Huhu..
Hari ini rasa nak tulis pasal program Jobdirumah.
Rasanya last artikel aku tulis pasal program ini adalah pada bulan Jun 2015.
Sekarang dah bulan Ogos.
Kiranya boleh tahan dekat 2 bulan jugaklah kiranya, kan?
Jadi, boleh tahan juga jumlah yang aku dapat dalam DUA bulan itu.
–> 52 sales terhasil.
Pendek kata, sejak pihak Jobdirumah tukar website dengan nafas baru pada bulan April 2015 sehinggalah hari ini, aku masih berjaya mengekalkan kehenseman aku dengan berjaya meraih purata RM500 setiap bulan daripada program ini.
Dan yang lebih menarik, aku tak lakukan langsung “HARD” promotion.
Baik dari segi email marketing atau SEO “push up” yang biasanya aku lakukan kalau aku tengah serius nak dapatkan sales sewaktu aku “muda-muda” dulu. Dah tua bangka ni, lebih banyak bermain dengan anak-anak walaupun anak cuma satu sahaja. Itupun dah cukup untuk buat modal untuk mengelak daripada dikejar dek client yang mahukan aku siapkan review dengan cepat.
Haha..
Jumlah komisen April hingga Julai 2015
- April 2015 – RM525
- Mei 2015 – RM650
- Jun 2015 – RM550
- Julai 2015 – RM650
- Ogos 2015 – RM350++ (mungkin bertambah tetapi mustahil berkurang..)
Hapepun..
Tak ada tips nak kasi kencang sales atau cara nak belajar teknik SEO sangat hari ini.
Aku malas sangat nak borak.
Sebab hati happy walaupun kerja berlambak tak siap-siap.
Orang-orang tua selalu berkata..
Bila ada duit lebih sikit, hati kita jadi senang dan tenang.
Bila ada anak comel disisi walaupun kena agah pun tak mahu senyum, tetapi hati terasa bahagia sekali.
Bila ada bini cantek yang selalu menemankan diri yang hensem ini, hati kita terasa dilengkapi.
Pendek kata..
..
…
Rasa macam sempurna sikit la walaupun banyak lagi “life plan” yang masih tak tercapai sana-sini.
Sebab dulu, hidup sendiri menyendiri.
Kekadang, cakap dengan tiang letrik. Awek nampak, kata kita ni sewel. Pakai spek mata, kata kita nerd. Mesti suka main dota dan red alert dalam bilik.
La nih..
Awek cantek tegur, kita sendiri naik segan. Bila kita pakai spek mata, awek tu kata kita hensem. Bila kita tenung mata awek tu, awek tu malu-malu tersenyum walaupun modal kita cuma senyuman manis, seluar lipat paras betis dan sandal berharga RM39.90 dari kedai kasut Bata.
Bila dah kahwin plak, tengok bini dan anak.
BEST sebenarnya kahwin nih.
Rezeki melimpah ruah.
Ahh..alhamdulillah..dapat la merasa lobster kukus cicah sambal belacan dan rak lembu special selalu.
Terima kasih Allah.
Sebab bagi aku bini cantek dan anak lelaki yang genius lagi hensem.
Terima kasih juga pada emak dan abah.
Semoga abah cepat sembuh.
Semoga emak kuat selalu.
..
…
Dan tahniah pada kaklong aku sebab dah ada baby girl baru.
Anak kedua kaklong, cucu ketiga abah dan mak. Anak buah Paman nombor 2.
Dahh.
Aku dah lapar.
Nak sambung semula makan rak kambing special ni.
Siapa berminat, boleh dapatkan Panduan Jobdirumah versi baru V3 <– klik disini
7,961 total views, 1 views today
tu dia, kencang.. hahaha
kena menikah jugak nih…
Tahniah bro!.. Konsisten atas RM500..Cendol semangkuk baru RM3.00 boleh makan banyak mangkuk tu 🙂
Tahniah Bro…. Memang legend… Itu baru komisyen untuk satu program affiliate… Belum lagi komisyen program-program affiliate yang lain…
Fuh.. Banyak betul payment dah dpat ni.. Tahniah…
memang otai JDR ni..depa mesti sayang lu lebih ni..haha
Perghhh…
Banyaknya komisen beliau…gerunnn…
Tahniah bro titan! 🙂
alhamdulillah, tahniah rezki anak…
mmg kencang masuknya..ramai yg gerun tu..
aku tak nak komen pasal jobdirumah
ia memang terbaik
tapi pasal rak kambing lembu tu, ada lagi ke?
Wahh…kencangnya jobdirumah….mmg lumayan kalau mcm ni….kipidad….
ini betul betul passive income punya style hehe.
wowww… kemah molek menderu2 mahsyuknya…
bos mcm mane boleh dpt income dengan seo2 ni. x paham2 daku kalo org cite pasal seo…:-)
sy juga hantu kambing bakar
pergh terbaik bro..moga sentiasa dimurahkan rezeki.
Tahniah Encik Titan..dah semoga ayah encik titan lekas sembuh..memang seronok kawin ni..duit tak ada..tapi hakikatnya masih boleh makan dengan kenyang sekali..hehe
Murah rezeki, tapi sedap plak rak kambing kedai mane en titan lepak ye?
Cemburu dengan pasif income bro titan ni…
bagus-bagus.. masuk banyak-banyak ye
pergh, kena cari post jdr yg lepas2 ni…
Wahh syok yee nikah ni .. hehe
tahniah cikgu…rezeki makin mencurah-curah dengan JDR nya..
Power yang amat..
aduhh….masyuknye..
Nampaknya dah semakin kurang tips SEO dan tips naikkan sales seperti selalu… Sekarang menuju kepada tips keluarga bahagia…
Semoga bahagia hendaknya… komisyen affiliate buleh la buat tambah bini nanti… ahaks!
Gurau-gurau hari minggu…
rezeki2… ada bermcm2 cara
tahniah bro…
Sejak dah ber’anak’ ni makin kencang pula sales ye..syukur
Giler.. duit masyuk terus..
ni semua sebab penangan Kitab SEO Merah Jambu kan? Saya dah beli kitab tu dah memang berhasil.
hebat sungguh dio.
Fuhh masyuk tu .. 🙂 bukan senang nak dapat sales banyak macam tu.
Wahh..bestnya, main duit je hari-hari.