Pelaburan hartanah.
Ya.
Bukan senang untuk melakukan pelaburan hartanah dengan cukup berjaya. Dan tidak ramai penulis blog atau blogger cukup berjaya melakukan pelaburan hartanah. Tapi jika ada seorang Pakar Hartanah merangkap sebagai seorang blogger yang cukup terkenal, aku boleh kenalkan pada korang.
Blogger itu adalah Abang Ensem.
Seorang yang reclaim dia adalah seorang yang ensem.
Seminar Hartanah Abang Ensem
Dan dia juga cukup rajin buat Seminar Hartanah Abang Ensem itu. Boleh dikatakan terlalu ramai dah orang pergi seminar hartanah yang dikendalikan oleh beliau. Kadang-kadang, Abang Ensem akan jemput pakar-pakar hartanah yang lain untuk berkongsi pandangan dan idea tentang teknik dan tips hartanah.
Yang lebih penting, harga tiket seminar hartanah beliau agak murah. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Sekurang-kurangnya, mungkin boleh cover kos-kos makan dan sewa tempat seminar itu. Takdelah rasa rugi sangat dan aku yakin Abang Ensem tetap ada untung walaupun sedikit.
Pelaburan Hartanah yang sesuai bagi blogger?
Dan aku, aku lebih sesuai melakukan pelaburan hartanah maya. Harta-harta aku adalah senarai blog network aku itu. Setiap blog ada potensinya tersendiri. Ada peluang yang berbeza untuk buat duit secara online. Ini yang aku mahir dan aku tahu. Sekurang-kurangnya aku tahu bagaimana nak buat duit dengan cara ini. Walaupun aku tidaklah beli rumah banyak-banyak seperti Abang Ensem, tapi sekurangnya aku ada banyak blog. Haha..
Bagi blogger, inilah pelaburan hartanah yang sesuai untuk mereka dan juga aku.
Ini kerana modalnya agak murah dan boleh bermula pada bila-bila masa sahaja. Jika mahu beli rumah, kena ada modal. Modal yang bukan sedikit dan ilmu tentang pelaburan hartanah tidak boleh dapat dengan harga yang murah. Kena rajin membaca buku pelaburan, kena pergi bengkel dan seminar hartanah serta kena selalu rajin orang-orang yang pakar dalam bab-bab buat duit dengan hartanah ni.
Oleh itu, sila buat pilihan. Yang mana satu lebih sesuai untuk menjadi pelaburan hartanah korang.
Dan belajar menabung mulai sekarang jika serius. Untuk buat modal.
Ada modal, beli rumah.
Tak banyak modal, mula tulis blog sekarang.
Ps: Lapar. Jom makan nasi lemak!
2,585 total views, 1 views today
cita-cita tu ada nak banyak rumah..tapi ilmu tu yang tak banyak..tambah org macam aku ni banyak alasan dan agak kemalasan…hahaha.. tapi aku sokong idea kamu titan.. hartanah maya ini kira lumayan juga kalau tahu selok belok..