Ya.
Dalam 2-3 minggu ni, memang aku sangat sibuk.
Entah apa benda yang sibuk sangat tu, aku sendiri tak dapat nak jelaskan dengan lebih terperinci. Senang cakap, setiap kali aku nak update blog ni dan blog-blog yang lain, ada sahaja benda atau perkara yang aku hendak kena buat walaupun aku dah ada banyak gila idea bernas nak tulis.
Sabarkan ajelah.
Tapi, hari ini aku rasa aku kena tulis.
Sebab ada benda aku nak kongsikan.
Aku ada kawan.
Kawan aku ni, adalah kawan baru aku kat sekolah baru ni.
Memandangkan dia lelaki, ofkos proses nak berkawan itu jadi lebih mudah.
Dan memandangkan dia adalah Setiausaha Sukan, aku terus dilantik menjadi Naib Setiausaha Sukan disamping menjadi ketua panitia untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan apabila aku daftar hari pertama kat sekolah aku sekarang nih.
Biasanya, kalau korang major dalam PJ, ini adalah antara jawatan-jawatan wajib yang korang akan dapat dan tak boleh nak kata TIDAK bila guru besar atau GPK dah serah tugas. Itu tak campur lagi dengan jawatan sampingan yang lain-lain seperti tukang cebok bontot budak, drebar tak rasmi budak-budak, jadi polis, jadi askar, jadi tukang kebun, jadi ahli bomba, tukang suap makan budak, jadi makcik cleaner dan sampai satu tahap jadi tukang asah pensil budak-budak nih..
Ya.
Ada budak, nak asah pensil pun tak reti lagi.
So, bersabarlah dengan budak-budak generasi Alpha nih.
Aku yang dari generasi Y nih, syukurlah dilahirkan dengan sifat-sifat sabar yang tinggi.
Kalau tidak, ada yang makan kaki dan tangan.
Berbalik kepada cerita kawan aku tuh.
Aku panggil dia Zet.
Ofkos itu bukan nama sebenar. Korang pun tahu aku tak pernah petik nama sekolah aku dan juga nama penuh kawan-kawan aku.
Zet baru sahaja meninggal dunia semalam.
Aku tahu pun lambat.
Dia pergi waktu petang. Aku lepas maghrib baru tahu. Itupun, bila terniat nak tengok mesej kat group whassap sekolah. Sekali, hampir 300 mesej yang belum aku baca.
Apa kes nih?
Bila dah baca, barulah tahu.
Zet dah tak ada.
Aku tak tahu dia sakit apa.
Bila tanya sana-sini, rupanya pernah sesak nafas, pernah muntah darah kat tandas, pernah pitam, pernah pengsan kat sekolah.
Ada sejarah rupanya.
Aku yang baru berkawan tak genap lagi EMPAT bulan ni terasa macam kena magik.
Walaupun dok jumpa dan borak hari-hari, kadang-kadang benda-benda yang kita anggap remeh ni, kita tidak tahu, kita tidak sedar.
Walhal, semalam dok bertepuk tampar dengan Zet. Dok bincang nak panggil Amirul Hadi atau Safee Sali untuk rasmi sukan sekolah tahun nih. Dok fikir camana nak cari duit untuk sponsor beli peralatan sukan yang dah perlu kena tukaq. Dok fikir, bila nak buat ujian Segak. Dok fikir camana strategi nak bawa team bola sepak sekolah layak ke final untuk tahun ni..
Tau..tau..
Zet dah tak ada.
..
…
Arwah Zet dah selesai diuruskan.
Dekat kampung halaman beliau di Temerloh.
Aku tak ikut.
Sebab kena pergi sekolah dan ada banyak benda yang hendak kena urus. Lagi-lagi, jawatan Zet, kebanyakkannya aku kena ambil alih. Kena kemas meja dan fail-fail sekolah yang penting. Dan memacam lagi.
Yang pergi, beberapa orang cikgu sahaja.
Tadi, diorang dah mesej.
Dah selamat sampai rumah mak abah Zet. Dah selamat mandi, kapan, solat dan tanam.
..
…
Zet.
Selamat tinggal sahabat.
Damailah kau disana.
9,911 total views, 1 views today
Al fatihah buat arwah. Moga dia pergi dengan tenang. Moga rohnya aman dan damai. Sedih juga, lebih-lebih lagi kawan yang kita kenal tak sampai beberapa hari sudah tiada.
Macam kes kawan saya, kawan tempat belaja dulu. Baru masuk semester 1, tak sampai 2 minggu kenal dengan dia, lama-lama kenal dia sudah tiada. Sakit jantung berlubang….. hummm
Ya.
Semoga dia tenang disana.
Amiinnnn.
Innalillah..semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan merahmati rohnya..
Hilang seorang kawan baru ye cikgu
YA.
mudah-mudahan semua dosa Zet diampunkan.
Aminnn.
Sedihnya kehilangan seorang kawan dikala baru nak mengenalinya kan cikgu?
Al-Fatihah untuk Zet… Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman…
Ya.
Mudah-mudahan.
Itulah harapan kita semua.
Semoga rohnya tenang di sana. Kita pun akan menyusul kemudian.
Ya.
Masa kita pasti akan menyusul jua.
Sabar aja menantinya.
Alfatihah, semoga rohnya diccucuri rahmat. ajal sememangnya tak menunggu taubat.
Ya.
Marilah kita taubat setiap hari ye.
Ya!Allah..sedihnya…dah ajal dia. Smg roh kawan cikgu Titan tu bersemadi bersama insan disayangi Allah. Al Fatihah
Ya.
dah ajal dia.
Kita terima la dengan hati yang terbuka.
Al Fatihah, sesuatu yang tidak dijangka dan nampak macam hasrat beliau tidak sempat untuk dilaksanakan.
Ya.
Memang tak sangka.
Tapi nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan juga.
Al-Fatihah,
Sedihnya…tak sangka orang yang paling hampir dgn kita akan pergi dgn mengejut..semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman.
Ya.
Mudah-mudahan begitulah ye.
Af fatihah..
Hari esok xde siapa yang tahu..
Ya.
Hari esok, tau tau la pula turn siapa.
Al-Fatihah …tarikh ajal tak siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa
Ya.
Sentiasalah bersedia setiap masa.
Al Fatihah..
memang sedih kalau orang yang seharian kita berborak tetiba dah takde…
Ya.
Rasa kosong kejap la kat tempat kerja aku nih.
Mengejut rasanya tuh.
Al fatihah buat arwah…
Oh sibuk sangat lah ya sekarang ni bro…
Tapi apa pun esok jumaat kan cuti..
Boleh lah buat apa yang patut ..
Sarapan pagi dekat Warung nasi lemak sebelah petron masai ke..
Atau kena kari kepala ikan dekat restoran koperasi senibong …
kalau semua tak joyo tidur je la.. hahaha
esok khamis la weh.
aku kerja beb.
ada kedai nasi lemak ke sebelah petron masai tu?
Dulu esso sekarang Petron kot sebelah bua stand lah.. Pukul 6 pagi dia dah buka.. Memang paling popular lah dekat sini…
al fatihah..ajal tak mengira umur dan siapa..tapi mesti terasa sebab orang yang kita rapat pergi secara tiba-tiba
Ya.
terasa la jugak.
Sedih beb.
Al-fatihah…sedih baca entri ni…hurm..
Pulak.
Aku tengah serius masa tulis artikel ni tau.
al-fatihah untuk arwah..salam takziah utk kawan2 dan keluarga arwah.
Ya.
Doakan yang terbaik untuk beliau.
salam takziah beb..aku pun rasa terkejut..baca..tetibe dia dah takde..same juga kesan aku terasa ngan blogger Syuhada tu..first time jumpa..then baru bberapa hari..dia dah takde..
Oh..
aku pun terkjeut gak masa tu beb.
Al-Fatihah, memang terasa sangat kehilangan seseorang kalau kita elok-elok jer dengan dia sebelum tu, tup-tup tahu dah tiada lagi 🙁
Ya.
Masih terasa sampai ke hari ini.
Kematian itu pasti datang,cepat atau lambat kita bersedia atau tidak. Moga arwa ditempatkan dikalangan orang yang solleh.. AL Fatihah
Ya.
Sentiasa bersedia.
Cepat atau lambat aje.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh.. esok lusa mana tahu kita pulak yang dipanggil.. Semoga damai disana kawan…
Ya.
Semoga damai disana.
Amiin.
Al fatihah.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yg soleh.
Temerloh kering dan panas sekarang, mudahlah urusan pengebumian arwah.
Ya.
Dah selamat dah urusan beliau disana.
takziah.
semoga rakan awak ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan masuk syurga Allah.
amin.
Ya.
Mudah-mudahan begitulah. Amiiinnn.
Al-Fatihah buat arwah Zet moga tenang di sana.. moga roh beliau dirahmati Allah
Ya.
Semoga arwah berbahagia disana.
allahu..mati adalah pengajaran dan tazkirah paling hebat sekali
Ya.
Sentiasalah bersedia selalu.
Semoga dia tenang disana, bagaimana dengan keluarga yang ditinggalkannya?