Haha..
Ya.
Pernah guna PricePanda Malaysia tak?
Sejak dua tiga menjak ini, memang aku selalu juga guna PricePanda Malaysia bila nak shopping online.
Bukan apa, kalau nak BERJIMAT, memang penting juga guna PricePanda ni untuk membuat perbandingan yang boleh membantu dalam menjimatkan duit kita. Sekurang-kurangnya, kita dapat tahu website shopping mana yang ada bagi tawaran harga yang murah dan juga dapat baca ulasan-ulasan yang boleh membantu kita memilih produk yang kita mahu beli itu.
Senang cakap, memang agak membantu.
Semalam, aku ada “survey” satu produk.
–> GPS Garmin.
Memandangkan aku ni memang peminat kipas susah mati produk Garmin, dan aku ni juga memang susah nak berpaling tadah ke produk lain bila nak cari GPS nih.Lagipun, GPS Garmin aku yang lama tu, dah rosak skrinnya. Keypad dia pun dah cedera parah. Bila tekan huruf A, keluar huruf Z. Bila tekan huruf Z, keluar pulak huruf S. Dah jadi ngeri je bila aku main tekan-tekan huruf kat GPS garmin aku yang lama tu.
Nampak gaya, memang dah kena BELI yang baru.
Jadi, aku pun cuba-cubalah tengok perbandingan website-website yang boleh dipercayai ni dekat PricePanda Malaysia untuk “survey” harga dan kedai mana yang sesuai untuk aku beli nanti.
Ini keputusannya setelah dok gode-gode beberapa minit yang lepas..
Okeh.
Aku pilih Garmin nuvi 52LM dan ada 2 website yang menjual GPS Garmin itu.
Kedua-dua harga yang ditawarkan pun boleh tahan dan memang dalam “BAJET” yang aku mahu.
Kalau tengok yang mahal sikit tu..memang la best. “Features yang ditawarkan pun memang menarik”.
Tapi, bagi aku fungsi GPS ini adalah untuk bantu aku cari tempat yang aku susah hendak jumpa dan menunjukkan arah jalan yang aku tidak mahir. Maklumlah, walaupun Banting dengan KL tu takdelah jauh mana..kekadang, boleh gak sesat bila nak cari tempat sampai 3-4 jam lamanya. Jadi, korang semua pun tahu aku seorang BLOGGER KACAK yang menepati masa dan tidak suka membuang masa.
Jadi, dengan adanya GPS Garmin ini, memang sekurang-kurangnya boleh membantu aku dalam banyak perkara. Dan dalam masa yang sama juga boleh bantu bini aku untuk pergi ke Kuala Lumpur nanti. Takdelah dia sesat sebab kalau nak dibandingkan aku dengan bini aku, dia lagi sepuluh kali ganda “FAIL” dalam bab-bab menerokai “Kota Khayalan Kuala Lumpur itu.
So, nampak tak betapa bagusnya wujud website seperti PricePanda Malaysia nih?
Sekurang-kurangnya, boleh bantu orang-orang yang “BUTA JALAN” macam aku nih. Hehe..
Kesimpulan
Mungkin aku akan beli dari Foto-zzoom.com sebab harganya murah sikit. Dan aku boleh percaya juga website Foto Zzoom ini sebab Price Panda Malaysia berani letak website ini kat website mereka.
Tapi kalau tak ada stok, aku akan cari kat Malaysiagarmingps.com. Harganya mahal sikit dan aku memang dah lama tahu website yang ni. Dulu, kawan aku tolong beli GPS lama aku tu kat website inilah. Jadi, website ni memang “TRUSTED” habis juga sebenarnya.
Oleh itu, kalau korang macam PENING nak cari website shopping online mana yang boleh dipercayai dan mahu survey harga yang murah dan berpatutan untuk sesebuah produk yang korang nak beli, bolehlah cuba search dan buat perbandingan di website PricePanda Malaysia ini.
Boleh rujuk disini –> http://www.pricepanda.com.my
13,050 total views, 2 views today
best gak guna website cenggini.. tak de la menyesal bila terbeli brg yg trlebih mahal.. ehehe
Ya.
Sekurang-kurangnya, takde la rasa menyesal sangat lepas beli lepas dah check kat sini.
baru tahu,,, terima kasih bagi info ni yer – kedaionlinemy.com
sekurang-kurangnya boleh tengok siapa yang pernah kena tipu 🙂
i say gua baru tahu price panda
Aku dah lama tahu.
La ni..baru teringat semula.
ok tq info bro..pasni boleh guna la tiap kali nk shopping online ni.
Promosi 2+1 yang hebat..:)
memang berguna nie bro untuk pembeli buat pembandingan harga
Kira dah murah tu bro…memang tuan pandai carik.
Baru tau lah apa itu garmin panda..thanks bro..
La.
Ko tak tahu ke apa menda garmin tu?
Ingatkan panda ni haiwan ja rupanya dikomersialkan juga jadi laman web ‘pricepanda’ ye.. 😉
Hehe..
biasalah tu.
Ada maca-macam nama sekarang nih.
dah lama tak pakai menatang GPS ni..hohoh..sejak pakai Google Maps je ni..
Takmo aku. Maksn bandwidth internet maaa..
banyak juga barang barang yang dijual dekat pricepanda ni ye.
Price panda bukan tempat jusl barang la.
Senang untuk buat perbandingan.dah macam trivago lak.
Buat semakan harga dengan PricePanda. Senang nak tahun everage harga sesuatu barang.
Ya.
Itu fungsinya pun. Tak susah mana pun kan. Hehe
Ok la ada web yang boleh compare reha. Takde susah-susah pergi dari satu kedai ke kedai lain.
Ya.
Ini lebih menjimatkan masa dan lebih mudah. Hoho..
molek sangat
boleh la aku cuba nanti
selama ni aku tahu kungfu panda je
Senang la hidup kalau cam ni… kan?
menarik ni.kena survey2
tak pernah cuba lagi. maybe one day nanti. 😉
bagus makin byk pilihan nak shopping online..baru boleh fight harga yang cun cun..
Nak kena g jenguk jugok napok gayo..
aku pernah guna price panda dan YA aku sangat sukakan Garmin, x tau kenapa, tp memang best
tak pernah pula beli barang gajet kat pricepanda ni..
nampak cam menarik juga ni
Pricepanda bukan tempat beli barang la.
Ni tempat nak banding harga je.
Nak cuba godek masuk web Prince Panda sat. Thanks.. hehehe
betapa rajin orang itu membeli belah sesuka jiwa eh..
jgn lupe beli secara online di lazada ye…memang terbukti kemurahannye..
Makin glamer si panda ni. Hui nampaknya bagus website baru panda ni. Makin mudahlah kerja nak survey harga barang.
Biasalah tu..panda memang mahal sekarang nih..
belum reti lagi pakai benda mcam nie..
memang bagus juga mudah buat perbandingan, boleh cuba juga lepas ni
Yeahhh..baru tahu ni..dah tengok dah..redmi note tu memang banyak sungguh perbezaan harga..leh pilih aje harga mana yang berkenan..terima kasih kongsikan infonya..belanja saya satu GPS Gamin tu… Leh arrr… 👿
Hahah..ok.aku baru tahu tentang kewujudan pricepanda ni, hahha..nak mencuba-cuba nampak gayanya ni huhux
Membeli belah di Lazada online yang sedang buat diskaun akhir tahun ni…
Bagusnya ada website macam ni, boleh compare harga sebelum beli barang. Jadilah pengguna bijak 🙂
Ya.
Silalah jadi pengguna yang bijak ye. Hehe..
Rasa dulu-dulu pun hang pernah suggest pakai website panda ni kan
Entah..
Aku tak ingat la plak.
saya tak pernah lagi buat pembelian online tapi kawan selalu buat, dan selalu kalau nak beli apa2 mintak tolong dia… saya kurang percaya ngan syarikat ni dan lebih suka beli secara direct
yeah dah beli satu…lazada terbaik!!
Memang berguna sangat PricePanda ni.Tapi kena lebihkan lagi feautures dia.
wah best! ok bookmark website ni hehehehehee
Baguih betul ada website macam ni xyah nak buka banyak2 website yang tidak ke tahuan sahih betul ke x. Anyway tq bro
baru tahu ada website ni. toche sifu kasi tau ya
Bagus gak Price Panda ni. Boleh buat perbandingan harga untuk produk yang kita cari online. Selalu saya beli onlie dekat Lazada jer.