Ya.
Haha..
Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014
Seperti yang aku duga, kumpulan Zero akhirnya menjadi Hero Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini.
Sebaik sahaja habis persembahana pertama, aku dan kawan rumah aku semua meneka yang mana Zero akan jadi JUARA jika tak ada persembahan yang boleh mengugat kedudukan mereka. Dan ternyata, persembahan kedua mereka terus MENUTUP peluang mana-mana pasukan untuk memintas kedudukan mereka yang memang dah STRONG sejak dua minggu yang lepas.
Secara jujur, aku memang nak sangat kumpulan Zero ni menang. Persembahan diorang sangat menjadi sejak minggu-minggu kebelakangan ini. Lagi-lagi si Melati tu, dia keluar aje..aku dah nak tergelak.
Dan masa persembahan kedua pula, dari mula sampailah part “sedih” tu, memang aku gelak tak terhenti. Pandai diorang pilih lagu dan kena dengan “tema” diorang.
Sangat unik dan menarik.
Itu Juara Maharaja Lewak Mega 2014 yang kita cari. Bukan sekadar undian sms sahaja, tetapi kualiti persembahan yang kita mahukan.
Overall, aku cuma gelak untuk kumpulan Zero dan persembahan solo Nabil sahaja. Terbaik.
Shiro out.
Bocey langsung tak jadi.
Sepah 2, memang macam tak nak menang aje kalau tengok persembahan diorang. Mungkin dah hilang idea barangkali. Tapi pelik plak diorang dapat nombor 2. Patut Nabil yang lebih layak sebab aku sendiri lebih banyak gelak masa part Nabil nih.
Entahlah, tak tahu la kenapa. Silap kira markah kot?
10 Fakta tentang Kumpulan Zero yang korang mungkin tak tahu.
- Mereka sebenarnya dah tiada bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini.
- Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Korang pun tahu kan kerja macam ni macam mana. Kerja dah la susah dan memenatkan. Gaji ciput je.
- Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka dan ini sekaligus menjadi perangsang dan menaikkan semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga dan mencuba sehabis baik untuk menang dalam MLM 2014.
- Syaiful (Melati) berhenti belajar ketika Tingkatan Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
- Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil dan diajar sendiri oleh bapa mereka. Sebab itu, mereka handal melakukan aksi akrobatik macam aku muda-muda dulu. Kat Sabah ni, 2 jenis silat yang popular. Silat Gerak Kilat dan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Aku belajar Silat Cekak Ustaz Hanafi, Zero plak belajar Silat Gerak Kilat. Kami semua belajar silat kat Sabah.
- Kumpulan Zero mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea dan persembahan yang terbaik
- Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul.
- Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong. Means, diorang memang hidup susah dulu. Kalau korang pernah pergi ke kawasan pedalaman Sabah, purata gaji sebulan diorang antara RM200-RM300 aje. Kalau yang gaji RM500 tu, memang dah kira senang sikit dah hidup diorang.
- Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini. Alhamdulillah Melati. Kahwin besar-besaranlah lepas nih..
- Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
Sumber yang diubahsuai sesuka hati – Vitdaily.com
Maksud Pantang Mundur kecuali Operasi
Dah mahukah korang tahu maksud “Pandang Mundur kecuali Operasi” yang menjadi trademark mereka itu?
Macam gini cite dia.
Kat Sabah ni, di kawasan pedalaman selalu ada roadblock. Tapi, kat sabah, diorang tak panggil roadblock. Diorang panggil “operasi”. Jadi, kalau orang Sabah nih..kat kawasan pedalaman ni memang ramai gak sebenarnya takde lesen. Kalau ada lesen pun, dah mati sebab nak renew kat bandar, nuunnn jauh disana. Jadi, dipendekkan cerita..orang Sabah ni pantang mundur apabila dicabar, pantang mundur apabila diajak bergaduh, pantang mundur apabila dihina dan pantang mundur kalau ada orang kacau orang diorang KECUALI kalau ada operasi.
Masa ada operasi kat depan, kita kena lari. Baru kita mundur.
Haha.
Walaupun kelakar tapi ada maksud tersendiri.
Dan kalau korang perasan, persembahan ZERO ni, memang jenis redah aje. Takde undur-undur. Main belasah aje. Cakap kecek Kelantan pun berterabur lintang pukang mak iloi-iloi. Tu pasal, memang kenalah dengan trademark diorang kat Sabah tu.
Nak menang, mesti usaha sungguh-sungguh nak MENANG.
Baru ada potensi untuk menang dalam apa-apa cabaran dalam hidup kita nih.
“Pantang Mundur kecuali operasi.”
Itu yang kengkawan Sabah aku dok cerita maksud trademark kumpulan Zero nih.
Faham dah kan, sekarang?
Kesimpulan.
Nampak ketara kumpulan ZERO mahu menang dalam MLM 2014 kali ini.
Kumpulan lain, macam dah habis idea. Persembahan kedua masing-masing, semua lari lintang pukang. Tak best langsung kecuali Nabil.
Nabil paling untung walaupun dapat nombor 3. RM150 ribu dia sebat sorang-sorang.
Sepah 2 paling bernasib baik sebab dapat naib juara walaupun persembahan biasa-biasa aje.
Kali pertama aku mengundi dalam Maharaja Lawak Mega sejak tertubuhnya Akademi Fantasia, Imam Muda, Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega.
Haha..
Apapun..Tahniah ZERO.
Tahniah Melati.
Tahniah Kadir.
Tahniah Kunal.
Tahniah orang Sabah!
Lu orang memang terbaik ini malam. Gua bagi 5 BINTANG!
Ps: Sekian, terima kasih. Semoga terhibur.
14,963 total views, 4 views today
Lawak depa mmg ori dan tulus. Patutla byk persembahan depa berdasar hubungan adik abang. Rupa2nya mmg byk yg depa share bersama. Dah patutlah depa terer sommersault bagai. Org silat rupanya. Punchline yg saya suka adalah,”muka tidak kemas” n yg tadi “tidak kena” n “tidak sakit”.. Haha. Tqvm for sharing..
At least, lawak diorang lawak yang fresh.
Banyak lawak baru dari diorang ni sebenarnya.
Tahniah Zero atas kemenangan. Wan pun minat Zero juga…sejak dari hot seat lagi.
Nampak ikhlas mereka berlawak dan bukan dibuat-buat. Terbaik!
Yap.
Diorang jenis redah dan selamba aje.
Tu yang best.
dah selesai maharaja lawak pasti jadi populer zero ini nantinya
Diorang memang dah popular.
Lepas ni, akan jadi lebih popular lagi lah gamaknya.
Semoga diorang terus sukses untuk jangka masa yang lama.
Tahniah Zero.. seperti yang diduga akhirnya dari Zero ke Hero…
YUp.
Ramai yang agak diorang boleh jadi juara.
Lebih-lebih lagi lepas persembahan yang pertama tu.
Tahniah Zero..
diorang deserve utk menang. WHY yang strong… all about FAMILY.. *touching
Yup.
sejarah sentiasa berulang.
Macam yang Yus buat, macam yang Sepah buat dulu.
Macam yang Shiro buat dulu.
Kini, turn ZERO plak.
Zero to Hero… Memang layak menang atas usaha mereka. Konsisten dan memang lawak pun! Undi simpati pun banyak kot. hoho!
YUp. Diorang konsisten.
Drop pun 2 minggu je.
Lepas tu sejak minggu lepas, persembahan maintain terbaik. Hoho..
tak tengok malam tadi, mungkin kena tengok rakaman punya.
tengok kat fanpage pencuri movie ajelah.
Diorang siap rakam lagi letak video kat sana.
Ya, selayak mereka menang di Maharaja Lawak.
dan
mereka bukan lagi zero
tahniah
Ya.
Dah jadi ZERO.
Hampir semua blog media dok cite pasal zero dari semalam hinggalah ke hari ini.
tahniah zero ke hero, gua tak sempat nak tengok kerja je memanjang.
Tak apa.
Boleh tengok kat youtube nanti.
Mesti ada orang upload gak nanti. Tak pun, pihak astro yang uploadkan.
Memang nak sangat dorang menang. Rezeki zero. Alhamdulillah. Sepahtu memang nak bagi dorang menang. Jadi dia buat lawak sikit2 je. Tapi memang terbaik la zero.
Mungkin sebab ramai yang nak diorang menang, tu sebab akhirnya mereka menang.
Tapi memang seriuslah, diorang berusaha keras nak menang malam tadi.
Nampak ketara berbanding peserta yang lain. 😉
Betul2. Banyak gelak masa tengok zero je. Yang lain ada la jugak tapi zero paling bestttt
Ha ah..entah kenapa sepah tak macam biasa..Tak setuju kalau ada yang kata zero menang sebab diaorang orang susah la..sepah bagi diaorang peluang la…sebab bagi saya diaorang menang bukan sebab diaorang susah ke apa..tapi sebab diaorang memang lawak..
Tengok diorang wat meeting macam tahun lepas, terus dah aku agak.
Kompem tak leh juara nih.
Nahh..sampai habis persembahan aku tak gelak.
Serius, diorang kena 3 orang. Dah takde orang nak bahan. Dulu ada rahim dengan mamat, leh bahan rahim atau mamat. La ni..dua-dua dah jadi killer. Susah la nak bahan.
Persembahan diorang lebih baik 2 minggu lepas berbanding final ni.
walaupun pada awalnya aku sokong Bocey..sebab tapi bila lihat Zero pun bagus dan Bocey seperti merundum aku terus sokong Zero…lawak dorang memang lain macam sikit dan banyak terapkan nilai kekeluargaan..hubungan adik beradik mereka cukup rapat
tak ada peluang nak tengok Maharaja lawak tahun ini..
Hope lepas kemenangan ni boleh la merubah suasana kehidupan seharian mereka di Sabah… 😉
MJ pun suka zero ni..walaupun ikutkan pada awalanya group dorang ibaratkan underdog tapi rezeki berpihak pada mereka. memang layak pun..
Memang Zero layak bergelar juara. Sepahtu naib johan disebabkan Jep. Nabil memang kurang undi. Apapun penonton nak lihat lawak yang fresh.
selalu bawa idea yg fresh, lain dari yang lain. 😀 teringat time tema karoot media.
Persembahan kedua Zero sedih bila dia sebut dan nyanyi pasal Ayah. Memang sedih gila masa tu. Tak boleh nak tahan emosi masa tu. Sedih sangat
Tak tengok pun.
Dengar orang duk kecoh kat fb je.
Takpe tengok kat youtube je la.
Perlu kah aku download setiap ep maharaja lawak mega? sebab aku tak pernah tgk pon. haha
Operasi bukan bermaksud roadblock ye.. Operasi yg dimaksudkan adalah operasi pemeriksaan Dokumen Perjalanan bagi pendatang asing..
nak berjaya kena usaha sungguh-sungguh, pandang ke hadapan jangan toleh-toleh belakang
Ehh jap..2014 ke 2015? Confius ni..haha..amboi…team faveret la ni siap undi tu..hahaha
Aku pun harap Zero yang menang kali ni. Kalau Sepahtu dah macam biasa-biasa sangat
Gua termiss lah final… Ada hal sikit.
Apa-apa pun kalau ikut minggu2 lain, kawe suka Nabil punya persembahan.
Ohh… itu ker maksudnya Pantang Mundur Kecuali Operasi… okok baru pam…
aa depa nih memang deserved tuk memang… mmg beshhh…
hmmm… aku dengar cerita je kata zero menang. memang tuah duirang pada MLM 2014 kali ini. Yang lain semua macam taknak menang je. Tahniah zero…. tahniah…
patut la Zero ni menang. titan yg undi rupanya. haha
tuah orang kita taktau kan..walau apa pun zero memang layak menang..
ZERO, ZERO, ZERO, ZERO, ZERO!! Yesza!.. Final tempohari aku asyik gelak je tengok geng2 Zero ni buat lawak. Pastu tiba2 rasa sedih plak bila diorang nyanyi lagu pasal ayah dorang.
Zero, you guys Rock!
Terbaik memang lawak habis zero ni xdapat dinafikan lagi sebab tu boleh juara…
Memang hebat depa ni… harap2 lepas2 nih byk aaa tawaran berlakon depa dapat…