Yah.
Menang lagi.
Sebenarnya, nak kata menang. Tak juga. Sebab aku rasa hampir semua yang sertai Giveaway Pertama Coretan Anuar ini memang menang belaka. Oleh itu, marilah ramai-ramai sertai giveaway ini kalau korang nak menang juga. Bukan susah sangat pun.
Apakah hadiahnya?
Korang boleh pilih mana-mana buku yang ada dalam koleksi owner blog tersebut. Cuma kena buat request aje. Tak susah, kan?
Buku apa yang aku dapat?
Haa. Buku Abang Ensem itulah. Yang dok rajin buat seminar hartanah tu. Dah entah berapa siri seminar dah dia buat. Kejap seminar rumah sublet, kejap seminar hartanah, kejap seminar saham. Semua jenis hartanah dia sapu buat seminar. Cukup rajin betul buat seminar. Rajin-pajin betul beliau ye..
Apapun, sesiapa yang berminat. Boleh sertai cepat sebelum terlambat.
Oh ya. Sebelum terlupa..
ada LIMA lagi contest dan giveaway yang boleh korang sertai.
- Contest Review SirapLimau.com
- MOM Blogger Top Referral Contest
- Handphone Giveaway Syuhada1981.com
- Contest SEO Berhijab dengan Fesyen Terkini Shawl dari Hijabterkini.com
- Contest Ilmu Blogger Blogspot Malaysia
Okeh. Itu sahaja.
Berminat, join semua. Tak minat, dok diam-diam eh.
Selamat malam semua.
6,483 total views, 1 views today
selamat malam?? huh!
aku nak tdo dah ni.
semalam tak tido lagi. haha. 😈
custom sticker kereta hang tak masuk ka?
tu lah..sedih ni.sobs2 T_T 😥
dah masuk dah.
tak masuk kang, nangis plak budak tu.
bila nak masuk contest blog FA?? sedih ni 😥
belanja cendol aa.
tak kira.
oo dah abis ke contest ni..
belum lagi.
masih boleh join lagi giveaway ini.
Banyak betul contest di awal tahun 2014 nie.
Memang terlalu banyak.
Tak larat dah aku ni sebenarnya. 🙄
aku minat tapi tak de masa bro
curi masa.
Bukan lama pun. 5 minit dah leh siap.
ada beberapa contest yg dah join, hopefully ada rezeki
Ya.
Mudah-mudahan aku yang banyak menang. haha..
sukalah dia. tuh dia task bersiap nombor 🙄
haha..salahkah?
Emm tak sempat nak buat semua..jadi, duk diam-diam aje lah jawabnya..haha
Haa..
Dok diam elok-elok haa..
hehe ada yang aku duduk diam – diam hehe
Haruslah ada.
Takkan lah tak ada langsung. haha
berbaloi masa yg diluangkan utk contest ni bila menang kan..
eh pinjam buku boleh? haha
kalau menang menang, memang berbaloi habis la.
Haha..
tahniah..gua pun menang buku gak..tunggu pakcik posmen dtg hntar…hoho
yg last tu, tinggal no 3 & 5 jer gua tak masuk lagi…tunggu angin timur laut sampai…keh3
Tanniah ke atas kemenangan tersebut. Selamat membaca buku AE. 🙂
Tahniah. Ada yang belum sempat lagi den nak join..hehe
aku ada buku abang ensem tu..siap sign tanda sayang lagi. haha