Ya.
Hari ini hari Khamis.
Tapi aku masih anggap hari ini adalah hari Rabu.
Sebab selagi tak subuh, aku tak rasa hari ini adalah hari Khamis.
Haha..
..
…
Kerja yang tak pernah nak habis
Sebenarnya, aku baru sahaja siap sebahagian besaq kerja-kerja aku sekarang nih.
Fail-fail Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dah setel. Fail Setiausaha Sukan pun dah siap. Apa yang patut ada, dah ada. Apa yang patut tak ada, dah kena buang. Apa yang kena tambah, dah ditambah. Fail-fail SEGAK dari tahun 4 hingga tahun 6 pun dah siap. Data offline pun dah siap. Tinggal nak setelkan one stop centre aje.
Sukan sekolah pula terpaksa ditunda selepas habis UPSR memandangkan cuaca sekarang tidak mengizinkan. Fenomena El Nino kali ini benar-benar membuatkan aku terpaksa bekerja lebih gila berbanding tahun lepas. Walaupun skop kerja yang sama, tetapi sekolah yang berbeza, suasana yang tidak sama dan budaya kerja yang berlainan. Sudah tentu, banyak cabaran dari segi lembing dan pedang. Terpaksa asah skill baru dan inovasinya budaya kerja menjadi lebih efisien dan lebih pantas.
Tak boleh dah nak lewa sangat.
Tapi, aku tetap berpegang pada budaya kerja aku.
Biar buat, jangan tak siap langsung.
Biar lambat, asalkan guru besar suka hati.
Ofkos, dalam kos yang dibekalkan. Kalau sikit, aku buat sehabis baik berdasarkan bajet. Ada duit lebih, aku all out segala kehebatan dan skill yang dah Allah kurniakan pada diri aku. Dalam hal ini, aku takkan keluarkan duit sendiri untuk memuaskan hati orang lain.
Alhamdulillah, bajet memang cukup dan sangat memuaskan hati aku.
Akhirnya..
Siap juga kerja buat “Photo Album” untuk projek PIBG sekolah aku.
Ambil masa dekat DUA minggu nak siapkannya. Satu minggu nak edit dan memilih gambar yang cantek. Pening juga nak memastikan agar semua cikgu ada dalam 80 lebih gambar tu. Satu hal pulak nak menyusun agar nampak ada kesinambungan dari setiap gambar.
Nak memilih album pun dah satu kerja.
Habis semua kedai gambar, kedai buku dan kedai cenderamata dan cenderahidung aku cari.
Jumpa juga yang berkenan dihati dan dijantung.
Nampak selesa dan nampak redup mata memandang.
..
…
Syukur, walaupun dengan kekangan waktu yang aku rasa macam tak cukup, akhirnya kerja ini berjaya disiapkan hari ini. Esok, boleh tunjuk kat GPK Koko dan Guru Besaq. Harapnya diorang suka dan gembira dengan kerja cemerlang aku itu.
Tak suka pun kena suka juga.
Dah berapa hari aku tak cukup tidur malam yang berkualiti.
Aku dah habis daya nak membuat kerja-kerja yang bukan dalam bidang aku.
Aku orang sukan.
Bukan orang seni beb.
Haha..
Projek Online
Blog-blog utama aku dah aktif kembali. Yang jenis superblog, ofkos aku akan jaga dengan sepenuh hati agar hasilnya penuh dengan warna-warna pelangi yang menggembirakan.
Kitab Pink aku, sudah aku siapkan 90% data yang baru. Ini bukan versi yang kedua. Cuma versi pembaharuan KHAS untuk projek affiliate. Kitab Pink sebelum ini diuruskan oleh Ashadee, dan platform lepas ini adalah platform yang berbeza. Walaupun aku tak makan banyak sebab berkongsi dengan pihak ketiga, tapi tak apa. Aku dah capai 5000 pembaca. Dah lebih dari target yang aku hendak capai dan dah banyak kali makang besar sorang-sorang.
Mungkin dah sampai masanya aku berkongsi rezeki dengan orang lain.
Kesimpulan.
Dah boleh start wat training bola.
Jadi, dua minggu ini aku akan sibuk “training” budak bola agar boleh lepas ke final buat kali pertama sejak sekolah ini dilahirkan. Paling kuat pun sebelum ini, lepas ke suku akhir aje. Kalah pun, sebab keeper wat kesilapan yang tak dapat aku nak ceritakan disini sebab terlalu sedih.
Tambahan lagi, cuti semester 1 pun dah nak dekat.
Ini bermakna, peperiksaan semester 1 akan tiba tanpa amaran. Aku dah kena wat jadual guru-guru yang under pantia aku untuk buat kertas peperiksaan masing-masing. Korang kena faham, aku pegang Panitia PJK. Itu bermaksud, DUA panitia. Panitia Pendidikan Jasmani dan Panitia Pendidikan Kesihatan. So, kalau kat sekolah..aku paling gila sebab jaga dua panitia. Nak buat macam mana, dari segi kelayakan, memang aku SORANG sahaja yang layak untuk pegang sebab dua benda tu memang “MAJOR” aku.
Orang lain tak layak pegang. GPK dan Guru Besaq pun tak layak.
Nak tak nak, aku kena ambil jugak.
Itu tak campur nak uruskan pelaporan PBS offline lagi.
Itu tak darab lagi nak kena bawa budak untuk pertandingan bowling minggu depan dan juga kena training “Petanque” khas untuk pertandingan ketika Hari Guru Peringkat Daerah.
Banyak kerja rupanya bila aku pindah nih..
Huhu..
Dan dalam masa yang sama aku akan sibuk untuk persiapan hari guru peringkat sekolah. Dapat tugas yang sama, skop kerja yang sama, ambil gambar orang-orang yang sama dan ofkos, kena buat album gambar yang lebih kurang sama.
Huh..
dah macam iklan Trivago dah plak aku rasa.
Apapun..
Buatlah kerja dengan hati terbuka.
Janji kerja kita siap, janji semua orang suka hati.
..
…
Better LATE than NEVER.
Dah, aku nak sambung main “cak cak cak!” dengan aku.
7,599 total views, 1 views today
Ya betul.. terus konsisten buat kerja.. biar lambat takper.. asalkan selamat..
Ya.
Biar lambat, asalkan selamat sampai ke destinasi.
Betul tu. Itu yang sebaiknya.
lepas UPSR baru ada sukan…agak lewat jugakkan…yealah dengan keadaan cuaca sekrang ni… sekolah anak minggu depan..terus buat Karnival Sukan & Usahawan…harap cuaca okeylah..tak dinafikan tugas cikgu memang banyak… orang ingat tugas cikgu mengajar jer…walhal perkara lain perlu dibuat juga.
Ya.
ramai yang tak tahu dan tak nak ambil tahu.
Terbaik bro,banyak benda boleh selesaikan tu,lepas kerja selesai bolehlah habiskan masa dengan anak yang comel tu sekali 🙂
Ya.
Anak aku memang comel.
Untungla ade superblog.. konfem income ribu riban nie
KO pun boleh gak wat superblog kalau mau.
Haha..
byk btul kerja bro..rasa letih gler jd cikgu..haha..
Ya.
Memang banyak.
Tapi aku terima dengan hati terbuka.
Ok, jom main cak cak. Janji kerja siap. Biar lambat asal siap…grrr… 😉
Haha..
Ya.
Janji kerja kita siap cepat.
skit2 lama2 setel la..hehe
Yap.
Lama-lama setel.
Biasalah tu beb.
Heee good bro better late than never semangat dan fokus dalam bekerja itu sangat penting…
Ya.
Fokus itu penting.
Fuhhh pitam memang super busy btl yer..tapi bagus la serba boleh.. semoga dipermudahkan segala urusan yer..=D
memang sesuai la ayat cikgu kita ni….biar lambat asal selamat dari tak buat sama sekali.Konsisten setiap masa akan dapatkan manfaat yang berterusan. Syabas…
Ya.
Konsisten itu juga sangat penting.
Baru dapat tengok anak bro titan. Hensem macam bro juga.
kecik lagi.
lom cukup hensem. besaq kang, lagi hensem dari gua.
wah aktif nya. Baca pun dah terbayang tak cukup kaki dan tangan.
Bagus la blog en.titan
biasa-biasa aje beb.
banyak lagi blog lain yang bagus-bagus.
Abang punya superblog mana satu ya..
kasi la kita baca juga..
Mana lah tau terinspirasi.. hihihi
Yang rahsia, biarlah kekal rahsia.
Besar dah anak tu. Boleh tambah lagi seorang.
In-sha Allah.
Secepat mungkin.
Ammminnnn.
ayat Better late than never nhe saya pernah jumpa di movie ironman hihi 🙂
Ada banyak kat movie dan drama beb.
Ko tak jumpa kot.