Hmm..
Ehem, ehem..
Huh..
Tersekat-sekat nak menyebut.
Tak apalah.
Aku taip ajelah agar korang semua lebih mudah faham untuk membacanya.
Tekak aku dua tiga hari ini, semacam aje. Tak tahulah kenapa. Tu pasal, nak makan pun rasa kurang selera. Lepas tambah pinggan kedua, terus hilang selera. Nak mandi pun, rasa macam tak basah tuala. Bila minum air, terasa tawar.
Huhu..
Mungkin semua ini kerana debaran UPSR yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Lebih tepat, lagi TIGA hari.
Lebih khas untuk murid-murid sekolah aku, tinggal lagi seminggu sahaja lagi.
Yang 3 hari tu, khas untuk budak-budak yang ada murid berbangsa cina atau murid yang bersekolah disekolah cina atau murid-murid yang gatal nak ambil subjek bahasa cina dalam kertas UPSR mereka.
Hapepun..
Aku ucapkan semoga maju jaya dan boleh score 6A, 5A dan 8A dalam peperiksaan diorang.
Kalau dapat SATU A pun dah cukup hensem dah.
Sebab takde lagi budak dapat 1A dalam UPSR yang tak ada masa depannya kecuali mereka sendiri yang menjahanamkannya. Biasanya, budak-budak tetap naik tingkatan satu tak kiralah berapa buruk keputusan mereka dalam UPSR hatta yang dapat cemerlang pun, TETAP naik tingkatan satu.
Tak ada yang dapat 5A atau 6A, terus naik tingkatan 5.
–> Tak ada.
So, kepada mak bapak sekalian semua,
tak perlu nak meroyan sangat kalau anak korang dapat result tak berapa kena dengan jiwa korang.
Kalau ada makcik-makcik kat kampung atau jiran sebelah rumah atau datin yang mulut puaka tu, siap-siapkan diri korang dengan pistol cili dalam beg mahal masing-masing. Depa bukak mulut je, tembak terus air cili tu dalam mulut diorang.
Baru diorang tahu, tangan siapa lagi puaka.
Cabaran UPSR tahun 2016.
Tak ada ketara sangat.
Tapi, disebabkan format baru untuk kebanyakkan kertas, membuatkan aku rasa tahun ini UPSR datang dengan pakej dan format baru yang lebih memudahkan murid-murid untuk senang lulus dan berpotensi besaq untuk lebih ramai murid yang dapat markah yang lebih cemerlang.
Itu satu sisi.
Satu sisi gelap yang lain, tak semua murid biasa dengan format baru.
Sampai ujian SEGAK kena buat awal.
PAJSK lagi nak kena urus.
Sijil-sijil diorang nak kena cari. Kalau tak ada, kena buat yang baru. Kalau hilang, kena kasi jumpa balik.
Dan segala bagai lagi.
Kalau tak biasakan diri dengan tempoh masa yang sekejap ini, even korang murid cemerlang atau manusia genius pun boleh lintang pukang korang punya markah.
Sebab itu aku tak hairan, ramai budak sekolah aku mengeluh sebab banyak kelas tambahan, banyak bengkel UPSR, banyak itu, banyak ini dan banyak macam-macam. Aku sendiri dah banyak kesian tengok diorang.
Berbeza dengan zaman aku, minggu depan nak exam, boleh selamba lagi layan kartun dan main bola petang-petang. Buku teks entah ke mana, nota yang cikgu bagi pun entah ke mana.
Tak hairan, keputusan aku biasa-biasa aje.
Tapi, biasa-biasa pun..aku dah jadi cikgu. Salah satu pekerjaan impian yang pernah aku beritahu pada cikgu-cikgu aku pada setiap awal tahun. Walaupun macam derita sungguh bila jadi cikgu nih, tapi kemanisan tu tetap ada.
Ya.
Manisnya tu tetap ada.
Hensem tu pun tetap ada juga.
Kekadang..
Benda-benda macam inilah membuatkan aku rasa setiap saat aku berada kat sekolah rasa LEBIH berbaloi berbanding aku melayan karenah budak-budak TE dan mereka-mereka yang memperjuangkan MLM dan skim piramid tuh semua.
Huhu..
Hapepun
Aku harap, murid-murid aku lebih cemerlang.
Dan berjaya dalam hidup pada masa hadapan yang penuh dengan warna pelangi.
..
…
Walaupun bagi murid-murid tahun 6, aku ini hanyalah sekadar..
Guru Pendidikan Jasmani diorang sahaja.
Yang cuma ajar SATU jam sahaja dalam seminggu.
10,468 total views, 2 views today
tahun ni UPSR memang mendebarkan… Bahasa Inggeris sahaja ada dua paper…
Tu la.
Kesian cikgu-cikgu diorang nak mengajar.
Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua pelajar tahun enam.
Semoga berjaya menjawab soalan dengan lancar dan terbaik.
Saya doakan korang berjaya dengan cemerlang bila keluar keputusannya nanti.
Ya.
Semoga mereka semua boleh jawab dengan cemerlang dan dapat keputusan yang gemilang.
Sebelum ni tak rasa dengan sendiri macam mana situasi debaran tu, tetapi feel dia datang weh pas baca artikel ni.. Gud luck pada semua calon.. Jangan duk stress sangat.. jawab dengan enjoy aje.. Jangan suka sangat men tembak2.. fokus ya…
Diorang tak stress pun.
cikgu diorang aje yang lebih nak stress.
Masih ada masa lagi nak buat last minute preparation ni 😀
Ya.
Masih ada masa lagi.
cikgu jasmani pun penting gak..
bila badan diorang sihat baru cerdas. tak gitu?
Ya.
Gitu.
Betul tu.
makin senang, makin manja nanti budak budak sekolah ni
Sekarang ni pun dah makin manja dah.
Haha..
Dulu belanja sekolah 30 sen, sekarang RM3 pun belum tentu cukup.
Dulu lain, sekarang pun dah lain.
Anak saudara belah isteri kena operate.. kena appendix.. dah la nak UPSR tak lama lagi dah.. kesian pulak…
Adoi.
Kesiannnya tuh.
Alahai.. memang kecut perut lah kenangkan UPSR dengan format baru nih, harap2 anak saya dan para pelajar dapat lah menjawab dengan cemerlang.
Ya.
Semoga diorang dapat jawab soalan dengan cemerlang.
Rasa cuak lak baca status ni, time anak den nnt camno la gamaknya tah2 lagi banyak paper exam nya. Pendidikan makin lama makin seram.
Ya.
Memang makin seram
mcbar jgk zaman diorang ni, kan..
zaman bljr dhpn mcabar..
Ya.
Dunia sekarang sentiasa dahagakan cabaran.
amboihh..5a, 6a, 8a dah skrg ni yer..
pakcik dgn geng2 dulu pakat ligan 4a jer 🙂
Ya.
Samalah.
Dulu kita main 4A je paling banyak.
eh, dah nak upsr ke? cepat sungguh masa berlalu..macam baru je aritu awal tahun 2016.
Ya.
Masa bergerak pantas maa..
Sekejap je dah UPSR.
tetiba rindu pula saat jadi guru sandaran 3 tahun lalu 🙁
Haa..
nak apply jadi cikgu pun sempat lagi maa.
Saya dulu dpt 2A je… alhamdullillah. Budak2 skrg xleh push sgt nnt stress. Janji diorg mahu belajar dh cukup bagus.
Oklah tu.
Ada gak 2A.
Bukan senang tu nak dapat.
Kadang kadang cikgu yang lagi suspen dari student..Diaorang buat relaks je…
Biasalah tu.
Nama pun cikgu. Mesti suspen aje.
Budak memang rilek aje.
gudluck ye cikgu..ala..skolah bagus, takde masalah le kot..:D
Sekolah je bagus.
Budak belum tentu maa..
Macam-macam bleh jadi.
zaza mendoakan semua pelajar yang ambil upsr berjaya.. insyaallah..
Ya.
Semoga mereka semua berjaya dalam upsr tahun ini.
aku dulu esok nak UPSR aku sempat lagi main bola, macam tak ada rasa nak ambil UPSR..hahaha..semoga adik-adik akan menduduki UPSR dengan tenang dan mencapai keputusan yang cemerlang
Haha..
zaman kita, macam tu la.
zaman la nih..
faham-faham ajelah.
Sama la dengan saya, tak lalu makan mengenangkan murid nak ambil UPSR 2 hari lagi ni..
Macam saya, sekolah pedalaman, murid-murid cakap BM pun tak fasih lagi apatah lagi nak harapkan menulis dengan betul.
Mahu menangis rasanya T.T
Harap tiada murid yang tertekan dengan keputusan UPSR yang mereka dapat, hingga ada yang buat keputusan mengejutkan dan menyedihkan. Ibubapa patut ajar anak mereka yang UPSR ini bukan tanda kejayaan hidup…
Tertekan tu normal.
Kalau tak tertekan, bukan murid sekolah la jawabnya.
Hoho..
Sijil UPSR ni boleh guna tak untuk minta kerja nanti? Gurau je…. Betapa ramai di Malaysia yang hanya ada sijil Peperiksaan Penilaian (ini dulu-dulu punya sijil sek rendah) tanpa ada sijil lain dalam hidup mereka. Beruntunglah mereka yang dapat belajar dan masih belajar walau sudah tamat kelas.
Ya.
Ada peluang untuk belajar, belajarlah betul-betul.
Ramai budak yang tak ada peluang nak belajar atau kenal huruf dan nombor.
Aku hanya ada sijil peperiksaan penilaian seolah rendah. Selebihnya aku hanya ada sijil kehidupan…
Ya.
Sijil kehidupan ni yang susah sikit nak dapat.
wah…cikgu…tahniah dapat banyak kad dan hadiah…seronok nya jadi cikgu sekolah rendah 😉
Ya.
Tipu kalau tak seronok.
Haha
tahniah cikgu dapat banyak hadiah. jadi cikgu sekolah rendah memang best kan. tapinya budak upsr tu semoga mereka berjaya. memang penat tengok diorag.
Ya.
Harap ramai yang dapat A.
Tak dapat A banyak pun tak apa.
Janji, diorang buat yang terbaik.
Peperiksaan dah bermula chaiyook2. Semoga tenang menjawab soklan hehe.
Ya.
Semoga diorang boleh jawab dengan baik.
So sweet..siap ada kad ucapan untuk cikgu. Macam mana diorang tahu birthday cikgu?
Diorang add kat FB ke?
Diorang tanya guru besar.
Sebenarnya mak ayah lebih rasa tekanan dari anak anak yang periksa sendiri
Kalau dulu, orang tak ada pelajaran tak boleh pergi jauh
Zaman sekarang ni. orang yang ada kemahiran ayng boleh baut duit
Biasalah tu.
Semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung akan rasa tertekan.
terutamanya calon upsr itu sendiri.
Saya dulu pun paling suka kat cikgu PJ ni sebab memang sempoi sangat tapi hensem
UPSR pada masa kini lagi mencabar daripada UPSR pada 10-20 tahun yang lalu….