Minggu lepas, aku balik kampung.
Lebih tepat, kampung pakcik aku. Dia tinggal kat Jerantut. Oleh sebab anak bongsu nombor DUA dia dah berkahwin dan kiranya kitaorang pun agak kamcheng juga. Jadi, aku rasa aku harus untuk hadir untuk kenduri kahwin dia. Lagipun, masa aku wat kenduri dulu, dia ada datang.
Jadi, kewajaran untuk datang itu daripada harus, jatuh kepada hukum wajib dah bagi aku.
Nak dipendekkan cerita sebab dah pukul 3 pagi kat sini, jadi aku cerita sini habis sini ajelah.
Malas nak cerita panjang sangat.
Ngantuk sangat dah nih.
….
……
Okeh.
Aku balik lewat sikit malam tu.
Lepas maghrib, baru masuk highway Karak. Pastu, singgah RNR sana sini bila anak aku tu dok berak. Nak kata kena cirit, tak jugak.
Tapi..
aku hadap ajelah.
Dah namapun hidup berkeluarga.
Takkan anak nak berak pun aku nak berkira pun, kan?
..
…
Jam dah pukul 12 tengah malam.
Pasang radio. Radio bunyi macam celaka.
Serak-serak basah semacam.
Satu stesen radio tak nak berbunyi.
Hutan takde, hujan takde, taufan takde, bintang pun takde kat langit. Hape pun takde malam tu. Hawau betul. Jadi, aku pasang la CD yang bini aku suruh “burn” tuh.
Lagu Aiman Tino kedengaran.
Habis lagu Aiman Tino, Ku Rela Dibenci.
–> Lagu ni Tak best.
Sambung plak lagu Fian Ali. Semakin benci, semakin rindu.
Peh, SERAM siot.
Tengah-tengah malam, boleh plak aku layan lagu cinta. Tadi tak rela dibenci, la ni..bila dah benci, makin rindu plak.
Ini salah satu babak ngeri bagi lelaki berkaca mata macam aku.
Dok melayan lagu rindu-rindu yang ngeri nih..
Aku terperasan, anak aku terbangun kat sebelah.
Ye, anak aku memang selalu jadi c0-pilot aku.
Boleh pulak dia terbangun waktu macam nih.
Dia dok tunjuk arah tepi kanan. Sambil mulutnya tu dimuncungkan.
“Tuuu..tuuu..”
“Pehh, laju gila kete Mercedez itam tu pecut. Macam kena kejar hantu ajek. Haha!”
..
…
Yelah, aku dok lepak bawa belah kiri kat highway karak nih, memang aku wajarlah aku bawak kereta ni perlahan walaupun asyik kena hon aje dengan Volkswagen Kuning kat belakang sejak tadi. Tak pelik kalau kereta lain dok potong laju aje sejak 10 minit lepas.
Tapi yang jadi benda ni lagi pelik, apsal kereta Volswagen Kuning ni tak dok potong-potong kereta aku sejak tadi tapi boleh tahan gila bila dok mengehon kereta aku dari tadi.
Kereta lain semua dok laju potong macam pelesit.
Pelik.
Punya kosong aje lane sebelah tu, apa BANGANGnya tak nak potong. Aku ambil lane kiri. Takde siapa kat Bumi ni boleh marah aku kalau aku bawa perlahan kat lane kiri.
Bukan salah aku kan?
“Ponnn!!” Poooooooooooooooooonnnn!!”
Ok. Ini memang kurang ajar.
Aku masuk lane kanan.
Tuuupppp.
Vrooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!
Laju aje kereta Volkswagen Kuning tu memotong Black Saga aku yang dah lebih TUJUH tahun berkhidmat tanpa sebarang masalah power windows dan tak pernah lagi tukaq minyak hitam.
TAPI..
aku pelik.
Masa kereta tu dok potong kereta aku, aku terperasan takde siapa kat tempat pemandu. Kat belakang pun takde, kat tempat duduk kiri tu pun tak ada. Dalam bonet belakang lagilah tak ada..
Ya, tak ada siapa pun. Seram kan?
Dalam dok aku sibuk fikirkan masalah “FIZIK” yang tak masuk akal tu..
TIBA-TIBA..
“PONNNN! POoooonnnnnnGG!!
Dem. Siapa plak kali ini.
Aku tengok cermin belakang.
CELAKA.
Kereta yang sama.
Volswagen Kuning yang SAMA!
Demm..
Patut semua kereta dok potong kereta aku sejak tadi.
Diorang dah “kena” rupanya.
Betul rupanya cerita Volkswagen Kuning kat lebuhraya Karak yang orang dok khabar tuh rupanya sampai siap buat filem tuhh..
Terkena dengan aku kali nih wehh..
Jadi, aku baca la hape-hape ayat suci yang patut..
Dengan nama Allah yang maha bijaksana dan penyayang..
…..
………….
Aku tekan brek sambil pejam mata.
Takut konon-kononnya.
Kalau kena langgar dengan kereta Volkswagen Kuning tu. Kira reda ajelah..
Janji, kita setel kat sini, habis kat sini.
5 saat..
10 saat..
Dah lebih 12 saat ni..
Aku buka mata.
..
…
Ohhh..
Dunia dah terang.
Aku ambil baldi. Ambil tuala. Aku pergi bilik air macam biasa.
Sipnosis Filem Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
So, kalau berminat nak tahu apa jadi kat Sarah dan Fuad tu..
Boleh pi nonton wayang pada 22 September ini eh.
Siapa yang nak sertai contest, boleh rujuk pada link dibawah:
–> Blogger Contest Volkswagen Kuning
18,128 total views, 1 views today
ha ha ha…
Dah agak dah..
Cerita lejen nie…
ciss.
boleh agak rupanya ye.
Cepat betul tersedarnya haha
Tu la.
cepat betul tersedar yek.
Re-writing cerita seram… memang mengimbau kenangan lama di Karak bab Volkswagen Kuning tu. Memang ambo scroll dari atas sampai bawah. 🙂
Terima kasih.
Sebab sanggup skroll dari atas sampai bawah.
Susah tu.
hahahhaaha..sabar je lah en titan kita ni…
btw,jln penceritaan yang bagus ini
Ya.
Sila bersabar.
hahaha, bersungguh laa kami baca sampai abes, mimpi aje rupanya… ehh, mcm dok asrama pulak siap angkut baldi…
Baldi tu, saje ja tambah untuk kasi lebih seram.
Ceh habis baca…hahaha
Ok penceritaan seperti real
Laa..
Memang cerita real apa.
adehh..
punya semangat nak baca.
seram betul cerita ni ye. hehe
Tu la.
Terima kasih kerana bersemangat membacanya.
Hakak dh agak dh..x sempat nak seram…cissss
Kesian akak.
Tak sempat nak seram yek.
ingatkan pengalaman sendiri kena mende ni..sebab ni cerita legend wo…hehe
Eh.
Pengalaman kita sendiri la.
Cerita betul nih.
emm..kuat btul bro mimpi..
mcm kena g pawagam jer nka tgk kereta kuning tu..
Ya.
Sila menonoton filem itu nanti ye.
Sudah lama tidak menonton cerita hantu. Asyik bertenet sahaja. 🙂
Nanti tengok la kalau ada masa beb.
kalau buat drama pun ok jugak jalan citer ko ni..
lagi saspender..
teringat balik Puncak alam malam malam naik motor…lagi serammm
Yap.
Cerita aku lebih menarik.
Aku setuju dengan ko.
Haha
Kelakar la plakk
Eh..
apa yang kelakar?
harap lagi best jalan cerita dia.. pekin lak tuh
Yap.
Pekin yang berlakun.
Harap lagi best dari cerita aku.
Haha. Dari tajuk dah boleh agak ending cerita ni.
Hebat.
boleh agak ending cerita nih.
Dulu selalu juga dengar pasal cerita nie..Tapi kisah volkwagen (Sebut Foaksvagen) kuning dalam blog nie lagi best hehe.
Setuju.
Kisah ini lebih best.
nampaknya asyik juga ni certa hantunya …
Ya.
Memang asyik.
seram tgok …..
apa yang seram?
apesal VW kuning. takde kaler lain ke huh.
Kaler lain dah habis warna.
Bagus, hari dah terang, volkswagen pun hilang hahaha
Ya.
Hilang terus lepas aku habis mandi.
itu kaya mobil kodok deh
Ya.
mobil kodok.
mimpi rupanya..tak sangka cerita pun menjadi walaupun tak thrill sangat
Cerita ni lebih hebat berbanding cerita yang lain.
Haha.
Bro, aku nk gelak je boleh? ahahahahaaaa… best jln cerita ni, ending je kecewa sikit 😀
Gelak plak.
Aku tulis serius cerita nih weh.
Haha..
hehehe..
mimpi rupanya.
Ya.
Mimpi.
Tapi ini cerita sebenar.r
entri ni yang boleh buat filem
Yup.
Ringkas.
Dan ofkos, akan box office.
okay kalau cerita hang ni jadi la buat filem, aku nak jadi pelakon utama!
Ok.
Sila isi borang dulu.
teringat plak aku kat keter vw pakcik aku..lejen sungguh
Pehh..
hebat pakcik hang ada kete lejen.
Penuh berhati-hati je kawal perasaan agar tak tersimpang masa membaca haha.
Jadi apa yang terjadi kepada Firas?
Firas?
Dia tidur la macam biasa.
Hahaha… Dah agak dah pasti cerita mimpi punya… Tapi siok juga membacanya.
Ya.
Memang syok la yang membaca.
Hehe… Kisah mimpi yg menyeramkan
Ya.
Memang seram sangat.
cis ingatkan memang seram betul tu, baru nak meremang
Apa yang nak meremang tu?
volkswagon kuning tu mcm dalam cerita
Laaa tengah duk syiok feeling seram tetiba ada pulak baldi…hadoiiii
Baldi tu main peranan penting tau.
Oittt penting ye peranannya?
cehhhhhh ingat betul hahaha
Ehh..
ini cerita betul maa..
Khusyuk je den baca alik2 kena kincing hancing je baunya hehe.
Cerita tadi tu betul-betulke mimpi? 🙂
Terbaiklah tuan titan..menepati selera dan citarasa cerita seram orang asia..tajuk sahaja sudah beri debaran yng semacam..baru saya tahu ini yang dikategori sebagai salah satu blog terbaik malaysia.. Harap blog saya dapat jadi seperti tuan titan..
hahahaha… uik bang titan..memalam baca neh.. sekali cite last..hahahaha
Karak pun x tengok lagi…seram crita Melayu impaknya sgt mendalam. Anyway….bro bagus jadi novelis, lepas tu novel kena adaptasi jadi filem. 😀
ada bakat menulis novel kan
Tak sampai klimaks lagi bro..memang potong stim…
hampeh..selalu bro mimpi seram..
asyik aku jer terkena..
dah agak.. rekaan semata-mata.. iklan je ni.. huhuhu
Aku suke ceritanye…. Apa ada yang lebih seram lagi…..
Kesian jugak kat yang pernah kena kacau dengan volkwagen ni.. jahat betul
adoiiii lah, lawak2 😉
pekin tu orang kelantan. saje je nak bagitau
ternyata hanya mimpi saja rupanya ….saya kirain beneran
seringkali mobil yang kita tumpangi dapat terancam kecelakaan bisa karena kondisi jalan yang buruk ataupun kendaraanya rusak
seronok membacanya. unsur suspen. hehe
Wow!i Ini memang seram. Tapi lagi seram kalau kereta sendiri mati tengah jalan kat tempat terpencil, sunyi, tak da sapa nak tolong, takde line tepon, takde internet 4G, takda rumah berdekatan..
Ha macamana tu…tak ke seram mikiornya berapa hari nak terkandas tu..huhu mohon dijauhkan dan mungkin hanyalah usikan mimpi..
apekah??? hahahaha…
macam boleh agak, tapi seram gak… 😛
seram intro pon hehe.
wow..cerita seram lejen ni..
haha…
tapi ade kisah jugak.. masa tu belum ade anak…
kisah viva puteh…
tak boleh cerita.. tak pernah cerita kat sesapa haha
dah tengok cerita nih. seram jugak lah.
ko patut buat novel cite kelakar seram keh3
seraam atau lucu sebenarnya / / /
hahah lucunya….
kurang paham gue,lucu aja deh haha