Pukul 1 pagi tadi, aku terbangun dari tidur.
Macam biasalah.
Kalau dah tertidur awal tu, memang biasanya aku akan terbangun dalam jam 1-2 pagi nih.
Badan aku ada DUA jenis alarm.
Kalau badan penat dan aku tertidur awal sebelum jam 10 malam, biasanya aku akan terbangun pada pukul 1 ke 2 pagi. Paling lewat, pukul 3 atau 4 pagi dah terbangun.
TAPI..
kalau badan tak berapa penat dan tidur antara jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi, badan aku ada alarm yang satu lagi. Jam 6 pagi in-sha Allah biasanya akan terbangun juga. Alarm yang satu ni, aku dah didik sejak kecil lagi. Mungkin lebih tepat, mak abah aku dok rajin kejut aku suruh solat subuh, so..dari aku belajar solat subuh dulu, sampailah hari ini, badan aku ni dah terdidik bangun antara jam 5 hingga 6 pagi akan terbangun.
Dan jika aku tertidur lepas subuh, itu namanya mencari nahas.
Sebab badan aku dah takde alarm. Boleh terbangun bila-bila masa sahaja. Pukul 5 petang pun aku pernah terbangun. So, zohor memang lajak la. Sebab itu, sebolehnya aku takkan tidur lepas subuh melainkan ada orang kat rumah. Kalau masa belum kahwin, ada gak mak abah aku tolong kejut. Kalau masa belajar dulu, ada gak teman satu bilik tolong kejutkan. Bila kerja jauh dari bini ni, ada gak teman satu rumah tolong ketuk pintu atau tarik jari ibu kaki..
Bila dah kahwin ni, syukur ada bini tolong kejut.
Tapi..kalau bini dah dok pegi kerja, aku dok lanyak tidur sorang kat rumah, itu memang cari penyakitlah.
Haha..
TNamun begitu, tidaklah selalu aku terlajak sampai jam 5 petang, itupun sekali seumur hidup. Selalunya, jam 1-2 petang tu dah bangun dah. Biasanya kalau kita tak solat lagi tu, Allah akan kejutkan kita untuk ingatkan kita bahawa waktu solat dah masuk atau waktu solat dah nak dekat habis.
In-sha Allah, Allah memang akan kejutkan kita.
Pernah tak, korang tertidur tapi belum solat isyak. Tup-tup, terbangun jam 3-4 pagi walhal korang bukan jenis bangun pagi macam aku nih.
Itu salah satu tanda yang Allah sayangkan kita.
Dia kejut kita untuk kita ingat pada dia walaupun dia tahu kita selalu lupakan DIA.
So, bangunlah untuk menuju ke jalan-jalan kejayaan yang kita tidak tahu lagi.
Mungkin ada jalan-jalan kegembiraan yang lebih bermakna menunggu kita.
Mungkin ke arah jalan yang lebih menarik dan unik.
Mungkin.
Tak siapa tahu tentang masa depan masing-masing.
Jika kita tahu, hidup kita tidak akan jadi lebih menarik.
..
…
“The Journey’s no fun IF you know WHERE you’re going.” Souma – Shokugeki No soma.
Kesimpulan.
- Solat subuh tu wajib.
- Tidur lepas subuh, rezeki tak berapa nak masuk. Yelah, dah tido. Tak kerja, camana duit nak datang? Lainlah hang main MLM. Tengah tido pun duit masuk.
- Jangan join MLM. 99% syarikat MLM, plan marketing tak berapa nak halal dan majoriti takde panel syariah.
- Tidur itu penting. Tidurlah bila perlu. Jangan mengada tak nak tidur.
- Tidur bersama isteri lebih afdal. Dapat pahala lebih. Siap dapat senaman malam sebagai bonus tajaan. Mana tahu, setahun kemudian, ada senyuman comel menanti.
8,599 total views, 1 views today
Saya kalau tidur selepas jam 12.00 malam esok pagi sure badan rasa tak cukup tidur. Seboleh-bolehnya memang nak tidur awal bangun awal. Baru rasa segar.
tengok orang.
tak semua orang body clock dia sama.
Nombor 5 menarik perhatian. 🙂
Amboi.
Yang itu aje yang hang nampak eh.
hidup ini hanya sementara sahaja 😉
Ya.
Hidup ini hanya satu kali sahaja.
Bangunlah selalu.
aku pun dah sekali tertidur selepas subuh…hampeh terus lewat gi kerja…dah wife aku tak kerja syok je dia tidur tak kejutkan aku..harap aku bertabahlah sepanjang bulan puasa ni
Haha..
gi tak kerja masa tu weh?
fuh..sampai 5 ptg..tido apakah itu..haha
Tak tau la tido apa masa tu.
Tak ingat dah.
Letih macamana sekalipun, time subuh mesti terbangun. Memang tuhan sayangkan hambaNya, DIA akan bangunkan hambanya supaya hambaNYA bangun untuk menyembahNYA…
Ya.
Kita aja yang selalu lupa.
Pernah gak terlajak tidur camtu. Bila bangun terasa mcam bodoh je seharian hehe
Haha..
boleh plak jadi macam tu eh.
kehidupan berubah setelah lahirnya si bayi kan, apapun memang pengalaman yang menyeronokkna
Ya.
Memang seronok la jugak.
sejak kawen, tido takde wife disisi rasa tak best..kan…ahhaaa
Haha..
tau takpe.
saya suka tip yang kesimpulan tu
Jangan join MLM. 99% syarikat MLM, plan marketing tak berapa nak halal dan majoriti takde panel syariah.
Aku pun tengah risau bab mlm ni
Org Msia kita sendiri masuk Brunei
Bawak benda jadah ni suruh org melabur
Adehhh… kesian kat org yg rerkena kebodohan tu.. busuk nama balik2 Malaysia..
Saper tu anak kak ton tu.. haa
Tu la.
sabar aje la jawabnya kalau cerita pasal MLM nih.
tu dia, sampai kul 5 pm. kalau ada isteri jenuh membebel ni
Takde la selalu.
Jarang-jarang berlaku aje.
Hahaha.. tapi kan, banyak-banyak orang yang kejutkan tu, mesti isteri lagi special kejut tidur kan???
Tapi tidur lepas subuh memang boleh down semangat..bangun nak pergi kerja pun malas…
Aku tak pernah lagi tidur lepas sahur nih.
rugi wehh tidur.
banyak manfaatnya kalau tak tidur lepas sahur atau subuh nih.
Huh senyuman comel menyusul selepas setahun :p
Ya.
Siapa tahu, kan?
Kita cuma berusaha sungguh-sungguh sahaja.
Pergh, no 5 tu agak mendalam maksudnya. hahaha. lepas subuh tido mesti tak boleh lari. terlentok plak..haha
Tak mendalam kalau dah kahwin.
Itu ilmu yang senang faham.
owh sama juga mcm orang bisnes ujud sebab nak selesai masalah orang, tiada masalah hidup pun jadi bosan kan bro
Itu aku tak tahu.
Setiap orang berbeza.
Memang kalau tertidur tanpa solat dulu, pastinya akan terjaga untuk bangun solat
unik betul sistem alarm badan bro haha
hahaha..biasenye kalau dah tidur lepas subuh memang tak bangun dah..zohor baru bangun..memang tak jadi kerja..
tidur tu memang penting tapi kena berpada pada lah kan