Hmm.
Lagi dua tiga minggu kita akan ke tahun baru.
Tahun 2017.
Lagi tiga tahun akan sampai ke tahun 2020.
Tapi, aku masih lagi tak nampak kereta terbang melainkan di tabir wayang yang makin galak dengan filem-filem sains fiksyen yang semakin masuk akal dengan kemajuan teknologi yang semakin laju tanpa kawalan.
Ya.
Mungkin tahun 2020 nanti kita akan nampak kereta terbang.
Itu tak mustahil.
Sebab ketika zaman disket muncul dulu, aku tak hairan akan wujud games yang lebih hebat berbanding pacman dan Prince of Persia akan muncul. Nah..sekarang, bila ada pendrive yang lebih dari satu terabyte, aku tak hairan jika ada satu masa nanti muncul benda yang lebih kecil dari pendrive on the go yang boleh simpan data lebih dari 10 juta terabyte.
Itu semua tak mustahil.
Termasuklah bila aku buat duit dengan blog dulu.
10 tahun lepas, rasa macam mustahil nak buat duit dengan tulis blog.
Tapi dunia hari ini sangat berbeza.
Sudah ada banyak blog tempatan yang boleh beat blog-blog luar negara yang menjana lebih dari ratusan ribu ringgit setiap tahun. Tak perlu sebut nama. Korang bukan kenal pun siapa owner depa pun. Semuanya geng-geng dari Wangcyber jugak.
Haha..
Cukup susah aku nak tengok, owner blog yang mantop bukan dari geng Wangcyber.
Rotikaya, Ohartis, Ohmedia, Amanz, The Vocket..
Diorang yang pegang trafik kat Malaysia nih.
–> Semua dari Wangcyber tu.
Hat off to Shuth sebab wujudkan forum Wangcyber tuh walaupun la ni aku tak tahu dah siapa yang jaga Wangcyber tuh. Dah jadi lain sikit dah sekarang. Semacam aje aku tengok. Haha..
Dan aku juga nak ucapkan kepada pihak Jobdirumah yang dah beri aku peluang jana lebih dari puluhan ribu ringgit setiap tahun sepanjang aku bersama dengan mereka. Walaupun dah takde program affiliate terbuka untuk semua orang, tapi Jobdirumah tetap salah satu platform yang beri aku peluang untuk belajar dengan lebih meluas dan menambah client-client baru yang kekal setia memberi aku job pada setiap bulan walaupun kekadang aku terpaksa menolak dengan baik bila aku dok sibuk main dengan anak.
Betullah kata blogger-blogger tua dan senja.
“Dah anak nih, lain sikit feel dia. Tak leh dah nak bajet muda sangat dahh..”
Betul.
Aku ni dah kira tua dah dalam dunia blogger.
Start menulis dan merepek sejak tahun 2001.
La ni dah dunia 2016.
Maksudnya dah lebih dari 15 tahun merepek kat dunia online nih.
Sebab tu, aku tak hairan bila blogger-blogger baru naik tak kenal aku.
Dan atas sebab yang sama juga, aku tak kenal diorang.
Sebab diorang baru sangat.
Walaupun ada yang baru aje setahun dua, dah bajet sifu dan dah bajet blogger hebat.
Tang mana hebat, aku tak tahu.
Sebab tu aku tak tahu, aku tak kenal sangat.
Sebab definisi hebat bagi setiap orang, adalah berbeza.
Setiap orang ada taakulan dan anggapan tersendiri.
Apapun..
Terima kasih juga kepada semua yang tetap kekal SETIA datang ke blog ini sampailah ke tahun 2016 ini.
Terima kasih sebab kekal setia melawat dan menulis komen kat blog aku sejak zaman earncent.com hinggalah ke era blog ini.
Semoga korang semua terus setia membaca setiap tulisan aku itu.
Terima kasih atas segalanya.
..
…
Thank you for everything.
Grazi di tutto.
5,925 total views, 1 views today
Sekarang nie terlalu banyak sifu yang ajar itu ini.. tapi yang peliknya, dorang mintak bayaran sampai beribu2.. hmmm
Biasalah tu.
Pengalaman depa mahal tu.
thanks juga pada cikgu banyak info saya dapat kat sini. thanks sudi jadi kawan alam maya
Ya.
Sama-sama beb.
Semoga info tu memberi manfaat.
terima kasih jugak atas perkongsian selama nih
Ya.
Sama-sama.
Kongsi aje, tak susah mana.
Letih main game zaman disket. Kalau corrupt tension sangkut game. 🙂
Haha..
tahu tak apa.
Masa tu, sabar ajelah jawabnya.
Zaman disket dulu aku main game Pokemon Blue je 😀
WangCyber sekarang dah macam tempat untuk orang share artikel copypaste je. Setiap awal bulan akan dapat notification dari wangcyber, and banyak cerita yang amik dari berita
rasa sebab dah orang lain pegang wangcyber tu rasanya..
Biasalah tu.
Dah tuan rumah pun dah orang lain.
Lain la strateginya.
yup..dpt kenal blog bro bru tahu cara buat duit dgn blog..
terbaik bro..
Oh..
baguslah kalau begitu.
Ada juga yang rasa manisnya.
Tahniah le dapat bertahan lama..
Aku kalau ikutkan ligakampung dah 10 tahun tapi sedang berubah ke arah wajah baru..
pelan2 buang artikel lama..
10 tahun tu.
Lama.
Bukan senang tu nak kekal momentum.
Long time not see my lagendary friend… 🙂
pejam celik dah dekat 15thn bos buat duit online dari blog rupanya… hebat2 bro!
Wangcyber? Takmo tlg2 depa ker bro…kot2 idea bombastik bro bleh bikin WC panas semula…org2 macam bro amat diperlukan disana… 🙂
Aku dah tua.
bagi la orang lain yang lagi muda.
Cepat sungguh 2016 nak pergi meninggalkan kita…
Sedar tak sedar, lagi bape hari je nak masuk tahun 2017.
Tahniah bro. Dari zaman bujang, sampai ke zaman beranak-pinak – semoga kekal sampai ke anak cucu. 😀
Ya.
Baru aku sedar, aku dah tua sebenarnya.
Harapnya saya dapat bertahan lama dalam dunia blogging.. Tapi itulah.. sejak dua menjak ni, sibuk aje memanjang.. haha
Ya.
hang sibuk dan malas, kan?
Thanks for sharing cikgu :D.
btw tak terase bentar lagi udah 2017 ye.
Ya.
Sekejap benar rasanya.