Ya.
Tadi, aku sempat buang duit sikit kat website membeli belah Nile.com.my
Aku ni cukup susah nak beli barang online. Hari itu, aku ada cerita aku membeli belah kat kedai Mat Runcit. Sesuai untuk stok jajan-jajan aku. Tapi kali ini, aku berbelanja di Nile.com.my. Ada sebab aku rasa macam seronok berbelanja disini. Aku bukanlah kedekut seperti yang korang sangkakan. Kalau benda berbaloi, murah, ada diskaun yang tak terkalah, mengapa aku tolak akan peluang yang sukar untuk dilepaskan ini?
Disini, aku rumuskan sikit. Sila baca.
7 sebab mengapa korang juga harus berbelanja di Nile.com.my
- Barang-barang dia pelik. Jarang jumpa kat kedai online yang lain. Tak percaya, boleh pergi usha.
- Ada seluar sukan dari korea yang aku suka. Kalau Malaysia ni, kalau cari kedai sukan, memang terhad betul dari segi fashion dan kelainan. Semua lebih kurang aje. Jadi, barang dari korea ni walaupun jenamanya aku sendiri susah nak sebut, tapi rasa macam menarik untuk dibeli. Ya, aku ada sambar satu dua helai seluar sukan. Sesuai untuk jogging petang-petang.
- Tali pinggang, dompet, alat exercise malah meja untuk laptop pun ada dijual disini.
- Harga? Memang tak terkalah. Diskaun banyak gila. Aku tahu, NILE masih untung lagi. Takkan diorang tak nak untung kan? Tapi jika dibandingkan dengan harga dikedai baju atau kedai yang lain, harganya memang tak masuk akal gak. Harga asal dia memang mahal. Tapi di NILE, korang leh dapat harga diskaun yang mengagumkan.
- Review yang bagus-bagus dari para blogger lain yang pernah beli dengan Nile. Malas aku bagitau siapa. Pepandailah korang search. Ada jari lagi kan? Pi taip kat Google.
- Dengar kata cepat. Sebab ada Kangaroo express. Mesti laju posmen kangaroo tu. Sekali lompat, sampai Banting terus! Haha..
- Sebab aku suruh. Jadi, sila buang duit korang. Arahan dari lelaki kacak seMalaya.
Ok. Itu aje ulasan aku walaupun aku belum dapat barang lagi. Aku baru je order barang. Harga keseluruhan? Lebih kurang dengan harga aku dapat dari komisen yang aku baru dapat dari Jobdirumah. Cuma kena tambah lebih sikit untuk kos penghantaran. Kalau korang order lebih RM100, kos penghantaran dikira percuma. Tak ke bagus tu? Leh jimat RM6.60 tu!
Kalau kedai biasa, benda yang aku order tu, paling celaka pun dekat RM100 ke atas. Tapi aku dapat jimat bawah RM80. Bagi aku, ini satu penjimatan yang tidak terkalah. Jadi, mari berbelanja dengan rakusnya.
** Ini bukan review berbayar. Tapi kalau Nile nak bayar gak atau bagi free gift. Aku terima dengan hati terbuka. Bukan senang blogger ego lagi kacak tak terkalah macam aku ni nak buat review macam ini. Oh ya, korang ada kedai online atau jual barang pelik-pelik? Sila upah aku. Aku kasi promosi sikit. Mana tahu? Barang korang laku keras macam NILE ni nanti. Siapa tahu, kan?
Ps: OKeh. Nak update senarai peserta Contest Review Tak Terkalah. Dah bising dah budak-budak peserta ni. Asyik ingatkan aku suruh update aje. Aku baca komen korang tu. Sedap aje kutuk aku kan. Takpe, takpe. Ada ubi ada bas. Ada hari, aku balas. Kaw-kaw punya!
7,930 total views, 1 views today
pergh lelaki kacak ni peminat kpop juga yer.. 🙂
gua tak minat.
gua cuma suka design seluar sukan diorang aje. ada gaya kacak.
makin kacaklah kalau pakai seluar tu nanti 🙂
itu gua tak tahu. kena cuba dulu. hoho..
belum cukup duit lagi untuk berbelanja sakan…
takpe. lepas ni boleh kan? kan? hehe..
terima kasih sebab belanja
siapa belanja?? 😯
BEST nile.com tu… mmg brg dia agak menarik walau xbyk sgt…tp lum penah lg beli
saper peserta yg kutuk lu bro? bak sini aku tapaw sorang2.. heheheh
oleh kerana aku pun mau kacak seperti lu, maka aku akan try shopping kat Nile jugak…
adoi ni yg buat poket makin senang kempes ni huhuhu
Nampaknya LAZADA dah ada pesaing baru….ke diorang nie mother father company sama…..
tak minat pun nak shopping situ..ahaha..macam ada permainan je ni..ramai plak share pasal Nile…:P nampak tak permainan di situ
mana ada permainan kat sini. mana ada, mana ada. haha..