Yang mana satu lebih sesuai?
Bengkel atau Seminar Hartanah?
Oleh sebab ada rakan aku yang bertanya tentang hal ini walaupun aku sendiri tak pernah lagi pergi bengkel atau seminar hartanah, jadi aku jawab berdasarkan logik dan pengalaman aku mengendalikan bengkel dan seminar sebelum ini.
- Mula-mula, tengok siapa yang bagi talk. Siapa yang akan handle bengkel atau seminar hartanah itu. Kalau panelnya bagus dan korang suka, ok. Boleh pilih panel mana yang bagus, macho, hensem dan memang ada banyak hartanah termasuklah rumah, bangalow, rumah kedai, kebun bunga tahi ayam, ladang lembu terbesar di Selangor dan sebagainya. Kalau dia punya portfolio hartanah memang MANTOP, join terus itu bengkel atau seminar.
- Tengok bajet. Tak semua orang ada duit yang cukup untuk dibelanjakan untuk tujuan pembelajaran. Lebih-lebih lagi kalau dah kahwin. Duit korang bukan 100% dah jadi hak korang. Kena fikir dalam-dalam. Kalau tak terlalu mahal, tak apa. Kalau mahal sampai dekat seribu ke atas. Kena fikir banyak kali. Biasanya, memang banyak bengkel caj mahal. Sebab memang korang kena train dan dapat rahsia yang pelik-pelik yang tak semua orang akan dapat tahu.
- Pilih yang dekat dengan rumah.
- Kalau panel seminar hartanah itu awek-awek, sila abaikan. Bukan apa, mesti diorang dah ada boyfriend, kan?
- Kalau balak-balak, tak apa. Walaupun dah kahwin, sekurang-kurangnya mereka masih ada 3 kekosongan yang boleh dipenuhkan.
- Rahsia.
- Ada hidang cendol dengan nasi tomato tak? Kalau ada, join terus tanpa banyak bicara.
- Dan sebagainya.
- Ahhh, senang sangat. Tengok point no.1 kalau semua point dari no.2 ke atas tak kena dengan hati korang.
Dah, itu sahaja.
Sila buat pilihan dengan penuh kasih sayang.
Dan jangan lupa untuk rajin-rajin baca blog tentang pelaburan hartanah dan juga berkawan dengan pakar-pakar hartanah yang dah makin bersepah sekarang ini. Setiap satu dari mereka punya banyak ilmu yang boleh dicuri dan diamalkan bersama. Yehh!
Dan, dapatkan juga ebook hartanah terbaru dari Abang Ensem nih:

Sumber gambar – Blog Akubiomed.
Ps: Jadikan bengkel atau SEMINAR HARTANAH ini pelaburan hartanah yang berguna untuk masa depan yang lebih cemerlang.
1,943 total views, 1 views today