Pernah tak korang shopping online?
Kalau tak pernah, mengapa? Mahal? Terlalu murah? Atau tak ada pilihan yang menarik dihati?Meh, aku cerita beberapa sebab mengapa korang patut cuba shopping online di StreetDeal.my
5 sebab kena shopping online di StreetDeal.my
1. Banyak barang pelik dan menarik.
Terdapat macam-macam barang menarik yang unik dan pelik-pelik. Aku ni kalau shopping online, memang suka cari benda-benda pelik yang susah nak jumpa kat kedai. Kalau kat Banting aku tak jumpa, tetiba ada kat mana-mana kedai shopping online. Memang biasanya aku akan beli tak kiralah harganya murah atau mahal. Tapi of course, harga yang murah menjadi sebab utama aku suka beli barang secara online.
2. Harga yang murah dan berpatutan.
StreetDeal suka bagi banyak diskaun. Harga murah dan kadang-kadang tak masuk akal. Jadi, bagi orang yang suka shopping online dan makcik-makcik yang suka beli beg-beg besar yang murah-murah, shopping online di StreetDeal.my adalah pilihan yang tepat lagi munasabah.
3. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah.
Boleh dijadikan sebagai hadiah hari jadi istimewa untuk insan-insan tersayang termasuklah bakal-bakal bini. Kat tempat-tempat macam inilah aku cukup suka mencari hadiah yang murah-murah untuk mereka-mereka semua. Jimat masa dan tenaga. Harga pun agak murah dan berpatutan. Tak mahal sangat. Susah tentu, gadis-gadis tersebut sangat suka dapat hadiah. Lebih-lebih lagi kalau dapat beg tangan.
Kalau pergi kenduri kahwin, takde dah pening kepala nak beli hadiah. Cari aje kat kedai online seperti ini. Lagipun, bukannya diorang tahu pun korang beli kat mana. Harga pun murah. Bolehlah “save budget” sikit walaupun tahun 2014 ni memang banyak gila benda dah naik harganya.
4. Proses pendaftaran StreetDeal.my sangat mudah.
Korang ada akaun facebook, kan? Daftar terus guna akaun facebook korang dan boleh terus mmembeli belah dengan penuh kasih sayang. Tak perlu lagi kena klik link pengaktifan seperti sesetengah kedai online yang biasa buat tu.
5. Banyak benda menarik untuk peminat drama korea.
Aku tak tahu nak cakaplah. Kalau korang selalu tonton drama korea, korang mesti perasan banyak pakaian, hadiah dan produk kat StreetDeal.my ni berasal dari Korea. Memang pandai betul diorang “UMPAN” para pembeli terutamanya sang gadis-gadis yang cukup gila dengan orang korea ni. Hoho..
Dan banyak lagi sebenarnya.
Harga untuk kos penghantaran di Semenanjung Malaysia adalah percuma. Tapi untuk Sabah dan Sarawak, dikenakan caj sebanyak RM8. Terdapat juga tawaran untuk servis seperti basuh kereta, kerja “cleaning” rumah dan bermacam lagi. Sila tengok kawasan yang menawarkan servis tersebut terlebih dahulu sebelum membuat order. Tak semua tempat mereka “cover”.
Okeh.
Jika berminat, boleh daftar dan mula shopping online dengan penuh kasih sayang.
- Daftar disini –
- Untuk lebih pantas, sila daftar menggunakan akaun Facebook anda.
…
….
Ps: Okeh. Nak gi makan jap. Dah lapar benar da ni..
6,588 total views, 1 views today
Macam² company dah buat servis online shopping nih. Apa beza StreetDeal.my dengan Lazada & Zalora?
smartfon wallet tu kalau bini gua nampak..naya…hahaha![:mrgreen:](https://ahmadfaizal.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
den jarang shopping online , lebih suka pergi kedai pegang2 produk dulu lepas tuh baru beli…=)
Bagus ni dah banyak pilihan untuk shopping online. 🙂
basuh kereta pun ada ka..selalu shopping jersi ja online
mengancam duit poket ni 😈
makin banyak plak shopping online kan. makin senang la pembeli nak memilih. hoho
banyak dah online shopping ni ye, makin banyak pilihan untuk pembeli dan makin mudah untuk duit mengalir keluar..hehe
bijak…. bijakk…
dan pantas.
sedut lg ilmu ‘putar alam’ dia. hahaha~
gua lebih suka lau bid harga..lagi syok..hu3
Ok..ada masa nanti saya try usha-usha ekk..hehe
jgn pecaye sangat streetdeal ni, cuba google kisah2 streetdeal,byk orang jg yang dah terkena. di singapore byk cina angin dengan streetdeal sebab menipu. aku pernah beli alat riddex plus tapi haram tak de kesan pun. pastu beli powerbank, tapi pakai tak sampai beberapa hari dah rosak,barang online banyak murah dan menipu juga terutamanya gajet elektronik. biar beli mahal dan di depan mata,janji berbaloi dan tak ditipu 😥