Ya.
Just in case, jika korang betul-betul nak sebab mengapa korang harus mula menulis blog.
Manalah tahu, jika selama ini korang memang tercari-cari SEBAB yang mampu memotivasikan korang untuk TERUS menulis blog setiap hari.
Ini senarai 10 sebab yang kritikal dan SEKSI untuk anda mula menulis blog.
- Mencari duit sebagai kerjaya tetap.
- Mencari duit sebagai pendapatan sampingan.
- Mencari duit sebagai belanja perkahwinan.
- Mencari duit untuk bayar hutang. Hutang kereta, rumah, hutang pendidikan, hutang kad kredit dan juga hutang loan kahwin.
- Mencari duit untuk kepuasan hidup seperti ingin makan semangkuk cendol banting setiap hari.
- Mencari duit untuk membantu LEBIH ramai orang yang memerlukan.
- Mencari duit untuk bawa mak abah menunaikan haji dan umrah di Mekah.
- Mencari duit untuk masa depan anak-anak yang lebih cerah.
- Mencari duit untuk membantu suami dan keluarga.
- To inspire people.
Atas sebab ini semualah, aku MULA menulis blog. Atas sebab yang sama jugalah aku terus dan kekal menulis sebagai seorang blogger yang tidak pernah putus asa mengarut didalam blog setiap hari.
Ya. Walaupun mungkin ada yang kata atau merungut, jumlah komisen yang aku dapat itu tidaklah seberapa. Ayat dalam artikel pun banyak mengarut. Blog siap ada salji. Blog berat. Design blog tak lawa. Harap muka kacak aje. Tapi blog tak kacak.
Tak apa.
Jika itu tidak dapat memuaskan hati korang. Aku tidak kesah.
Tapi, korang tetap RAJIN datang ke blog ini setiap hari, kan?
Dengan sebab-sebab tersendiri yang korang tak dapat jumpa kat blog orang lain dan juga kat blog korang sendiri.
Oleh itu, carilah sebab SEKSI korang sendiri. Perbetulkan semula niat dan sebab mengapa korang mula menulis blog AGAR korang dapat capai apa yang korang cita-citakan.
Itu sahaja.
Mudah, kan?
Ps: Kitab Teknik SEO Merah Jambu akan naik harga. Ini amaran aku 1 bulan dari sekarang. Harap maklum.
9,966 total views, 6 views today
aku sekarang ni semnagt berkobar kobar nak menulis…byk pulak idea….x tau sebab apa..
jadi. rajin-rajinlah menulis dengan semangat tu.
hoho.
haiishh… bestnye kalau semudah yg dikata… aku akan cube! gambatte naodt! 😆 😉
memang mudah pun.
Nak atau tak nak aje. Haha..
Saya mula menulis sebab bahan yang saya seronok nak baca makin sukar dicari. So, susah-susah sangat, saya tulis sendiri. Hehe
Mudah bagi yang ada ilmu dan gigih
Terima kasih cikgu…memberi motivsi tak terkalah
kena start buat cabaran menulis blog napok gayanya untuk terus menulis banyak2… hehehe
Setiap kali menerima pembayaran affliate memberikan motivasi.
Sebab no.3 tu paling penting..ada 3 slot lagi kuota. hahaha
aiseh..akan naik harga plak..ebook update bila?haha..:D
mamat tu aku tak kenal , cuma 1 sampai 10 itu benar, lagi – lagi kalau nak sentiasa berulang alik KLIA – JEDDAH. 🙂
semuanya sebab duit untuk income tambahan bukan mata duitan iye tak.. alamak, dah nak naik harga..kena cepat beli ni.
Memang kritikal tu. Terutama bila sebabnya duit.. adehh 😀
Alamakk.. cam sama je sebab kita ni.. Jadi saya haruslah usaha untuk blog jadi lebih seksi.. awww.. hihihi
Sedang mencari cari kat mana seksinya makcik beg besar ni..:)
Ada kena beberapa point yang lebih kurang sama 🙂 nak teruskan menulis jugak la
gua tak kenal sape mamat tu, tapi gua kenal tuan blog ni..hehe
Bro Titan memang seksi… Sekali dengan blog seksi 😛
Gua rasa blog nih ramai peminat sebab penulisan yang sempoi tapi ada isi.
Ok..terima kasih untuk idea 10 sebab tu..
Selamat hari guru.. 🙂
teruskan perjuangan mu bro
Apa kena mengena mamat si pengembara dan tukang masak tu dengan artikel ini ya?
Inspire people.. itu aku suka.. haha 🙂
sedikit sebanyak memberi inspirasi dan harus perah idea.. sama2 bertempur;. yeahh
Memang tepat dan seksi sekali sebab-sebab yang diberikan di atas ini, Terima kasih kerana sudi berkongsi 🙂
anthony bourdain yg selalu keluar dlm rancangan TLC…. ok, bak cendol semangkuk.. hahaha…
semua sebab di atas yg buatkan sy nak tulis blog smpi sekarang…..
kena giat menulis blog semula ni.
keyword seksi tu mesti bikin meriah la pv..hehe
p/s: bila nak belanja CN cendol banting? 😉
Hahaha..ni yang bertambah gian datang ke blog ni..seksi habis haaaa…haha 👿
Memang seksi habis.
Ada beberapa point yang kena dgn diri ini.
Kena lagi rajin menulis lepas ni. Ho ho 🙂
tinggal berapa lagi yang belum tercapai Encik