Ya.
Misi aku dah tercapai.
Itu adalah sasaran atau misi aku setahun yang lepas.
Lebih tepat pada bulan April 2015.
Dan pada 29 April 2016, aku telah berjaya capai RM10 ribu nilai komisen setelah berjaya mendapatkan RM20 ribu dalam jualan yang aku buat.
Ini gambar bukti.
Takde edit, takde photoshop.
Inilah kerja dua tiga bulan tetapi beri aku income bertahun lamanya.
Overall, ini bukan kali pertama aku capai target.
Aku dah dapat lebih dari ini dalam program yang aku sertai nih.
Ini CUMA target tahun lepas yang dah berjaya tercapai pada tahun ini.
Produk apa?
Produk digital.
Macam mana aku buat?
Aku dah cerita kat kitab PINK aku tu.
Teknik biasa, cara biasa, buat benda yang dah biasa tetapi hasil agak luar biasa.
Tetapi tak ramai orang suka buat teknik ini sebab teknik ini kena kerja kuat hanya untuk satu ke tiga bulan pertama dan terima hasil bertahun-tahun lamanya.
Kenapa orang tak suka?
Sebab banyak kerja kena buat awal-awal.
Orang kita terutamanya masyarakat facebook, semuanya mahu duit mudah.
Sebab itu ramai yang masuk skim emas sontot, skim highway, skim tokan dan token..
itu tak campur skim kad jimat elektrik, simkad keluar duit, kad boleh sembuh penyakit dan memacam lagi.
Percayalah..
orang kita suka ikut benda-benda yang mengarut dan ada ciri-ciri mistik.
Benda-benda mistik macam ini, orang kita cukup suka. Sebab diorang ingat keajaiban berlaku pada setiap masa. Ofkos, tapi nak jemput keajaiban tu, bukan pada semua orang.
Contohnya, bisnes kad boleh sembuh penyakit.
Siapa yang berjaya dan kaya?
–> OWNER bisnes tersebut.
Dia cipta keajaiban dan jadi orang terkaya sebab berjaya buat magik dan tipu korang semua bagi duit pada dia.
Yang kaya, dia sorang dan balaci-balacinya.
Yang bangang, korang semua yang bagi duit pada dia.
Ada otak, tapi tak nak fikir.
Ada tangan, tapi tak nak cari fakta sebenar kat google.
Ada lutut, tak nak tanya lutut dulu.
Senang cakap, orang kita memang dari dulu sampailah sekarang, memang suka kena tipu. Bila dah ada sorang dua yang bising, barulah terasa diri kena tipu secara berjemaah.
Semuanya nak duit cepat.
Semuanya nak hasil cepat.
Semuanya nak kaya cepat agar boleh kahwin empat cepat-cepat.
Bisnes atau program dapat duit ciput, semua orang tak nak kebas.
Semua nak aku yang kebas.
Huhu..
“Habis..program yang ko join ni tak tipu orang ke?”
Tak tipu.
Benda baik.
Benda bagus.
Yang tipu tu, diri sendiri.
Dah beli produk tu, tapi tak nak buat kerja.
Macam mana korang nak dapat hasil yang lumayan?
Dah.
Produk yang berjaya aku jual itu adalah Panduan Jobdirumah.
RM10 ribu, itu bermaksud aku kena cari 400 manusia untuk beli panduan itu.
Panduan itu, untuk bantu korang cari duit melalui online melalui macam-macam platform.
Lebih senang, panduan itu mengajar korang dan aku bagaimana cara untuk buat duit sampingan melalui online.
Lebih tepat, panduan Jobdirumah ini, berpotensi untuk bagi job kosong untuk korang buat kerja, panduan tu ajar korang macam mana nak selesaikan job tersebut dan korang siapkan job tersebut. In the end, korang dibayar setelah job dah selesai.
Dah, boleh pi baca panduan itu kalau berminat.
Tak nak, tak apa.
Leh jual air balang.
Bisnes Jual air balang pun boleh dapat duit 7-8 ribu kalau bijak.
Kalau tak bijak, teruskan kerja korang sekarang.
15,720 total views, 2 views today
Terbaik tuan Titan 🙂
Biasa-biasa aje.
Korang pun boleh jugak dapat.
byknya tu..
hbt smpai target..
Kena usaha lebih, baru targetnya sampai cepat sikit.
Tahniah cikgu.. memang hebatlah..
Sama-sama.
Biasa-biasa aje bah.
Ok, banyak. Kerja 2-3 bln tu saya tahu pe dia. Dah buat 2 bulan dah, menakjubkan.
Ya.
Kalau dah buat kerja..memang ada la habuannya.
in-sha Allah.
yup..hasil kerja keras tu aku dah rasa nikmatnya sekarang..ehehee..bagus betul kitab tu.memang tak rugi le aku beli..:P
Hang jenis boleh buat kerja.
So, tak hairan leh dapat hasil beb. Hehe..
tahniah titan, seronok tengok hasil income, 😉
Ya.
Memang seronok la jugak.
tahniah….
ko hutang aku cendol tak bayar lagi ni…
benuehit pulak ko letak kat blog eh??
amboi2..
hahaha…
turun banting la kalau nak makan cendol.
sejak bila aku hutang cendol hang haa..
apa semua nak kaya cepat kena usaha bawa dan buat lebih kerap yeah…
Orang kita memang suka kaya cepat dengan kerja lebih mudah.
Tahniah atas hasil work smart & work hard bro Titan! 😀
Sama-sama.
Work biasa-biasa aje.
Perghhhhh… Boleh wak makan sebulan tanpa kerja nihhh…. koho sakit pulak hati ni duk tengok nilai komisen terkumpul ni.. Hahahahahahaha
Bukan segebuk dapat weh.
Tu dah baru berjaya dapat angka 10k aje.
Haha
thorbaik tuan…masyukkkk
HEBAT!!Berusaha sehabis nyawa jika kita mahukan target yang kita capai…
Ya.
Sampai habis nyawa tu, melampau sikit la.
memang melampau tu..
MasyaAllah hebatnya tuan.
Tuan..nanti cek email ye. Saya ada soalan nak tanya
Err..
soalan apa ye?
tahniah dah capai target. semoga bertambah murah rezeki Tuan sekeluarga.
setuju nak dapat duit bukan dengan cara kerja senang. kalau senang mesti le dah berduyun2 orang kaya kan.hehe…
Aminn..
moga-moga murah rezeki tahun ini sampai la bila-bila.
Ya, kalau nak kaya tu senang, ramai dah orang melayu yang kaya raya.
tahniah tuan atas kejayaan, semoga lebih berjaya pada masa akan datang..=)
Ya.
Mudah-mudahan akan lebih berjaya dan lebih hasil pada masa yang akan datang.
Amin. semoga lebih berjaya lagi bro.
Tahniah..hebat! 🙂
Sama-sama.
Semoga lebih hebat pada masa yang akan datang.
waa.. banyak tu..dah menyamai kerja makan gaji..terbaik en titan
Mana banyak.
10 ribu bahagi dengan 12 bulan.
Satu bulan tak sampai 1 ribu pun dapat. Hehe
kena usaha dengan gigih baru leh dapat..
lepas ni adalah pakcik Lembaga datang tengok .huhuh
tahniah…moga teru sukses dan terus memberi manfaat utk org lain.
alhamdulillah, masuk unit amanah untuk portfolio pasive income 🙂
Bolehlah masuk kat mana-mana duit yang dapat tu.
hehe
Terbaik bro… biar lambat asal selamat… sikit2 lama2 jadi bukit… berusalah
i folo u hihi kalau menulis rajin kompom boleh! in shaa Allah
Ya.
Kekadang, kena la rajin sikit.
Tahniah cikgu…
Terima kasih kerana sentiasa memberi tunjuk ajar.
Tahniah bro titan dapat banyak. Bukan senang nak dapat macam ni.
Ya.
Bukan senang.
Kena usaha banyak-banyak.
wah hebatnya. teringin nak buat cam cikgu tapi kekangan masa
Saya pun buat bila ada masa je.
tahniah bro
memang cakap serupa bikin ni,
apsal aku klik link jobdirumah tu site kena block?
ok je aku bukak nih.
bukak yang dot net punya.
produk digital memang best. takde kos, takde konsep sold out.. air dalam balang pun boleh kering musim panas haha
Yup.
Itu salah satu kelebihan produk digital.
tahniah encik titan..dah berjaya capai target..
Ya.
Semoga target tahun ini berjaya dicapai juga.
Masyukkk.. bile nak belanja nie?
Turun Masai la kalau nak dibelanja.
Tapi bayar asing-asing.
Seronok dengan janaan duit yang cukup untuk belanja tiap-tiap bulan. Tidak perlu kerja lagi. Bagusnya
woow, bila nk pasang empat? haha
Pasang empat apa?
tahniah cikgu.. boleh buat inspirasi ni..
Semoga memberi inspirasi.
Bila nak update blog ni.. rasa macam rindu sangat dah nak baca coretan encik titan… Haha
tak tahu bila.
tunggu aku tak sibuk.
Salam. sy pernah beli panduan jobdirumah rm50. tapi lepas bank in, tak dapat apa2 berita pon. camne nk follow jobdirumah ni yea?
Ada no telefon kat website jobdirumah.
Cari dan call diorang.
Biasanya, kalau email diorang tak masuk kat bahagian inbox, check kat bahagian spam email anda.
Tahniah bro titan. usaha sendiri puas hati dengan hasilnya.
Ya.
Usaha sendiri, baru puas hati.
Tahniah Tuan Titan..Sangat Memberi Inspirasi
Sama-sama.
Semoga memberi inspirasi.
Biar sikit-sikit tapi konsisten…
Dari banyak-banyak tapi kelaut
Terbaekkk kitab pink
Ya.
Kita tu memang best dibaca.
wow.. banyak nya..
belum khatam lagi ‘kitab pink’ tu. 🙂
Nanti ada masa, sila khatamkan.
Lagi ajaib sesuatu tawaran, lagi orang suka. Najib sungguh miahahaha :p
Apa kaitan plak dengan mamat tu?
bole buat wang hantaran kali kedua..
lalalala
Hehe..
Hantaran apa tu sebenarnya?
salute sifu..tunjur ajarku sifu…hehe
TUnjur apakah itu?
wow hebat 🙂
jom kasik lanyak clickbank plak hehehe
curency tgah sedap ni
duduk underground itu lebih comfort zone
memang dok layan clickbank la nih.
haha
Alhamdulillah. Sebenarnya setiap kita punyai tugas berbeza, fikir positif.
Patut jobdirumah kena up lagi komisen sebab jadi main contributor…
Hebat ni tuan. Idola