Ya.
Ada yang bertanya aku sebab tahu yang aku pun ada juga buat duit dengan dropship sikit-sikit.
Tapi, aku malas nak bising sangat.
Sebab benda ni cuma suka-suka aje.
Saje nak test market.
Maklumlah, aku lebih suka main affiliate.
Namun, itu tidak bermakna aku menolak cara untuk buat duit yang lain. Aku juga buat adsense. Korang boleh belajar tips dan trik dari Brader Munawar nih kalau nak belajar main adsense nih. Ebook Janawang Adsense yang beliau tulis itu memang sudah ramai membantu ramai blogger Malaysia dapat 300-500 dollar setiap bulan.
Dapatkan ebook itu disini –> Ebook Janawang Adsense
Aku juga ada buat buat duit melalui pengiklanan blog. Ada orang nak beriklan, aku caj sikit kos agar blog aku tu sekurang-kurangnya bolehlah cover duit hosting dan domain. Maklumlah, aku kan pakai hosting mahal-mahal. Tu lah, siapa suruh pakai mahal-mahal, kan?
Aku juga ada buat servis. Servis review dan advertorial. Servis bina blog wordpress dan macam-macam servis lagi. Sudah tentu ada pengkerasnya.Tak ada orang buat kerja tanpa bayaran. Dan inilah lubuk bisnes servis yang menjadi tunjang utama aku sejak aku mula buat duit onlineΒ dari tahun 2001 dulu.
Lubuk Rahsia Pembekal Dropship di Malaysia
Okeh.
Berbalik kepada mereka yang berminat nak buat duit dengan dropship.
Satu benda yang akan menjadi masalah korang adalah mencari pembekal bagi produk-produk yang laris dipasaran. Korang dah ada market, korang dah ada facebook yang banyak follower dan fans. Dah ada market yang cukup lapar dengan produk-produk hot setiap hari.
Masalahnya, korang takde pembekal produk sahaja.Β
Jadi, mari aku bantu korang untuk selesaikan masalah korang.
Dapatkan senarai pembekal produk di Malaysia disini
–> Download Senarai Pembekal Produk Panas di Malaysia
Dah dapat senarai tu, pilih mana-mana produk yang berkenan dan buat promosi.
Nak buat promosi kat facebook boleh dan kat blog pun boleh.
Kalau nak guna blog, boleh guna teknik SEO untuk trafik jangka masa lama. Baca Kitab Teknik SEO Merah jambu ini untuk tambah ilmu dan pengalaman dalam membantu korang mendapat trafik jangka masa panjang sekaligus berpotensi untuk meraih pendapatan sampingan yang lumayan pada setiap bulan.
Nah.
Aku dah kongsikan lubuk rahsia pembekal produk di Malaysia.
Tinggal pilih dan jual sahaja.
Semoga ini dapat membantu korang semua yang menghadapi masalah nak cari produk dropship yang HOT dan sentiasa ada pasarannya. Dan dalam masa yang sama, membantu korang mudah untuk cari supplier atau pembekal bagi produk-produk tersebut.
Harap maklum.
12,004 total views, 8 views today
Dah lama tak buat dropship. Lqgi selesa buat affiliate berbanding dropship. . π
affiliate lagi mudah.
dropship ni kena main networking sikit.
Senang cakap, kena pandai la rancang sikit.
baru leh ada untung. π³
Titan, ada cadang nak tulis ebook pasal dropship tak?
takde cadangan.
malas nak tulis.
penat. haha..
Pernah terlibat dengan dropship dan sekarang ini pun masih aktif dengan dropship.
YUp.
kalau dah rasa, memang seronok gak dropship nih.
Tapi sekarang, biar part time aje dulu.
Malas nak full time.
Masih sayang kerja sekarang ni.
belum pernah cuba lagi dropship ni.
Dropship kena keja lebih sikit kot berbanding affiliate.
Walaupun dua-dua perkara itu perlu ayat manis. Hehe…
Yup.
banyak sikit kerja.
nak membungkus lagi.
haha..
tapi..aku lagi suka tulis blog aje. π
drops hip nie kena cari barang memang laris keras tuk promosi
Tapi biar kena dengan validationnya.
jangan jual barang, lepas tu hilang bila orang nak tanya atau complain.
kalau dapat main dropship best gak..boleh dijadikan income
aku suka buat dropship, tapi dropship je yang tak suka dekat aku hehehe
hang memilih sangat nih.
kan? haha.
biar aku bljr main dgn affiliate dlu..dropship tu xbrape nk fhm..
YUp.
pelan-pelan.
dah mahir satu, baru pindah ke kemahiran yang lain.
macam cara untuk buat duit. cuma perlu pilih dan fokus sahaja. rezeki Allah beri, kita perlu usaha.
Ya.
fokus, fokus dan fokus.
in-sha ALlah, kita akan dapat apa yang kita nak.
Dan rajin-rajinlah berusaha selalu.
kena tau trending masyarakat malaysia untuk pilihan dropship ni baru boleh ‘jalan’.marketing memang kena tip top la π
trending tu satu hal.
tapi gua lebih suka main pada trending yang pemain lain tak tahu.
nanti diorang main kotor plak. haha..
Drophip ni kena tahan hati, kalau customer tanya pasal produk kena jawap. networking kena kuat dll. mula-mula memang payah, tapi lepas tu orang akan cari kita.
sebab tu hati kena kuat.
semangat kena padu.
tak leh hanyut ditengah jalan.
mungkin ramai lagi mainan encik yang lain belum diungkap
Actually dropship ni la yang bisnes yang paling mudah. cuma buat promosi, promosi, promosi. tu je.Sama jugak macam affiliates. Cuma bezanya kalau dropship ni kita kena terima bayaran daripada pelanggan n buat order dengan dropshiper.risiko kerugian memang rendah. cuma kena pandai cari dropshipper yang bagus, kalau tak pandai2 la kena jawab pertanyaan dari pelanggan
tu pasal gua tak nak jadi pemain dropship macam tu.
kita bertanggungjawab dengan apa yang kita jual.
bila orang tanya, kita boleh jawab. itu yang sepatutnya berlaku.
Best main dropship ni.. π
dropship ni memang best..
Saya dah tinggalkan arena dropship sebab tak dapat explain dengan jelas ttg produk kepada pelanggan. tapi berbaloi kalau margin produk tu besar. kene pandai marketing
yup.
margin tu penting gak.
keuntungan kena ambil kira gak.
masalah tak leh explain produk tu, kena la ambil tahu. tak boleh lepas tangan plak kan?
Err gua lupa pulak lah gua pernah buat ke tak pernah buat dropship nih hahaha
Dropship kena buat pada produk yang terkenal.
Kalau suam-suam kuku letih jugak nak tolong promo.
Tapi senang la sebab tak da risiko rugi.
tak semestinya.
produk tak terkenal pun takpe.
janji ada permintaan.
konsep asas demand and supply.
Dulu simpan angan-angan juga nak buat dropship..cuma belum ada komitmen lagi ha..nak tumpukan pada affiliates dulu..hehe
tunggu nanti la.
ko tumpu aje pada yang ko patut tumpu.
jangan kejar semua. nanti tak larat dah macam aku nih.
Baru hari ni tau apa itu dropship. Selalu jugak nampak dalam wall FB orang cerita pasal dropship ni. Ingatkan dropship yang macam dalam filem-filem perang Hollywood tu. hehe
betul la tu.
dropsip ni ada banyak maknanya.
haha..sebab tu aku letak gambar dropship tu.
Memang susah nak cari pembekal ni π lagi-lagi kalau pembekal kita tu pulak jenis yang selalu kehabisan stok
kalau rajin apa pun boleh berjaya walaupun komisen sikit
Ahhh tak minat semua ni.
Kalau dah ada niat nak buat dropship, memang nak kena buat betul & betul.. baru hasilnya lumayann. gittew…
dropship memang manis.. tapi selalu ada masalah bila pembekal tak jujur..lebih selesa main affiliate dengan buat servis blog..
bergantung kpd nasib sesorang juga..tak semua dropship tak bagus..
bagus sebenarnya biz dropship nie..kita bertindak sebagai orang tengah..tp perlu cari dropship yang betul2 berkualiti..klu tak busuk nama kita nnti..
Bagus ada list2 ni buat skit survey, lepas tu beli borong pembekal ni.
Layan jugak kalau harganya cantikkk
Pehhh.. lubuk rahsia.. samada affiliate atau dropshipping masing2 ada kelebihan atau keburukan.
Nak lebih manis lagi, buat kedai online sendiri, biar enjin carian & strategy minima bawakan pelanggan… dengan Blogger blog pun boleh setup e-commerce webshop, apatah lagi dengan platform lain (jika mampu atau berkesempatan…)