Semalam..
tengah aku dok sibuk bekerja dengan kuat tanpa jemu. Ada pula mamat mana ntah ajak aku main chat-chat. Walaupun hati rasa membuak malas nak layan. Tapi aku gagahkan juga melayannya. Nanti korang kata aku asyik layan gadis bertudung comel dan makcik-makcik beg besar aje.
“Bro, jual ebook ni boleh jadi KAYA ke?”
…
….
Tu dia. Dengan salam tak bagi, dengan tanpa pendahuluan dan isi-isi penting. Terus padu menusuk ke perenggan penutup. Agak-agaklah sikit. Ajak dok borak dulu. Sedia dulu kuih sepotong dua. Tidakpun, secawan teh atau kopi janda. Ini tidak..selalu sangat kan korang tanya aku main belasah macam itu aje, kan?
Oleh sebab aku memang baik dan malas nak mencetuskan perang dunia ke 8, jadi..aku layan jugaklah soalan mamat ni.
Kita panggil dia sebagai Aaron Azaz.
“Entah. Kau rasa, aku ni KAYA tak?”
“Tak. Masih pakai Black Saga BLM lagi. Kahwin pun belum. Anak pun tak ada. Awekk comel-comel je ramaii..”
…
….
Celaka. Main kasar nampaknya budak Aaron Azaz ni. Lebih-lebih plak “PUJI”nya itu..
“Betul. Aku pun rasa aku tak kaya. Cumaa..”
“Cuma apa bro?” soal Aaron Azaz dengan sepantas guruh..
“Cuma..bolehlah paling busuk pun boleh dapat Rm300-RM500 sebulan dengan jual ebook merah jambu tu. Ko rasa banyak ke tidak tu? Itu tak campur lagi upah tolong orang promosi ebook mereka dan upah tulis advertorial, tolong install blog dan segala bagai lagi..”
Ya. Kitab Teknik SEO Merah Jambu itulah satu-satu ebook yang aku tulis dan aku jual setakat ini. Ebook yang lama-lama dulu, dah ditutup jualannya. Tapi alhamdulillah, paling sikit pun..sebulan ada 3 hamba Allah yang benar-benar berminat nak tahu dan baca tentang kisah dan pengalaman aku menulis blog. Entah apa yang buat korang terminat nak beli, aku tak tahu. Tapi aku harap, sedikit-sebanyak dapat membantu korang. Paling bucuk pun..aku harap korang dapat tangkap 1% dari perkongsian aku itu walaupun terpaksa kena bayar.
“Ohhh..jadi kiranya Bro ni pun boleh tahanlah kayanya. Mesti banyaknya duit dapat bulan-bulan kan?”
“Tak. Aku tak kaya. Kalau aku kaya, aku malas  dah nak layan ko sekarang. Senang cakap, aku tak kaya atau belum lagi kaya. Cuma aku rasa hidup aku sekarang, okey sikit la berbanding 6-7 tahun lepas. Dah boleh dah makan nasi hari-hari..” balas aku sambil menepuk-nepuk perut yang sasa.
“La..takkan 6-7 tahun lepas tak makan nasi..” tanya Aaron Azaz lagi. TAK PERCAYA.
…
….
“Makan memang makan. Tapi BUKAN hari-hari..kekadang, seminggu sekali. Kekadang, sebulan 4-5 kali sahaja. Itupun makan bila perut dah tak lalu makan biskut dan maggi kari atau jemput-jemput bawang dan cicah dengan garam..”
Kesimpulan.Â
Jual ebook boleh jadi satu punca pendapatan yang lumayan. Jika korang tahu teknik, taktik, strategi dan caranya. Jika korang TIDAK tahu, salah guna teknik pada taktik yang salah, pasti strategi korang akan hancur meletus digigit sang tikus. Jadi, banyakkan tambah ilmu, rajin membaca dan rajin juga bertanya. Nak menjadi penjual atau tukan promosi ebook orang lain yang berjaya..korang kena rajin membaca, rajin mencuba dan rajin buat kerja.
Dah. Boleh pi tulis dan jual ebook korang sendiri.
Semoga korang jadi kaya cepat macam yang Aaron Azaz impikan..
Ps: OKeh. Selamat malam semua..
12,297 total views, 2 views today
Terbaik bro. Ambe solute dengan kerajinan yang ada. All the best to you.
Cool ! jawapan yang berbudi bahasa mampu mengedukan orang mcm tu..hehe
Orang yang berusaha pasti berjaya walaupun tak kaya. hehe. 🙄
sepatutnya orang melayu kita kaya dengan budi bahasa, tapi sekarang dah susah nampak dah… 🙄
tak kaya takpe..yang penting hari hari leh makan nasi..eh 🙂 hehehe
mesti kaya nii
kaya tu bonus la kan? yg penting ada duit masyukkkk….
ramai yang nak ikut jejak lu cipta lif-lif kejayaan ma…
betul kalau kita pandai main market online
terbaik.memeh ada masuk jugalah.thnks bro kacak hiii
semua ni kena main marketing kan bro. ajar la kami marketing. produk cantik, marketing slow pun hancur gak. keh3
kalau terror baba marketing semua benda bleh jual..mcm blu la bro..hu3
boleh kaya ni, masakan en titan buat ebook..
Emm sekarang ni saya rasa dah macam mana susahnya tak ada duit..apa yang saya harapkan satu masa nanti, akan rasa sikit kesenangan dan time nak makan itu boleh..nak makan ini boleh..itu dah cukup baik..serius…bab duit tak cukup, bini tanya nak makan apa malam ni pun rasa macam angin satu badan..hahahaha…
Bukan senang nak senang kan..setiap RM yang masuk tu dikira rezeki..kaya tak kaya tu very subjektif sebenarnya..kalau dah RM300 to RM500 permonth tu dah kira ok..In Shaa allah one day mesti boleh jadi kaya…
hoho.sifu..perut tu penting.haha 😈
Bab menulis panjang2 untuk ebook ni gua malas skit. hahaha
satu ebook dah banyak tu…terbaiklah. tahniah bro.
“kalau aku kaya…hari-hari hari raya”..
eh, saya pun tak tahu jual ebook boleh dpt income mcm tu sekali…tahniah bro.. pertama apa perlu dibuat? beli ebook merah jambu tu dulu ke?
Tak beli kitab jambu pon bleh kaya gak..
Tapi kalo beli kitab jambu lagi bertambah kaya…
nak kaya tuh, belum tentu. tapi untuk ‘hidup senang’, ok larr~
kalau kena dengan tajuk memang boleh kaya dengan cuma buat ebook ni. tapi mesti ada usaha dan juga ilmu untuk dijual
soal kaya adalah rezeki..jika kena caranya memang kayalah!
haha makan jumput – jumput cecah garam, garam laut ke garam bukit hehe
tahniah bro keep it up ..lama tak singgah sini ..lama tak berblog :'(
Salam..
Tak kaya takpe. Tapi cukup makan, minum, pakaian. Kalau kaya sangat tapi ingat dunia sahaja pun tak guna kan.. Semoga Allah swt murahkan rezeki lagi.. 😉
kalau ramai sangat jual ebook, susah juga full time penjual ebook nak cari makan nanti.. heeee
jawapan ni bukan utk mamat aron tu jer…utk semua yg tertanya2 soalan yg sama…terbaiklah
teringat pula teguran kwn chinese saya.. you jgn citer hasil income you dari jual ebook, nanti ramai buat, you juga yg susah.
ada betul juga kata dia.. sebagai peniaga, kita tak sepatutnya mencipta pesaing kita. hee..
terbaik kesimpulan… so.. bersyukur dengan apa yang kita buat sekarang sebab kita dapat lebih lagi dari apa kita ada kalau kita betul-betul syukur apa yang dah diberi….
janji barang jadi duit sudah…asalkan halal tu yang paling penting.dimana ada usaha disitu ada jalan….hehe
Sedikit banyak belakang kira. Ada duit masuk yang penting. 🙂
Kaya tak penting. Yang penting apa yang kita nak dapat. DUit ada masa diperlukan. Haha
Bro sila beri tunjuk ajar macam mana nak jual ebook 🙂
Tulis ebook nih boleh jugak buat jadi saham akhirat. Janji orang guna untuk perkara yang berfaedah.
Aku tolong promote ebook aje laa. Buat ebook belum jadik2 lagi.. Hahaa
Mana kita tahu en titan tak kaya…black saga blm tue celah gigi jek punya duit ebook jambu dier…
yang diam2 en titan sedut duit usd jual kitab biru, kitab hijau dan macam2 kaler kitab mat salleh..en titan tak cakap..dier diam2 dalam kelambu jek… 😛
Kaya bukan kena tunjuk dengan duit..tapi lagi AFDAL kaya tunjuk dengan ilmu…
Tue en titan ajak dier beli kitab jambu dier sebab dier nak bg ilmu kaya SEO dier kat kita semua… 😆