Siapa pengguna Salamfone?
Dah baca berita terbaru tentang Salamfone tak?
Dukacitanya ingin kami memaklumkan yang perkhidmatan Salamfone dengan rasminya kini telah dihentikan. Segala usaha telah dilakukan untuk mengaktifkan kembali perkhidmatan kami, malangnya kami tidak berjaya. Di sini, kami ingin memohon maaf kerana telah mengecewakan semua rakan-rakan kami yang selama ini telah menaruh sepenuh kepercayaan dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Ketahuilah yang kami telah mencuba sedaya upaya kami untuk mengaktifkan kembali perkhidmatan kami dengan sepenuhnya.
Di sini kami ingin menasihati supaya anda berhijrah ke perkhidmatan lain secepat mungkin. Kami juga sedia membantu anda sekiranya anda inginkan bantuan untuk melakukan proses MNP. Sila hubungi 0106003333 untuk soalan dan bantuan.
Jika ada sebarang aduan yang ingin ditujukan kepada kami, sila hantarkan kepada aduan@salamfone.com beserta nama penuh, no k/p, no salamfone dan no alternatif.
Dan bla..bla dan bla..
Dengan Ikhlas,
Salamfone.
..
…
Ok. Nampaknya, berita ini dah tersebar luas. Pengguna Salamfone pun dah tak dapat guna servis Salamfone sekarang, kan?. Malah, siap ada khabar angin yang pelik-pelik lagi dikalangan pengguna. Antaranya..
- Dengarnya, Maxis dah potong talian mereka kerana Salamfone tak bayar hutang yang agak banyak..
- Salamfone ada masalah. (Bagi aku, mana-mana syarikat pun ada masalah..)
- Kurang promosi. Ini aku setuju sangat.
- CEO Salamfone cabut lari. (Ini aku tak tahu betul ke tidakk..)
- Salamfone servis tak bagus. Lambat, bla dan blaa…
- Dan memacam lagi..
Entahlah. Kekadang, benda macam ini susah nak cakap. Aku harap, tak perlu layan sangat khabar angin ni.
Betul atau tidak, Salamfone sudah tiada walaupun mereka telah sedaya upaya untuk settlekan masalah ini sejak dua-tiga hari lepas.
Keputusannya tetap sama. Tidak berubah.
Gagal.
..
…
Sumber: Facebook Salamfone.
** Kepada pengguna Salamfone, bertukarlah ke Celcom. Hehe..
Ps: Tapi kalau nak main internet, Umobile memang best bagi kawasan KL.
7,004 total views, 2 views today
Salamfone?apa tu? tak pernah dgr pong..emm kawasan KL ok lah u mobile..kat kawasan kampung, sakit hati tuhan aje yang tahu..rasa nak berhijrah ke KL jer..kahkahkah
haha gua pun sama seperti hafizul apa itu salamfone, baru hari ini gua baca dan kalau pakai benda ni kena selalu jawab salam ke hehe
promosi dia tak kuat.ramai tidak tahu.
yg tahu boleh guna pergi haji kot
MJ pengguna salamfon, servis diorang best.. tapi sayang cheq terpaksa berpaling..huhuu
Salamfone patut belajar dengar tune talk ….
Salamfon ni rasanya xox dulu. Masalah yg sama berlaku.. Tutp terus pun bagus. Tapi jgn tukar ke celcom dan maxis.. Mahal yang amat. Pakailah Digi atau umobile.
salamfone?? celcom maxis digi tau la… huhuhu….
Memang kurang promosi tu yg sales mereka takde
kesian bagi mereka yg pakai perkhidmatan ini terpaksa tukar ke perkhidmatan yg lain
1st time tau apa tu Salamfone…hehehehe
Adat berniaga macam roda…
salamfone…la dah berenti ke…baru je dgr nama ni…
Aritu rasa nak pakai dah salamfone ni…kejap je lah salam fone ni
takpe…gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya cewah.
rasa macam pernah nampak kat post office benda alah ni
kejap je… kesiannya… promosi memang tak kuat..
kurang promosi, so org pun tak berapa nak tau dan yakin.. dan macam biasala, bila unsur syariah diketengahkan, mesti ada je yang kacau daun 🙄
Salamfone kurang popular walaupun konsepnya bagus..
la baru je minggu lepas kenal dengan salamfone ni..tu pon member y mintak tlg topapkan dia punya kredit..tup2 minggu ni dah lingkup..dasyat2..
Bukan rezeki mereka untuk bersaing gergasi 3 warna…
saya pun guna u mobile
Kena kuat jika nak berjaya dalam bisnes yang dah ada pesaing hebat-hebat.