kanan. Haha.
Dan sambil makan, ada persembahan dari Muaz dan kumpulan Damai.
CANDID Time.
Sementara itu, korang boleh layan gambar-gambar dibawah.
Walaupun tidaklah banyak, tapi ini antara yang berjaya aku tangkap. Semoga terhibur.
Antara kejayaan Kumpulan Al Ansar yang ramai tak tahu.
- Dasar dan visi Al Ansar Group untuk menjadi empayar perniagaan yang memberi keuntungan dan memberi penyelesaian kepada pengguna dan masyarakat setempat.
- Menandatangani MOU dengan Magnetic Aura Sdn Bhd dan Sinar Permata Resources.
- Mempunyai produk-produk berkualiti seperti Al Ansar Properties, eQurban, Denaihati.com dan kedai Online Al Ansar Health
- Hasil jualan Al Ansar Health mencapai 500 ribu ringgit sebulan.
- Malah, Program eQurban di Kemboja contohnya telah berjaya mengumpul sebanyak 1500 ekor lembu untuk dikorbankan semasa sambutan Aidiladha yang lepas.
- Mempunyai ribuan rakan niaga untuk program affiliate eQurban yang hebat-hebat belaka.
- Cawangan Kumpulan Al Ansar juga sudah mempunyai 8 cawangan diseluruh Malaysia Malaysia dan akan terus bertambah. Antaranya di Setiawangsa, Johor Bahru, Kajang, Shah Alam, Sg Petani, Parit Buntar, Kuala Terengganu dan Kota Bahru. Jika tak ada aral, mungkin cawangan Ipoh dan Kuantan akan dibuka tak lama lagi.
- Err..bila pula nak buka cawangan kat Banting pulak? Hehe..
Untuk lebih tahu dengan lanjut, boleh rujuk website dibawah.
Harap maklum.
Ps: Terima kasih kerana menjemput aku sekali lagi dalam program yang dianjurkan oleh Kumpulan Al Ansar. Semoga Kumpulan Al Ansar terus membantu lebih ramai orang untuk berjaya dan mencapai misi dan jihad mereka.
7,130 total views, 1 views today
Rajin pergi event bro…
dah dijemput, aku pergilah.
kalau tak, takkan nak memandai plak. haha
Terbaik! Rasa macam aku plak yg ada kat majlis tu…nak2 gambar lampu tu…berpinor mate…hehe
moga al-ansar berkembang maju dan semakin sukses!
aku duduk betul-betul bawah lampu tu maa.
tu yang terasa nak ambil gambar lampu rare tu. haha
awek detected…bleh jadi calon tu bro…hahaha
tak leh.
tu orang lain punya. Aku curi-curi candid je. haha
Al ansar ni yg ada urut urat saraf tu ya
urat-urat saraf?
tak faham aku. bagi soalan detail sikit.
wah, Al-Ansar dah ada kedai online… terbaik! 😉
ha, leh la gi shopping online plak yek. hehe
den pernah jumpa peserta affiliate E-Qurban paling kacak tuh…hehe
hehe..
yang tu, aku pun jumpa gakk banyak kali. haha
wah menarik tu.. banyak ilmu dan kawan boleh dapat kat majlis ni
Yap, memang banyak ilmunya. hehe..
terima kasih kedatangan bro yang memeriahkan lagi majlis ni.
Sama-sama.
Kalau ada event lagi, jemputlah lagi yek. hehe..
Al-Ansar semakin mendapat tempat, tahniah semoga lebih sukses selepas ini 🙂
Ya. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
hoho.
Emm nak rasa gak macam mana rasa hadiri majlis ilmu yang hebat ni..emm encik titan kalau bab caption dengan gambar memang boelh buat saya senyum lahh..haha
pindah KL. hehe..
senang dapat job luar.
wahhh… awek tu yang best!
laju je hang pasal awek yeeekk
paling menarik tentang awek tu! berkenan ke?
p/s:Entri terbaru saya…. Blogger Aka Pegawai Pemasaran
berkenan je. Tak salah rasanya. haha.