Ya.
Tak sangka, masih dapat lagi beb.
Walaupun, aku dah lama jugak tak login akaun aku kat Ashadee tu. Tapi aku tahu ada jugak sales masuk melalui notifikasi email-email yang masuk ke akaun Yahoo aku.
Boleh tahan jugaklah hasil usaha dulu-dulu ketika mempromosikan produk-produk yang ada kat Ashadee itu dengan sedikit teknik yang aku ceritakan dalam kitab PINK yang aku tulis tu. Siapa yang ada beli kitab PINK itu, aku cuma mintak korang baca semula dan semula. Positifkan diri bahawa korang juga boleh dapat LEBIH dari apa yang aku dapat.
Dan aku juga tersenyum apabila ada mereka yang beli kitab PINK itu mula dapat komisen demi komisen setiap bulan. Tak apa, lepas ini, kita target dapat hari-hari pulak ye.
Hape-hapepun, macam aku selalu tulis,
“Usaha itu lif kejayaan”
Komisen ke 48 dari Ashadee
Nak dapat apa yang kita hendak, kita kena berusaha. Kita kena ubah tabiat kita yang malas dan tukar jadi rajin.
Jangan ikut perangai aku yang sekarang ni.
Sangat MALAS dan cukup kuat tidur. Maklumlah, kena cukup tidur, nanti nak berjaga malam pula nak tukaq pampers anak lelaki sulung aku tuh.
Dari 2.78 kilo dah naik e 3.94 kilo.
Mesti dah tembam pipi anak aku tuh. Nanti aku balik, nak sambung balik geget pipi dia tuh.
Jangan risau, pipi bini pun gua geget gak.
..
…
Kesimpulan.
Untuk buat duit dengan affiliate ni, pilih produk yang ada “market” dan tulis ikut yang aku cerita dalam kitab PINK itu. In-sha Allah, kalau kena gaya, memang berpotensi untuk dapat sales yang banyak sikit daripada biasa.
Tapi, kena usahalah.
Tak usaha, memang tak dapat.
Dan bila usaha, kita kena usaha sungguh-sungguh.
Tak leh main-main.
Biaq penat berlatih tulis artikel..
Biaq penat labur masa dan tenaga sekarang..
Asalkan, hasilnya lumayan untuk satu jangka masa yang panjang.
Sekian.
Nak sambung buat job lain.
Ada 10 artikel yang kena taip. Kang client mengamuk plak bila lambat siap.
\
Ps: Hari ini, makan ni je. Rindu plak nak makang masakan bini..
3,865 total views, 1 views today
boleh buat belanja aku cendol special ni
Rezeki bulan Ramadhan tu… Tahniah…
lama gak nak tunggu komisen gua..pening aku camne depa kira komisen..huhu..jadi la lepas la sikit belanja..tapi takleh celen lu punya la..aha
Lepas ni kongsi resepi putu piring lak 🙂
terbaiklah…rezeki tu
4 ratus lebih.
kiranya banyak tu. leh buat belanja duit raya.
Bulan puasa ni aku pun nak fokus kat affiliate balik 😀
Wahhh dan 3 kilo ekk..kuat dia makan susu ekk..haha.. amboi2… geget pipi bini jangan lama-lama plak..bulan puasa ni kannnnnn..hahaha
Rezeki anak tuh, berganda-ganda… 🙂