Hari ini, aku cerita dalam bentuk point sahaja.
Tak larat nak buat karangan SPM.
Sebab aku sangat sibuk. Bila aku kata aku sangat sibuk, maknanya memang aku sibuk. Berbeda bila aku mengada kata aku sibuk. Itu maknanya aku main-main. Pura-pura sibuk. Bila aku serius sibuk, itu maknanya, aku sibuk buat kerja sampai blog sendiri malas nak update.
Huh.
1. Seperti korang tahu, ini kali pertama aku sambut Hari Guru di Johor dan juga di sekolah pertama aku disini. Jika aku pindah sekolah, mungkin itulah sekolah kedua aku akan sambut hari guru di Johor. Biasanya, bila guru berpindah antara daerah ni, ada TIGA aje sebab. Naik pangkat, tukaq sebab nak dok dekat dengan rumah atau ko memang cikgu yang bermasalah.
2. Ini juga kali pertama aku dapat hadiah yang super banyak semenjak aku jadi guru. Tak pernah lebih dari LIMA bijik hadiah. Kali ini, macam-macam hadiah aku dapat. Dari sebiji pensel, pensel box, minyak wangi, kopi pak belalang pun ada, 6 biji gelas yang ada gambar bunga-bunga, beg sekolah pun dapat, tupperware dari jenama Tupperware tu toksah citerlah. Bertambah la koleksi bini aku.
Serius, aku baru tahu bahawa semua jenama Tupperware ni, memang tebal sikit. Bini aku kata, kalau bekas tupperware tu dah lama, kita boleh tukaq yang baru. Itu jaminan diorang. Sebab tu, harga diorang bapak mahal. Even gelas kecik tu pun harganya lebih sepuluh ringgit. Kalau botol air tu, RM50 ke RM90 tu dah kira biasa dah.
Terkejut beb.
Patut mak aku pun turut sama jadi pembeli yang setia jenama ni.
Dah ada calon-calon hadiah ulang tahun bini aku ni nanti.
Hehe..
3. Ini juga kali pertama aku berjaya dapat tempat kedua dalam sukan Petanque. Aku dipaksa jadi wakil sekolah sempena sambutan hari guru peringkat Pasir Gudang. Wakil sekolah aku ada tiga orang. Cikgu Kok, Poji dan aku. Poji ni PT kat sekolah aku. Syukur ada Poji. Antara “pointer” terbaik dalam skuad kitaorang. Aku dan Cikgu Kok lebih kepada “attacking”. Jenis tembak bola petanque pihak lawan agar jauh dari jack tu. So, Poji selalu jadi “starter” kitaorang.
Hasilnya, naib johan peringkat Pasir Gudang.
Susah beb nak lepas ke final. Sebab nak lepas peringkat kumpulan pun, dah pening kepala nak lawan. Entah apa magic yang Poji dan aku buat, kita orang sampai ke final. Cikgu Kok kata, dia target lepas suku akhir je. Sebab lawan kita orang tu, ada yang memang jenis wakil daerah dah.
4. Dan ini juga kali pertama aku mengajar disekolah yang “BAKAL” dapat SBT dan SKK. Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Itu bermakna, aku ada banyak kerja yang menanti dan aku akan jadi lebih sibuk gila yang lebih menggila. Biasanya, bila dah tercalon ni, memang biasanya dapat. Kena plak, inilah guru besar pertama aku di Johor yang juga merupakan antara guru besar terbaik di Pasir Gudang.
So, in-shaa Allah, boleh dapat title tu.
Doakan yang terbaik untuk aku dan sekolah aku.
5. Ini kali pertama aku rasa aku sangat sibuk dengan hal-hal kerja sampai terpaksa mengabaikan hal-hal blog aku. Nak balik kampung pun dah tak boleh seminggu sekali. Terpaksa tunggu cuti sekolah panjang sikit, baru dapat balik jumpa mak dan sambal belacan mak. Jumpa abah dan cendol abah.
6. Ini juga tahun pertama aku betul-betul jumpa anak lelaki aku setiap hari. Tahun lepas, dok tunggu hujung bulan atau hujung minggu aje. Syukur, permohonan EG Tukar aku kali pertama ini diluluskan tanpa sebarang halangan.
Oh ya.
Ini salah seorang anak murid kesayangan aku.
Perkenalkan.
Faris.
Nama anak aku Firas.
Tapi maknanya sama.
–> Genius, bijak dan pandai macam aku.Ā
7. Selain itu, ini juga kali pertama aku tak ngajar subjek Pendidikan Kesihatan dan Dunia Muzik. Kini, aku bukan lagi guru muzik. Kekurangan guru lelaki, membuatkan aku terpaksa “handle” kebanyakkan kelas PJ kat sekolah aku.
8. Dan buat pertama kalinya, sekolah aku berjaya dapat satu pingat dalam acara lompat jauh setelah dengaqnya dah LIMA tahun tak dapat satu pingat langsung. Korang kena faham, kat pasir gudang ni ada berapa puluh sekolah. Nak dapat satu pingat gangsa pun, lebih susah berbanding ko nak lari padang 10 round.
9. Sementara itu, tidak dilupakan juga, ini kali pertama aku CUTI disebab Johor menang Piala FA tempoh hari menumpaskan PKNS Selangor. Walaupun kecewa PKNS kalah, tetapi hati terubat dengan cuti percuma itu.
10. Dan tahun ini, aku gagal mempertahan anugerah Guru Paling Kemas. Sebaliknya, aku dapat anugerah Guru Paling Dedikasi. Sijil dah dapat. Tapi kena pulangkan sebab ada kesalahan ejaan nama bapak aku. Jadi, bukti tak ada. Aku cuma mampu cerita aje dengan korang. Kalau aku kelengtong, korang kena tipulah.
Tapi percayalah, itulah hakikat yang sebenarnya.
Okeh.
Buat kali pertama aku rasa aku dah lama tak cerita panjang lebar gini.
Dan terima kasih kepada mereka yang pertama kali datang ke blog ini dan baca artikel ini buat kali pertama. Jika ini adalah artikel yang pertama yang korang baca, percayalah bahawa korang bukanlah orang pertama yang merasakan hal sedemikian rupa.
Akhir kata..
Terima kasih kerana kekal setia membaca blog ini.
Dari aku mula menulis 2001 hingga ke 2016.
15 tahun.
Rasa macam sekejap aje.
Tak tahu lagi 15 tahun, aku masih menulis lagi atau tidak
Amiiinn.
Almal hul EERSTE keer – everyone has their OWN first time
9,783 total views, 2 views today
Mnarik smbutan hari guru bro..hadiah dpt byk..
Ya.
Ini kali pertama aku rasa memang menarik sepanjang aku sambut hari guru.
Hebat tu tuan. Bermotivasi
Biasa biasa aje.
Semoga memberi motivasi.
Tak menang tangan nak bawa hadiah pemberian murid-murid. š
Yap.
Serius, memang terkejut beruk pun ada.
Tangan penuh hadiah. Haha..
Itulah seronoknya jadi guru. Dapat hadiah di samping dapat bagi ilmu kat anak-anak bangsa.
pergh.. macam2 ada anugerah ye..
terbaik la sekolah lu
Tak banyak anugerah tahun nih.
Yang hensem je dapat. Hehe
Untung jadi cikgu, setahun sekali dpt hadiah drp murid2
Ya.
Itu la untungnya.
setahun sekali.
Banyak bro dapat hadiah. Sabtutan hari guru di sekolah baru best.
Ya.
memang best tahun ni.
calon SBT…maka sibuklah nanti dengan memacam keje nak maintain prestasi..ahaks..moga jangan lagi serabut..kena banyak gi melancong gini…takpe..Maikel ada tu
Ya.
Syukur ada maikel.
Beruntunglah Farish… Gambar dia terpilih masuk dalam blog Cikgu Titan… š
Dia memang tau pun.
sampai 2 beg plastik hadiah. Siap junjung lagi tu… Tahniah bro…
Jadi warga Johor dah skang. Bleh sokong JDT skang nih. hahahha
Sokong bini je.
Selangor tetap dihati.
menarik maksud quote pada topik entry ni
Apa yang menarik?
Cerita sikit.
tahniah cikgu paling berdedikasi!
Saya memang dedikasi orangnya. Hehe..
Terbaik lah en titan…
Biasa-biasa aje.
Bahasa apa quote tu? menarik..
BTW cemerlang rupanya bekerja..Anugerah Dedikasi tuuu
insya Allah 15 tahun akan dtg msih menulis lagi..huhu
Ya.
Mudah-mudahan ya.
comel firas, besar nanti hensem boy tu
Ya.
Dia memang hensem.
Allahuakbar! 15 tahun. Huhu… saya pun tak terfikir adakah mampu bertahan sampai itu. Tapi selalu saya simpan dalam hati,
harap-harap baca blog saya walaupun saya dah tak da lagi.
Terima Kasih Cikgu, walaupun lambat saya tetap nak ucap.
Selamat Hari Guru!
Ya.
Tak ramai yang sanggup.
Cikgu kalau banyak dapat hadiah tandanya anak murid suka.Lagi satu kalau dah pencen pun orang tetap panggil cikgu juga.Mulia kerja cikgu ni.
Ya.
Diorang memang suka.
Almal hul eie EERSTE keer… Apa maknanya ni?? search google translate macam pelik aje maknanya..
Gi google aje lah wehh.
haha
tahniah cikgu dapat hadiah…tahniah jugak dapat title guru paling dedikasi…syabas cikgu!!
Sama-sama.
Terima kasih kerana menyokong saya.
Sangat penuh dengan motivasi brad, salam sukses ya š
Ya.
Salam sukses jugak.
Banyak juga pencapaian ko ni Titan.
Biasa-biasa aje bahh..
Sampai sekarang masih rasa ralat sebab delete blog pertama masa mula tulis di alam kampus dulu. Semoga Allah bagi ilham tulis benda baik-baik untuk semua. š
Ya.
Mudah-mudahan begitulah ye.
Tahniah cikgu, selain banyak dapat hadiah menang anugerah untuk diri sendiri dan bakal dapat title sekolah SBT tu antara kebanggaan juga..tapi lebih banyak tugas yg menanti la
Tahniah Cikgu. Banyak juga pencapian tu… Insyallah…kipidap…