Sebelum apa-apa..
Aku gelak dulu.
Haha..
..
…
Okeh.
Waktu untuk serius.
Dari 10 orang kawan aku yang aku jumpa, 9 orang akan hadapi masalah ini.
Memula, memang tak nak ngaku la.
Tapi akhirnya..mengaku. Siap tanya memacam dan benda-benda pelik lagi.
Yang lagi memeningkan jantung aku..
Orang yang dah kahwin 10 tahun pun, dok sibuk tanya aku pasal hal-hal kahwin nih.
Diorang lihat, aku macam takde apa-apa masalah aje dalam kehidupan perkahwinan aku.
Biasanya, kita akan nampak akan ada “masalah” dan kesan sampingan dia macam..
- tak cukup tidur sebab gaduh dengan bini sampai tak cukup tidur
- tak cukup makan sebab nak jimat duit
- tak cukup “exersice malam” sampai miangnya lain macam
- tak cukup bersemangat
- tak cukup bersabar. Asyik mengamuk aje kat tempat kerja. Semua orang nak dimarahnya. Sampai terlanggar tiang, tiang tu pun kena marah jugak.
- tak cukup rehat sebab bini mogok masak, mogok makan, mogok mandi, mogok jaga anak..
Well.
Biasanya, kita nampak masalah ni kat orang perempuan. Sebab diorang memang mudah meluahkan benda ni secara sengaja atau tidak sengaja. Silap hari bulan, luah kat orang lelaki. Tak lelaki bujang, luah ke suami orang lain. Tak hairan ada suami orang, buat skandal dengan bini orang lain. Lepas tu, dok bercerai. Anak pening kepala nak ikut siapa. Lebih perit, tengah bini mengandung, boleh kena cerai.
Nak salahkan siapa?
Salahkan agama? Salahkan bini? Salahkan suami?
Senang cakap, salah dua-dua.
Suami dan isteri.
Agama?
Suami dan isteri. Mereka yang kena usahakan dan belajar ilmu rumah tangga.
Jangan dok harap ustaz dan ustazah kat depan tv tu dok ajar hari-hari. Diorang pun ada kehidupan juga. Takkan nak dok hari-hari keluar kat tv bagi nasihat dan tazkirah setiap masa?
TIGA Rahsia dan CARA menambat nafsu suami.
Senang cakap, tips dan nasihat ini untuk orang perempuan.
Lebih tepat, bini dan isteri.
Orang laki, dia memang jenis ego. Tapi ego dia bertempat. Since aku lelaki, aku kena pertahankan hujah ni.
Korang nak kata aku bias, aku pedulik apa.
Aku orang lelaki.
Aku kena support bab ego-ego nih. Orang lelaki kalau tak ego, dia bukan lelaki namanya.
Haha..
Okeh.
Tips aku mudah sahaja. Baik yang baru kahwin atau yang dah lama kahwin atau yang bakal berkahwin.
Benda ni boleh ikut dan boleh diamalkan.
Dan orang LELAKI, cukup suka benda-benda ini kalau orang perempuan buat.
1. Jaga “exersice malam” diorang.
Benda ni cukup, benda ni dilayan dengan penuh penghargaan, in-sha Allah, rumah tangga korang takkan huru-hara dan takkan ada orang ketiga atau keempat yang menganggu. Skill-skill maut kena tahu dan kene belajar. Cara nak belai..cara nak itu, cara nak ini..kena ambil tahu.
Bila aku kata “JAGA”..maksudnya korang kena serius jaga aktiviti malam itu.
Lelaki, kalau takde masalah duit atau masalah kat tempat kerja, dia mesti nak satu dua round setiap malam.
Ya.
Setiap malam. Dia penat atau tidak..
Dia nak juga.
Orang lelaki, selalu ada tenaga simpanan untuk aktiviti malam.
Celah mana diorang simpan, jangan DITANYA.
Trust me.
Haha.
Of kos.
Ada hari-hari yang ada bendera jepun berkibar ataupun tetiba lampu isyarat warna merah berfungsi.
Masa tu, jangan langgar.
Itu hak isteri dan badan isteri untuk berehat.
Allah dah bagi waktu-waktu untuk bini berehat.
Jadi, jangan diganggu kitaran semulajadi itu.
Sekali lagi, jangan kacau beb.
Of course, akan ada juga waktu-waktu bini tak nak buat aktiviti malam macam anak kerap menangis, terlalu penat, banyak kerja, tengah stress sebab kucing kesayangan mati, tertekan sebab laki tak beli beg prada lagi bulan ni, tensen sebab baju kurung tak cukup lagi dalam almari, bengang sebab sayur lemak malam tadi tak cukup pedas, risau kenapa jerawat tumbuh kat hidung..dan memacam lagi 1001 waktu yang akan membuatkan aktiviti malam terbantut.
Masa ini, orang lelaki atau lebih tepat encik suami..MESTI bertoleransi.
Jangan belasah atau paksa bini jugak.
Take time.
Benda susah dapat, akan lebih nikmat bila kita dah dapat.
Sambil itu, rajin-rajin baca buku Seni Kamasutra untuk kasi mantap aktiviti malam.
Dan juga tambah stok tongkat ali setiap hujung minggu.
Okeh?
2. Jaga diri dan badan korang.
Maksudnya, pasang badan. Sehuduh mana pun korang, bersoleklah untuk laki korang. Jerawat tu, kasi kurang sikit. Kalau gemuk, kurangkanlah 1-2 kilo sebulan. Tak susah, jogging dari ruang tamu hingga dapur. Buat 20 round ulang-alik setiap hari. Ini kes kalau segan nak pergi taman atau pergi gym.
Bila aku kata jogging, means jogging. Bukan berjalan. Bukan. Satu kilo pun takkan hilang kalau korang berjalan. Korang cuma dapat PENAT. Untuk hasil yang lebih memberangsangkan. Kena lari pecut dan buat ulang alik. Dalam 30 meter aje. Buat dalam 3 lari ulang alik untuk 1 set. Amalakn sekurangnya 3 set untuk satu sesi. In-sha Allah, disamping jaga makan dan buat latihan mudah ini, korang boleh kurang berat badan at least 1 kilogram dalam sebulan bergantung kekerapan korang bersenam.
Aku tak galakkan korang makan produk kesihatan yang bukan-bukan.
Makan tepung ni, korang leh hilang 1-5 kilogram dalam 3 jam.
Minum air ni DUA kali sehari, korang leh kurus dan hilang 20 kilogram dalam sebulan.
Itu penipu punya produk.
BUT..
Aku tetap akui wujud produk yang bagus.
Tapi, nasihat aku, mesti jaga pemakanan DAN amalkan senaman.
Senang cakap.
Orang lelaki tak SUKA bini dia gemuk.
Sebab orang gemuk, TINGGI belanja. Orang lelaki tak suka duit diorang belanja kat benda yang bukan-bukan.
Perempuan gemuk, baju dia lebih besar, Susah nak jumpa. Kena order tukang jahit jahitkan. Kena special order. Kena beli lagi mahal. Naik kereta, kena isi minyak lebih sebab berat kereta bertambah. Untuk kereta bergerak lebih laju, kita kena tekan minyak lebih dari biasa.
Orang perempuan, normalnya suka makan. Masa gembira dia makan, masa sedih dia lagi gila nak makan. Sebab itu, bila dah gemuk ni, macam-macam penyakit dan MASALAH senang datang. Nak beranak pun, susah gila beb..
Perempuan gemuk, LEBIH SENANG kena kutuk, kena cerca, kena bahan, kena maki, jadi mangsa buli, kena ejek dengan budak-budak sebab mak gemuk..
“Mak ko gemuk! Mak ko debab!”
“Eeee..mak ko mesti kuat makan, kan?”
“Bini ko gemuk la. Ko tak malu ke?”
Tak sedih ke bila anak kena ejek dengan kawan dia sebab mak si anak tu gemuk?
“Tak geram bila ada orang kutuk bini korang?”
DAn..Tanyalah 100 orang suami. 100 suami itu TETAP akan cakap diorang tak suka.
Tapi kena tanya masa bini dia takde kat sebelah.
Korang tanya masa bini dia ada, 100 orang tu akan berpaling tadah dan akan kata..GEMUK itu adalah subjektif. Gemuk itu adalah hak setiap insan. Gemuk itu cantik.
“Aku tak kesah bini aku gemuk..”
“Ehh..bini gemuk la best. Ada bantal pelukk..”
“Okeh apa. Kang bini aku kurus..dia cari plak lelaki lagi hensem. Parah aku wehh..”
..
…
Seriusly.
Gemuk itu cantek?
“Hang gila ka?”
3. Jaga perut suami.
Dalam erti kata lain..jaga makan minum diorang. Memang dalam Islam, orang lelaki yang kena masak dan sediakan makanan untuk bini. Orang lelaki yang kena itu dan kena ini.
Dalam bab ini, toksah gaduh sangat.
Tapi fikir satu benda sahaja.
Sehebat mana orang lelaki boleh memasak atau hebat dalam menyediakan makanan untuk bini..
orang perempuan tetap kena faham satu benda ni.
Suami LEBIH suka makanan yang bini dia masak.
Sedap atau tidak sedap. Itu belakang cerita.
Yang penting, bini dia masak.
Bukan makcik kat kedai, bukan awek comel yang jual beger tu, bukan janda manis kat restoren tomyam tu.
Sebab itu, orang dulu-dulu, majoritinya bini diorang pandai masak.
Sebab benda ini, boleh jaga keamanan rumah tangga diorang.
Tengok nenek dan moyang korang, semua masak sedap-sedap, kan?
Ini rahsia yang dah tak jadi rahsia. Tapi masih ramai lagi perempuan kat sana nak juga bertelagah dan siap buat isu kat tv.
Orang lelaki yang patut masak dan sediakan segalanya untuk isteri.
Betul.
Tak salah 100%.
Tapi sekali lagi aku tanya, kalau diorang jumpa perempuan yang boleh masak sedap untuk diorang dan dok hari-hari pegi kedai tu, apa yang korang RASA? Kena plak dilayan dengan manja sekali setiap hari. Manja, comel dan pandai ambil hati plak..
Sakit hati, kan?
Masa itu baru terkial-kial nak masuk kelas memasak, masa itu baru terkejar-kejar nak belajar siang ikan, masa itu baru nak belek resepi kat majalah, masa itu juga baru nak telefon emak suruh ajar masak lobster kukus cicah sambal belacan.
Dude, belajarlah memasak.
Tak rugi beb.
Lagipun, zaman sekarang ni bukan semua lelaki masak sedap pun. Dia tetap juga cari mak dia kalau lelaki tu masih bujang. Jadi lelaki yang dah berkahwin..dia takkan cari mak dia dah. Lagi-lagi kalau dok jauh.
Jadi, dia akan cari siapa plak?
Dia akan cari BINI dia.
Faham?
Bab ni..semua perempuan muda kat tempat kerja aku maki aku.
Tapi bila suruh masak daging rendang satu kawah..terkial-kial nak sukat santan dan garam. Petola dan peria pun tak reti nak bezakan. Jauh sekali bawang besar dengan bawang merah.
Inikan pula nak buat sambal belacan mangga yang sedap?
Orang lelaki dok sengih aje.
Sebab semua orang lelaki kat tempat kerja aku memang pandai masak belaka.
Kesimpulan
Ada 1001 rahsia lagi sebenarnya rahsia untuk menambat nafsu suami.
Tak perlu aku nak perjelas sangat. Sebab orang perempuan tahu semua tu. Cuma diorang tak praktik sahaja. Cuma diorang segan nak buat saja atau diorang TAK TAHU aje.
Kalau tak praktik, praktikkan sekarang.
Kalau segan, simpan segan dalam laci paling bawah sekali kat rumah korang.
kalau tak tahu, belajar.
Nak belajar, boleh tanya emak dan abah korang.
Kalau segan, tanya kawan-kawan yang memang bahagia rumah tangga diorang.
Kalau segan juga nak tanya, baca ebook yang bertajuk –> Rahsia Menambat Nafsu Suami
Last,
Suami ni dia tak demand sangat sebenarnya.
Isteri kena banyak perhati dan bertanya sahaja.
Kalau permintaan dia tak dilayan, memang dia akan makan luar, dia akan wat onar sana-sini.
Orang lelaki ni, perangai diorang macam budak-budak aje sebenarnya.
So, layan je kehendak dan permintaan diorang.
Selagi tak langgar rukun agama, in-sha Allah rumah tangga korang takkan ada ribut dan taufan yang melanda.
13,537 total views, 2 views today
hahahah.. memang setuju.. tapi aktiviti malam tu agak2 la takkan tetiap malam kot
Titan ni aku tau dia nak back up lelaki dan apa yang dia kata tu betul, tp aku setuju dengan bro Zool. x kan tetiap malam kot. Lelaki memang suka, tp pompuan yang suka “exercise malam” setiap hari payah nak jumpa
wah.. Terbongkar rahsia lelaki.. Dari pendapat seorang bergelar lelaki.
exercise malam tu yang best tu haha
ehemm..saya tak kahwin lagi..tapi ada nampak bayangan sikit kehidupan lepas kahwin daripada artikel ini..hehe
oho..eksesais malam…ahahhaa
Boleh juga nich informasinya, makasih banyak ya gan??
Inilah bahana meluahkan masalah kepada bukan tempat sepatutnya. Lain jadinya.
Orait. Aktiviti malam tu. Best. Menyeronokkan! Hehehe
ahaha
tips macam nie pun ada
yg penting jaga perut kan
Tips yang power gila ni..Kalau tak buat juga apa pun tak boleh…
Sambal mangga belacan tu kena pedas super kaw kaw..
Aktiviti malam tu….hoho….
satu perkara yang hanya suami dapat dari isteri ialah exersice malam..dari orang lain menempah dosa tu..
makanan sedap boleh beli dari kedai ..punya.
Oleh itu jagalah baik-baik isteri anda supaya dia dapat berikan layanan yang first class.Bila kesemuanya dah berikan kepada mereka sangat jarang isteri nak mengelak sebab sudah di berikan layanan 5 bintang. Untuk dapat layanan 5 bintang kenalah beri layanan 5 bintang jugakan ? Don’t demand so much when you give nothing.. he he.
nak jugak menang tu haha
Kalau maleh-maleh, kasi je lah suami tu tambah cawangan.. he he 😀
nak suruh cantik2 tu kenalah belikan mekap, suplemen bagai juga kan. kalau gemuk hantarlah slimming center atau bg makan suplemen. jangan bagi air liur je dak? hahaha
hantar slimming centre bagi supplement tu no hal boleh beli. yg masalah bini tu takde keinginan effort nak kurus. rilekss je
Post tentang menambat nafsu lelaki..berjela2 ko karang ekk!! Aku rasa ada sambungan lagi ni..
Yang nak tergelak tu, bro titan mulakan dengan gelak dulu….hah..hah
Banyak sebenarnya tapi 3 itu yang penting….
hehehe…win win situation, ok?
Aku patut bookmark entri ni weh!! HAHAHAHAH
Naseb baik ambe tak paham apa-apa walaupun anak nak masuk 3. Hahhaha…
Ilmu rumah tangga yang bagus, apa pun tolak ansur adalah perkara paling penting dalam apa-apa keadaan pun. 🙂
oooo excersais malam…
penting juga kena patuh suruhan agama. Kalau tak jaga, boleh porak peranda. Duit pun asyik tak cukup je.
Bahagia bukan diukur dengan eksesais malam je, banyak lagi faktor.
ok nanti dah kawin aku soh bini aku baca
Nak kurangkan sekilo dua juga la…satgi suami tegoq sana sini ada spare tayar pulak…
Bestnya malam-malam beraktiviti. Haha.
Biasanya orang duk fokus part jaga perut tu je 😀
exercise malam tu penting. baru bertenaga untuk esok hari. sila amalkan selalu.. good info btw. jujur dari laki..
Haha.. tajuk mantap. Betul dah. Saya setuju.
Tapi ni dari pihak isteri pulak. Kalau nak bini cantik, jgn lokek berbelanja untuk isteri jadi cantik. Belikan baju cantik2 untuk pakai dirumah. Kalau rambut isteri kusut masai, carikan shampoo terbaik utk dia. Kalau badan isteri dah gemuk, ajak die sama2 jogging ke, belikan produk slimming yg bagus (contoh:shaklee yg bebas kimia). Kalau nak isteri kulit mulus, belikan lah vitamin, skincare utk dia. ??
Bukan diorang tak tahu.. saje jer malas nak praktik..hahahaha
apabila nafsu sudah tertambat…bersedialah….huhu
Haha,bagus tips ni.. bak kata orang orang tua pesan jaga perut dan aktiviti malam tu..
Bab kurus ni kira extra. Suami pun kena kurus supaya sepadan dengan suami. Tak nanti jadi beauty and the best hahaha ~
Laki kacak sangat @ kurus nanti susah hati kaum hawa..tgk tn blog kita nie jek ckup..silap2 risau org rumah dier tue..si abang nye NGETOP semalaya… 😀
Mesti terkejut nengok bini melawa bila buka pintu rumoh
suami selalu nak isteri kurus..tapi suami perut boroi takpe pulak..hehe…
Kaum hawa perlu pandang serius dengan artikel ini.
Petikan dari iklan ribena yang diubahsuai…
“KELAS KAU FAIZAL…ISTERI CANTIK, ANAK COMEL, HEBAT DENGAN AKTIVITI MALAM SELEPAS KELAS TUISYEN KAMPUNG SEKOLAH…APA RAHSIANYA KAU GAGAH SEMACAM NIE…? ”
Rahsianya…jangan nak tambat suami makan biskut kering dengan air kopi kapal api jek…jemu gak…seskali kena laa masak asam pedas ikan siakap dengan sambal petai dengan air bandung selasih… 😀
Hari2 masak sedap2 kat suami.
Akhirnya suami jd gemok dan malas buat aktiviti malam sebb terlalu penat bawak perot yg mcm mengandung 10 bulan…. Suami jadi malas. Kalau naik atas bapak kena tindih tak benafas rase nk terajang je
Dah 2 kali baca untuk khatam dan hadamkan, hihi…
jagalah perkahwinan anda…
jangan duk canang hal keluarga
hgmm tetibe aku rase nak kahwen..ade x blogger2 yg single and chomeyl mcm keknis kat sini? 🙁
ok.. setuju dengan smeua point diatas. malas nak komen panjang dah..hahaa
Give and take. Terima seadanya dan cuba yang terbaik! Apapun,nice sharing!😅