Okeh.
Entri ini mungkin buat semua penulis blog blogspot akan menyampah dengan aku. Sebab memang apa yang aku terangkan nanti memang betul belaka. Tapi masih ramai yang tak ambil endah langsung tentang hal ini.
Oleh sebab kesemua blog aku MEMANG bermotifkan untuk buat duit secara online. Jadi, tak perlu terasa jika korang buat blog ini hanya untuk tujuan peribadi atau suka-suka. Korang tak LAYAK untuk terasa. Kebanyakkan point dibawah ada kaitan dengan cara nak buat duit dengan blog. Sila faham.
Aku fokuskan kepada 3 perkara penting untuk BANTU korang mendalami Ilmu Blogspot Blogger Malaysia.
1. Gaya Penulisan.
Tak kiralah korang menulis blog guna platform blogspot atau wordpress berbayar atau mana-mana platform sekalipun, gaya penulisan adalah senjata utama dan tidak dapat dipertikaikan apabila korang mahu jadi penulis blog yang berjaya, penulis blog yang popular dan penulis blog yang hebat. Sampai satu tahap, ada blogger lain akan TIRU sebijik gaya penulisan korang. Paling keji lagi, siap ada yang COPY-PASTE sebiji-biji artikel korang dalam artikel mereka termasuklah dengan tanda koma dan noktah sekalipun.
Senang cakap, BINA gaya penulisan korang sendiri. Yang lebih unik dan lebih melambangkan diri korang. Sebagai “HINT”, tulis dengan jiwa. Maksudnya, tulislah dengan sejujur mungkin. Aku tahu, ramai yang tak berapa nak jujur. Malah, mungkin mereka jenis takut orang tak boleh terima apa yang korang tulis. Mungkin pendapat korang berbeza dengan blogger lain, tapi bila korang berlaku jujur ketika menulis artikel untuk seebuah topik, korang takut korang akan kena BLASH atau kena BOM atau kena tendangan tak berbayang dari HATERS atau blogger-blogger yang tak boleh terima dengan apa yang korang tulis.
Ini normal. Pendapat orang, berbeza-beza. Tak salah mempunyai perbezaan pendapat. Blogger jenis macam ini akan lebih popular, senang nak buat duit dengan mudah dan sangat dihormati. Jadi, jangan risau untuk berlaku jujur atau menulis dengan jiwa. Korang pasti akan ada pengikut tersendiri yang suka dengan gaya penulisan korang.
Tak percaya? Blog aku yang terlalu jujur ini pun boleh RAMAI yang suka baca hari-hari dan ada yang suka STALK tengah malam, takkanlah blog korang tak boleh jadi lebih HEBAT berbanding blog aku ini, kan?
2. TEKNIK SEO
Untuk bab ini, aku kuat menyarankan korang untuk belajar teknik SEO untuk memantapkan gaya penulisan korang. Paduan dari gaya penulisan yang mantap ditambah pula dengan teknik SEO yang gemilang, pasti akan membuatkan pembaca blog korang akan bertambah kasih sayangnya setiap hari. Contohnya, aku pernah tulis artikel tentang “khasiat petola” sebelum ini. Percaya atau tidak, keyword tersebut menjadi PUNCA trafik aku kekal mantap sepanjang tahun sejak aku tulis keyword tersebut. Itu belum lagi keyword “Kebaikan Petola, Cara nak masak Petola Sedap” dan macam-macam lagi keyword “Petola” yang lain yang tak dapat aku kongsikan disini. Nanti korang BEAT pulak keyword Petola tu kat search engine. Kang, aku plak tak dapat trafik banyak-banyak.
Itu satu hal. Bermain dengan SEO adalah SATU kemestian untuk mereka-mereka yang ingin buat duit dengan blog masing-masing. Tak boleh kata tidak. Mempelajari teknik SEO adalah satu perkara yang praktikal dan kritikal untuk semua penulis blog. Jika benar mahu duit dengan blog, mesti belajar dan tahu asas-asas SEO dengan baik.
Kenapa?
Bila korang tahu tentang SEO, korang akan dapat banyak trafik. Trafik bukan untuk SATU hari, tapi trafik sepanjang zaman selagi blog korang masih wujud. Keyword-keyword dalam blog korang itu TETAP akan hidup. Dan bila ada trafik banyak, korang boleh buat duit melalui program seperti Nuffnang, Google Adsense, Geniee, Innity, KOMLI dan sebagainya. Belum campur dengan program affiliate.
“Tapi bro..lu ada ke blog blogspot? Gua tak tahu pun..”
“Ada. Gua ada beratus blog blogspot.”
Kalau ada antara korang yang musykil, tak apa sebab memang aku takkan tunjuk. Itu senjata aku untuk buat duit secara online. Kebanyakkan blog blogspot aku banyak membantu aku buat duit dengan jayanya.
Contohnya. .
Hampir 50% daripada income yang aku dapat dari program Jobdirumah, datangnya dari blog blogspot. Lagi 50% datangnya dari Ohcikgu.com, Earncent.com dan Ahmadfaizal.com. Faham? 50% itu bukan satu angka yang kecil dan angka-angka itu TIDAK pernah menipu. Dan untuk pengetahuan korang aku dah dapat 95 bayaran komisen dari program Jobdirumah. Semuanya hasil teknik SEO yang aku lakukan pada blog blogspot aku itu.
3. Promosi.
Korang kena belajar teknik promosi. Jika korang betul-betul mahu jadi penulis blog blogspot yang cukup berjaya di Malaysia ini, nak atau tak nak korang kena belajar cara dan teknik promosi. Tak kiralah korang nak ping artikel blog korang kat Busuk ke, Blogged ke, atau kat mana-mana group facebook ke. Buat aje. Itu salah satu cara paling mudah.
Dan cara yang paling SIMPLE yang aku lakukan sejak aku tulis blog sejak 2001 dulu adalah melakukan “BLOG WALKING”. Maksudnya, pergi lawat blog orang lain dan tulis komen. Dan nak tulis komen pun, ada SENInya yang tersendiri. Bukan komen bodoh-bodoh. Ada caranya nak bagi komen kita itu DISUKAI dan dibaca oleh orang lain.
Dan sebagai pemilik blog blogspot, MUDAHKAN para pembaca korang untuk tulis komen diblog korang. Jika diorang susah nak tulis komen, kena plak tak tahu main SEO dan gaya penulisan pun HANCUR, celah mana trafik nak masuk ke blog korang?
Sekurang-kurangnya, mudahkan orang lain untuk tinggalkan komen kat blog korang. Mana tahu, mereka boleh bagi nasihat yang bagus untuk blog Blogspot korang itu satu hari nanti? Tak adalah korang syok sorang-sorang. Dah la banner kat kiri kanan bersepah, belum campur yang ada rama-rama berterbangan, itu tak campur lagi tetiba ada lagu ROCK berkumandangan.
Macam mana pembaca nak SUKA kat blog korang?
Macam mana pembaca nak tulis komen kat blog korang?
Jadi, mudahkan mereka. Mudahkan blogger-blogger yang dari blog wordpress berbayar. Macam mana mereka nak komen? Majoriti memang tak ada akaun LiveJournal, WordPress percuma, Typepad dan AIM. OpenID? Haa..apa benda tu?? Senang cakap, korang dah HILANG sekurang-kurangnya 50% orang yang ingin memberi komen kat blog korang. Faham?
Kesimpulan.
Jangan ingat sebab korang cuma tahu aku ada blog WordPress berbayar sahaja, aku tak ambil kesah tentang blog Blogspot. Aku dah menulis di Blogdrive sejak 2001 sehingga ke hari ini dan menulis di Blogspot sejak tahun 2003 dan mula menulis di WordPress berbayar sejak tahun 2007. So, nak cerita bab pengalaman ni, tak payah la nak gebang sangat dengan aku. Insya-Allah, segala apa yang korang tahu tu, aku dah tahu lebih awal.
Bukan aku nak mendabik dada. Cuma, jangan berlagak yang korang tahu segala bagai sedangkan ada beratus ribu orang diluar sana yang lebih tahu dan lebih BIJAK tentang selok-belok blogspot berbanding diri korang. Ingat aku tak baca segala perkataan dalam artikel korang tu? Oleh sebab aku seorang yang gila membaca sejak kecil lagi, jadi..memang aku baca hampir semua artikel korang itu. Tak perlu nak kata aku ni BIAS dan benci sangat dengan blog Blogspot ni. Aku antara pengguna tegar Blogspot bertahun lamanya. Jadi, tak perlu nak pertikai sangat.
Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
…
….
Ok. Itu sahaja tips Ilmu Blogspot Blogger Malaysia untuk bacaan korang pada pagi ini.
Semoga terhibur.
18,895 total views, 1 views today
haha betul2 kadang2 blogspot ni sakit jiwa skit nk komen..ada satu blog tu smpi aku xblh nk komen huhuhu
Memang sakit jiwa la gak dibuatnya.
haha. Sabarkan ajelah..
betul bro…bila buat blogwalking..memang seronok buat komen dan yang tak seronoknya ada ruangan komen yang tak mesra pengomen!
oh ciput nya ilmu blogspot aku ini heh
Bukan hang terer dah ke??
syok artikel ni.. yihaaaa
Apa yang syok sangatnya nih??
blog blogspot mana yang hang paling suka? jangan cakap FL 😉
Fatin Liyana. 😈
wah..peminat si honeykoyuki rupanya..hehe
Minat gaya penulisan dia aje. 😳
bagus artikel ni. aku baru ada berbelas akaun blogspot, hang ada beratus? Gila kentang. Selamat berjaya.
sejutulah, kalau nak komen kena log in memang kurang sikit. silalah permudahkan pembaca mengomen.
boleh ajak gua SEO…hihi.., dgn ajar cmner nk buat sitemap…=(
Untuk blogspot, aku sendiri tak rei nak buat sitemap.
Kalau wordpress..tahulah jugak aku. Ada pluginya. Haha..
Pandangan yang sejujurnya..setepek atas dahi sape2 yang suka merumitkan blogger lain untuk komen..hehehe.
Siapa yang terasa tu, kira nasib la. Haha..
PETOLA !!… ya.. saya ingat lagi saya pernah kongsi resepi petola kat blog Amadfaizal masa mula-mula kenal dan duk melepak kat blog nih, dulu… huhu~
salah satu penyumbang trafik erk? fuh, bagus..bagus..
entri yang bermanfaat.hehe..eh,abg titan,bila nak masuk contest seo blog FA ni? sedih.sobs3 T_T 😥
Bukan dah join kerr. Grrr..
Aku bersetuju tuju tuju untuk entri kali ni. Heh heh
Sebab tu aku lebih suka komen kat blog2 yang guna WordPress.. senang nak komen.. Tapi ada jugak komen kat blog Blogspot.. Itupun sebab blog tu owner dia awek cun.. yang tak berapa cun + susah nak komen + ada rama2 terbang, memang aku tekan pangkah jela..
Owhhh patut le tak ada anarm komen kat blogspot sis.. 🙁
beratu-ratus blogspot ko ada…hebat!
aku setuju dengan point diatas.. bab komen tu ada yang susah, tapi aku komen juga walau susah..
Kalau masih boleh komen, ok lagi.
Tapi kalau sampai kena login dulu. Memang malas la.
Aku melas nak komen kat blog blogspot.. dorang tak approve / tak layan pun.. kebanyakkannya syok sendiri dengan geng2 mereka je. tapi yang peramah pun ramai jugak. yang tu aku gagahi juga nak baca satu2 entri dorang sampai habis..
Yang bab syok sendiri tu memang ramai gila.
Yang syok dengan geng diorang tu, memang normal dah.
Kekadang, aku berbelah bahagi nak komen atau tidak. Haha..
artikel yang ditulis dengan tulus ikhlas …. jenuh jugak nak apply 3 konsep kat atas tu… tp kene buat jugak…. hehe…
p/s: first time berblogging terus guna wordpress… 😀
Tak apa ambil masa.
Takdenya yang boleh buat dalam sekelip mata. Semuanya ambil masa. Pelan-pelan belajar.
setuju tentang bab komen kat blogspot tu. Ada yang menyukarkan perkara yang senang.
Sebab itu aku kata, mudahkan kerja orang lain.
ajar wa titan…wa dari dulu sampai sekarang trafik ciput je
Baca artikel blog ini dari mula hingga latest. Hehe..
Betapa rendahnya diri ini nak banding dengan sesiapa pun…
Tak perlu banding. Semua orang lebih kurang aje. hehe..
siapa gebang lebih bro..?? orang tuh tak tau ke lu sudah lama cipta lif-lif kejayaan…=)
macam tu lah plak ye? haha..
bagus ilmu ni bro….
good luck juga
Ya. Good luck untuk semuaaa.
haa.. join jugak hang akhirnya, hahaha..
gua terasa bab yang stalk malam2 tu haa, slalu entri hang terbaru ade gak time aku bru nak lena.. dem tol..
gaya penulisan aku lom ori lg, dok cedok yang hang punye, dok cedok yg FL punye.. aiseymeng..
Peh. berani hang cedok FL punya ehh..
Saya ada gak blogspot ni tapi more untuk online business..:)
Ohh..
ada juga rupanya ye..tak tahu punnnn.
CN suka entry ni..mmg terbaikkk ! Thanks utk perkongsian yg amat berguna 😉
Sama-sama.
Semoga terhibur.
Sangat berguna.Ilmu perlu dikutip walaupun disumpah seranah.:-)
Tq bro..
Ehh..
Mana ada aku sumpah seranah. aku nasihat aje. Haha..
terima kasih ata perkongsian hebat ini, sila tunjuk ajar ku sifu!
Sama-sama.
Biasa-biasa aje maa..
Ilmu yang amat berguna tuan. Terima kasih bebanyak! murah rezki nanti!
Yap.
Mudah-mudahan bertambah rezeki banyak-banyak lepas ni. Aminnnn..
Hwuaahhh… ‘brutal’ betul entri Ilmu Blogspot Blogger Malaysia neh… Memang pedas… tapi sampai tang khasiat petola tu, teringat lama tak makan… huhuhu… tapi lagi sekali, oleh kerana kami baru tak sampai sebulan jadi ‘blogger malaysia’, kami saaaangat kureng tang teknik seo neh… apa itu teknik seo pong dok kabur beserta samarnya.
Mengkalu gaya cam gini, nak kena belajar teknik SEO kat sifu, kalau sudi mengajar lah… ehehe… Nak nak pulak tuan sifu memang berblog blogspot jugak, so tentu ada panduan blogspot dak? Ehehhehe… (kena buat muka x malu) and one more thing… kalau sudi ngan buleh luangkan masa kat mana-mana, nak jemput mai ke http://wafacw.blogspot.com yang masih bayi lagi ni buleh kut huhuhuhuhu (memang dasar tak malu dah nihh…. Adei…)
Selamat nooo tuan titan…, ok.. peace yo! 😆
Jadi, sila makan petola banyak-banyak.
Hehe..
gua pun ada blogspot meh la heheheh
http://ucmitosboy.blogspot.com/
Bab ruang komen memang tak user friendly langsung. Potong untuk bantu tinggal komen.
itulah.
penat dah aku cakap isu ni. haha..
memang terbaik otai kali nih.fyna pun br nak wat blog yang menggunakan blogspot.lebih fokus untuk niche tertentu.dah alang2 ada blog kan.
BUat aje.
Bukan susah sangat pun.
dulu mmg pengguna blogspot. siap praktik mcm2 tutorial nak tweak blog lagi macam2
nk masuk gak la kontes ni kalo ada masa
Masuk aje.
Banyak masa lagi.
Ohhh ada blogspot gak ekk dia…haha..ok..cukup terhibur dengan artikel ni..kira adil lah tu..kan?emm belum siap sepenuhnya lgi artikel contest pondok kecil..nak publish lewat2 gitu..
ada.
takkan la tak ada.
Khatam juga baca perkongsian panjang lebar nie.. kesian ngn budak2 blogspot kena hentam. Hahaha. Entry mahal macam nie la yang kita nak bro.. Banyak ilmu dapat..
Bab komen tu plak memang menarik perhatian.. Patutlah orang sakit jiwa nak komen kat blog saya… Haha 😀
Haa..
Tau takpe. Susah beb aku nak komen kat blog hang tu. Kasi tukar la.. 😉
bayak masalah dalam tinggalkan komen terkadang jiwa terus nak tinggal komen sekali taip punya ayat panjang last-last kena LiveJournal, WordPress percuma, Typepad dan AIM. OpenID? Haa adoi terus gak pangkah.. 😐
biasalah tu.
aku pun pangkah gak kekadang.
ko memang senantiasa berjaya dapat duit bro, jeles aku, hehe
Usaha itu tangga kejayaan maa.
haha..
aku cuba nak faham molek ni
buat blog blogspot banyak2 sebagai sokongan kepada blog wordpress?
macam tu ke, bro
Yap.
Taktik biasa blogger luar pakai. Haha..
Nice tips for blogspot user… =0
Tips biasa-bias aje. Cuma ramai yang selalu abaikan.
pakai google comment lagi mudah kot..
google comment?
Aku rasa tak sesuai dengan projek-projek aku. Haha..
wah…habis sekotak tisu aku habis..huwaaa
nak mkn petola byk2 la…mana tahu bikin mudah ilmu seo masuk…masih merangkak2 ni
Ehh..sampai macam tu sekali ye?
Gi beli kotak tisu lagi banyak-banyak.
benda pertama yang saya dulukan adalam kotak komen .. kalau saya sendiri sakit jiwa dengan blog yg susah nk komen bagai ini mesti lah org akan rasa benda yang sama bila susah nk komen dekat blog saya .. bhahahahaha
walaupun saya mmg tak tahu tentang teknik SEO sampai sekarang tapi tetap berusaha untuk belajar walaupun masih belum mampu hadam .. keseluruhan nya entry yang sangat berguna untuk semua .. 😀
takpe.
tak tahu, boleh belajar.
ni motivasi utk hidupkan blogspot lama dan bakal2 blogspot baru ni insyaAllah…
ada citer dlm buku merah jambu ek?
Ada ke takde.
mana boleh cerita. Haha..
oo tamo ceriter ye. tamo beli ah 😈
Grr..tak mo sudah. 😈
terima kasih diatas perkongsian.datang dari senarai peserta segmen ilmu blogspot
bro, dalam teknik merah jambu ada teknik seo utk blogspot?
teknik tu boleh guna kat mana-mana jenis platform. wordpress biasa, blogspot dan juga wordpress berbayar.
Janji, kena faham konsepnya.
Assalamu’alaikum Wrmbth,
Ilmu seo ni sepanjang masa berubah. Mesti selalu rajin menelaah dan ikut perkembangan.
Hari ni lain. Esok lusa dah tukar lain. Itu yang best. Sebab pembelajaran sepanjang hayat
Tak gitu tuan. Kalau senang nak buat mesti semua orang boleh buat.
aku rasa macam nak demam aje belajar SEO ni.. haha
gaya penulisan tu yg penting, ada gaya tersendiri, baru sedap org baca..
Sungguh berdisplin sampai ada beratus blogspot