Yelah.
Yelah. Aku cerita sikit bab bina list sikit kat korang.
Aku bukan peminar tegar dalam bab bina list dan blast email kat list. Lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk buat duit. Sebab aku pernah rasa “BENGANG” gila dengan beberapa otai yang cukup suka betul tembak email-email berbaur duit setiap hari kat email aku. Lagi keji lagi, sehari tu, boleh kata ada 3-4 email. Isi kekadang, lebih kurang SAMA aje. Teknik promosi guna email ni hampir kesemuanya aku dah tahu. Yang penting, mesti pandai mengayat. Kalau dah 3-4 kali terima email mengayat setiap hari, mahu tak jatuh hati si pembaca tu nak membeli produk yang dipromosikan tu? Aku berani cakap memang boleh buat “sales” kalau yang blast email tu benar-benar bijak bermain dengan kata-kata.
Itu belum lagi yang campur kaki kelengtong. Dan siap berdolak-dalik lagi. Sebab itu, aku sebenarnya memang agak benci gak guna cara ini untuk buat duit. Bukan akukata tak boleh, cuma agak-agak la sikit.
Kalau kat web jualan tu dah TERANG-TERANG beritahu bahawa untuk download ebook percuma itu kena bagi email kita. Ok, fine. Aku tak kesah. Benda pun percuma. Tak salah mendownload. So, aku pun downloadlah dengan penuh kegembiraan umpama dapat makan choki percuma dari Ainan Tasneem.
Tup-tup. Masuk bulan kedua, entah silap apa yang aku buat, datang plak macam-macam email promosi suruh beli produk itu, promosi seminar ini, promosi teknik baru dan segala bagai lagi. Ini satu hal. Aku letak email aku UNTUK download ebook itu. Bukan untuk terima promosi produk lain. Disini aku nak tanya korang-korang yang ada list tu, korang ada minta kebenaran nak “SPAM” kita orang tak untuk promosi produk lain dengan JELAS dan TERPERINCI?
Dari 10 orang. 9 orang tak pernah minta izin. Tak ada. Tak pernah. Yang 1 orang tu pun, mungkin tertaksengaja terminta izin. Mungkin pernah tersilap dan kena maki dengan list sendiri barangkali. Barulah insaf nak berubah. Kot?
Lagi ANEH, aku download ebook tentang tips blogging. Apa pasal TIBA-TIBA promosi tentang ujian SPA?
Aku tanya korang sekali lagi. APA KAITAN? Di mana rasionalnya dan sifat integriti korang?
Kalau cerita tentang program affiliate ke, Teknik SEO ke, Teknik Topi Hijau ke, tips blogging dalam 1 minit ke..aku boleh pejam sebelah mata lagi. Ini..mengarut habis. Sebab tu beberapa otai yang korang semua sanjung tu memang aku malas dah baca email yang diorang bagi. Aku tak “unsubscribe” lagi sebab aku nak tengok apa lagi email yang diorang merepek lagi nanti. Orang lain kata, kumpul bukti kukuh dulu kalau benar nak hentam orang. Kalau tak, kang ada plak yang gatal nak saman aku 1 juta nanti. Orang kita kan sensitif bab-bab malu ni..
Paling celaka lagi, bila dah perasan list tu macam tak responsif, boleh plak hantar email, kata kalau tak BERMINAT lagi terima email dari pihak mereka, boleh unsubscribe atau keluar dari senarai email mereka. Wah..dulu, bukan main ayat mengajak masuk ke list dia sampai umpan dengan ebook percuma. La ni, siap halau lagi dengan penuh kasih sayang?
Jadi, meh sini aku kongsi satu ebook PERCUMA untuk bantu otai-otai bangang tu agar belajar bagaimana strategi untuk membina list yang responsif. List yang responsif itu bermaksud (ini ikut pemahaman aku), list yang korang bakal ada nanti bersifat responsif, selalu “REPLY” email korang dengan duit komisen selalu, list yang sanggup membaca email korang yang berharga itu dan list sanggup duduk dalam list korang itu tanpa marah-marah apabila tiba-tiba korang SPAM email untuk mendapatkan sales atau komisen apabila cuba menjual sesebuah produk.
Oh ya. Yang baru nak belajar tentang bab kumpul list ni, elok sangat. Ebook ni memang sesuai gak untuk korang. Tapi aku tak paksa. Ikut hati korang. Tak salah nak belajar ilmu baru macam ni. Orang kata apa..kalau nak belajar, jangan sampai kat negara China aje. Singgah gak ke negara India dan Rusia. Tidak pun, buat pusingan ke Jepun dan Korea. Banyak gak ilmu leh cedok nanti. Jangan terhad kat negara China aje. Tau?
Nah. Gi download ebook percuma di sini – Ebook Strategi Membina List Responsif.
Itu sahaja.
Sekian dari aku.
Ps: Geng-geng kaki bina list memang dah lama hangin dengan aku. Bukan orang lain. Kawan-kawan lama gak. Haha..Tapi sebab kawan-kawan la, benda PATUT tegur, kita kena tegur. Sampai bila nak kena pijak sepanjang masa.
9,420 total views, 27 views today
dari sini aku dapat rasa aura kebengangan ko terhadap ’email spam’ itu. Panas kejap dunia aku yg sejuk ni. hehehe
😉
hehehe..betul tu. bro titan dah panas.. 😆
salah satu taktik yang agak keji. bukan kebelakangan ni je, lama dulu lagi dah. itu pasal aku selalu guna ‘fake’ email untuk download ebook free diorang…kecuali yg benar2 berkredibiliti je.
oo ye..main affiliate nampak hehe
hahahaha…. ini memang terbaik…dalam lu kenakan diorang…lu sempat lagi sedekah ilmu… perrgghhh…
ini baru betul2 punya kasih sayang…haha…
😉 carik makan keh3
Ada la tu sebabnya promot benda yang langsung tak de kena mengena tu dengan tujuan asal
kalo gitu kena promote ikut tujuan dan terget market laa… jangan duk suka hati nak promote promote aje untuk komisensensen…
betul tu. Kadang-kadang kena jaga-jaga juga. Bila dah banyak sangat dapat email jenuh juga nak baca. benda sama sahaja. 😆
Terima kasih memberi peringatan sebelum sempat saya terjebak dengan benda-benda macam ni 😉
Yang mintak email pastu spam benda tak berkaitan hari-hari satu pasal. Yang rompak email pastu spamm hari-hari tu pun satu pasal. Dua-dua sama taraf. Aku tengok kat sini macam pemasaran email tu macam dah tak efektif je..
haha selalu gak kena, last2x spam balik bila dah mcm melampau sangat
negara yang belakan ada tan, tan, tan tu jangan lupa singah jugak.
Serius aku suka juga download ebook percuma yang hanya bermodal kan email , tapi natijahnya banyak kerja lah juga nak delete hehehe
ebook percuma..hanya sbg umpan utk ebook yang tak percuma nnt…klo hari2 kena temabk email..kasi bom la brokat depa..haha
Pernah juga email marketing. Kalau dapat list email senang nak blast pemasaran. Harap yang menerima tidak marah terima email berkenaan.
Kasih sayang teserlah di artikel ini.
Yup.
Thanks bro..
Ada jugak wakil yang Sudi meluahkan apa yang terkandung dalam isi Hati yang dalam- bola Terima email yang bukan2 tu.
teknik tu nak tangkap pelanggan tu..
senang unsubscibe je kalau tak menarik
betul tu. buang sahaja.. 😆
Slm,
Aku memang suka baca artikel en titan…mesti menyengat…yang terasa mesti bengkak..heeee.
Bagus sifu bagi cerita macam ni. Kurang-kurang ada yang sedar sikit-sikit kalau tak banyak. Memang betul malas nak layan email yang hari-hari masuk. dan ceritanya sama sahaja. Nak suruh beli barang mereka.huhuhu. TQ sifu.
memang dapat email macam tu selalu abaikan sahaja.
apa yang ko utarakan tu aku mula terasa bahangnya didalam “sebulan dua” ini, kerap betul bagi email, kadang aku penat nak delete jer, walhal aku x baca pun, malas nak bagitau dari sapa, tp hari hari tu bro, ermmm
siap macam ni lagi, “maaf email tadi tersilap, yang ini yang betul”, ini bukan silap pun aku tgk, tp teknik nak “refresh” email sblm nak bagi kita followup,
aku rasa dah berlebih lebih dah nih
keh3…aku pun dapat emel yg sama ngn ko ni..hehehe
apapun, inilah teknik yg menjana ribuan ringgit kpd mereka!
produk lama tak habis support, produk baru keluar lagi…hohohoho
Hahaha..memang cair terus… Emm pujuk dengan ebook percuma ekk?? Bulan ni komisen JDR tak masuk lagi…rasa nak beli gak.. Tapi tunggu dulu la.. Nak kena cari duit lu sari dua ni..hahaha 😈
Jom download dan mesti baca. takkan rugi, untung lagi adalah..
pasal tu juga la aku malas nak kumpul list lagi ni..ahaha..takat buat ads saje..:P
maleh nak subscribe aweber bagai..kos tu semua..hahaa..nak main adwords plak
Harapnya gua dapat emel-emel berkualiti daripada Idimazhar Idris 😛
Kalau tak, terpaksa gua tulis entri “Jangan Percaya Bro Titan”
Siut je…aku ingat ko memang bengang dengan penghantar email list tu…tapi ko directkan juga utk secara indirect promote benda2 macam itew….
Tapi takpelah..suka hati ko la ye…hehe
Penting untuk buat duit dengan strategi ni.
gua membayangkan muka lu panas time time entry ni..hehe
den slalu delete je klu email tu xde kaitan ngan idup den..haha
kadang-kadang sukar nak tafsir apa yang cikgu cakap.
nak kata bengang dengan geng emellist tapi cikgu bagi list untuk download. confius jugak.
adeh list building ni maleh ehhh… tak syok email jual barang kat orang he he..
tu pasal lg best jual direct…mmg nyampah gak dpt email mcmni tp tak sampai hati lak nk unsubcribe.
