Ya beb.
Bila aku terbaca hidangan makanan-makanan yang paling MAHAL kat dunia ni, aku terpingin dan mengidam nak makan DUA biji tembikai yang berlainan warna nih.
Densuke Black Watermelon
Black Watermelons atau tembikai hitam Densuke ini sebenarnya adalah sejenis buah tembikai yang sangat ANEH. Tembikai ni CUMA muncul dan tumbuh di sebuah pulau di Hokkaido, Jepun. Khabarnya lagi, cuma 200 bijik saja beb yang boleh dituai dalam masa 3 bulan.
Dan rasa dan kemanisan buah tembikai hitam Densuke ini memang diiktiraf dunia sebagai tembikai yang paling enak daripada mana-mana buah tembikai yang wujud di dunia.
$6100 adalah harga untuk 17 paun tembikai paling mahal di dunia ni.
Darab dengan duit kita,
RM22,626.42!
Berapa banyak komisen Jobdirumah aku kena cari tuh?
Yubari King Melons
Buah ini lagi hebat berbanding Densuke Black Watermelon walaupun dua-dua ini berasal dari Jepung.
Kalau korang semua rasa buah ini korang boleh jumpa kat pasar malam atau pasar tani atau super market besaq sekalipun, korang memang TAKKAN boleh jumpa.
Sebab tembikai Yubari ini CUMA hanya boleh nampak kat jualan lelong sahaja.
Itu baru nampak. Nak beli, kena BEAT plak dengan orang lain. Nama pun lelong, kena la lawan harga sampai lawan kalah. Jadi, ini lebih rare kerana harganya lebih berpotensi untuk jadi lebih MAHAL lagi.
Ini semua kerana buah ni mempunyai keanehan yang SAMA macam Densuke Black Watermelon.
Sukar dijumpai dan kemanisan buah ni menjadikan ia buah paling mahal. Dan buah ini mendapat permintaan yang CUKUP tinggi dari golongan atasan. Harga paling tinggi pernah dicatatkan untuk sebijik buah ni adalah $22,872.
Duit kita, jap. Aku congak.
..
…
RM92,731.25!
Kalau nak makan dua biji tembikai ni, korang kena ada at least RM107 ribu dalam tangan beb.
Fuhhh..
Rabak semua poket aku macam tuh kalau tiba-tiba bini aku mengidam nak makan salah satu tembikai ni kalau dah mengandung anak kedua nanti.Β Kalau tembikai hitam Densuke tu mampu lagi rasanya. Tapi kalau Yubari King Melons ni, harganya aje dah boleh angkat CASH terus Toyota Vios baru!
Harap-harap tak adalah bini aku terfikir nak makang benda ni eh.
Nak beli tiket kapal terbang ke Jepun dah satu hal.
KOs satu hal.
Nak cari hari cuti nak gi sana pun dah jadi perkara yang menggeletarkan rusuk kiri aku.
Harap-harap, bini aku tak baca artikel yang satu ini.Β
Huhu..
..
…
Sumber best – 10Teratas.com
11,128 total views, 3 views today
uih rege buah je mcm bule beli keta π
Fuyyo mahal bebenor ni. Nak makan pun tak sampai hati. Makan kena gigit sikit2 je.
Jepun ni..buah tembikai biasa-biasa pun dah beratus harganya. :p
seriously ada tembikai hitam ni?tapi isi tetap merah mcm tembikai biasa kan..ingtkan isi dia special sikit.hehe
Hairan juga tiba di media sosial ramai yang berkongsi mengenai buah tembekai. Kebetulan di Tesco menjual buah tembekai dengan harga murah. π
Tembikai yang betuk petak empat segi pun antara yang mahal di Jepunkan?
Nak gi melancong kat Jepun satu hal juga. Kena interview kat imigresen, dan nak tengok statement akaun simpanan kita. Takut kita cari kerja kat sana kot.
Tapi tak rasa rugi ke sana, bersih dan layanan mesra daripada orang Jepun. 2-5 tahun lagi mungkin akan berubah sebab budak2 kat sana dah mulai terikut budaya barat.
Ooo memang mahal tu… Balik nanti boleh singgah beli tembikai dulu buat makan masa buka nanti..
duit banyak tu baik gua beli rumah..haha..lain la gua kaya macam Pak Arab tu…haha
Ni boleh buat jus ni, gerenti super sedap π
Saya pon teringin jugak tapi dompet tak tebal lg ni..hehe
Ingatkan durian je buah yang paling mahal rupanya ade lagi yang lebih mahal…
mahal juga tembikai hitam ni rupanya ye.
ingat steak wagyu tu dah cukup mahal.
Makan tembikai kuning jelah dengan buah delima. Dua-dua tu kalau dapat,makan sampai mengah he he.
Ui mahai betui, saiz dia ntah cane pulak tu
Yubari King Melons tu dah macam devil fruit dlm one piece aku tengok
Amboi..bapok mahai buah tembikainya..ini memang spesies di raja saja kot makan..
fuh dasatnye rege tembikai saja boleh beli kete…
Jangan Harumanis kita sampai harga macam ini sudahlah….Naya rakyat Malaysia.
Nasib baik tak tau pasal tembikai ni masa p japang tahun lepas..kalau tak jenuh asben haha
Mak aiiihhh, boleh beli rumah bagai. Nak pengsan tengok harga. Nanti kalau wife preggy lagi, sila padamkan pic tembikai ni. Kalau dibuatnya dia ngidam, haruuu….hahaha
Berpeluh ni kalau mengidam makan tembikai kat Jepun.
Huhu…nak usik buah ni pun tak berani..apatah lagi nak membeli dan merasainya..memang tak rasa sampai jadi jutawan dulu la nampaknya..haha
Nampak sedap buah tembikai ni, tapi harganya masyaallah.. Pengsan ibu dengarnya.. Ibu pun harap jgn plk ibu yg mengidam klau ngandung yg ke-3 nanti.. huhuhu
cubalah cari biji benih tembikai yang mahal nie..mana tau boleh tanam sendiri..
Rupenya ada juga tembikai semahal ini, ku ingatkan makan durian hari tu dah mahal dah hehe terbaik infonya..
Mahal gila. Patutla orang Jepun letak buah ni dalam kotak bereben cantik-cantik, sebagai buah tangan untuk tuan rumah ..rupanya memang sangat berhanrga
biar betul ni tembikai..macam bola bowling dah..tapi tngk merah die tu fuh boleh rs manis die macam mana
mahainye…agaknye sedap sgtttt
Ta payah belilah …klu nak beli…beli benih nya…tanam kat belakang murah…aku rasalah satu biji benih mungkin harga satu ratus ringgit rm saja…klu gaji bwh rm 500 ringgit …wlpun agak berat …tapi mampu beli lah…hehehe…ini aku punya idealah…apa kata korang semua…huhuhu
Sapa yg nak merasa..boleh mintak di syurga…!