Bila cik anon dah marah, habis semua website government dihacknya. Inilah akibat bila bermain dengan api. Dah kata dah, sarang tebuang jangan dijolok, harimau jangan dimasuk kandangnya, jangan kacau ular sedang mengawan..kan..dah kena hack. Itulah..bukan nak melaga-lagakan sesiapa, tapi bila dah macam-macam perkara dan isu ditimbulkan, tapi pihak yang besar ni tak mahu juga ambil tindakan, tidak mahu juga ambil ikhtibar dan hari ini, berlakulah epik terbaru di Malaysia, perang siber antara cik anon dengan polis siber. Itupun kalau betul berperang. Dan berkesudahan, sudah banyak website government yang sudah kena hack..
Walaupun aku bukanlah kaki download movie atau mp3, tetapi kekadang, aku ada juga download beberapa lagu untuk dengar. Tidaklah selalu sebab aku pun bukannya jenis dengar lagu sangat. Itupun, kalau ada yang berkenan. Tak berkenan, memang aku jarang masuk website-website sharing file ni. Cuma satu, jangan dikacaunya mediafire. Itu salah satu tempat aku simpan macam-macam file untuk tujuan business aku. Kalau itu juga ditarik balik, aku yakin ramai orang juga akan mengamuk. Even harga RON 97 dikatakan turun 10 sen, ianya tetap tidak dapat mengendurkan kemarahan pihak yang terbabit.
Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Pihak yang berkenaan, kena ambil tindakan dan jangan hanya buat sardin macam selalu. Ingat sardin tu sedap sangat ker? Kalau tak kena cara, tak lalu makan.
Depositfiles, megaupload, akhirnya. No more download percuma? Nasib beberapa sharing file seperti mediafire dan hotfile masih boleh digunakan. Fuhh…
Bukan aku menentang sesiapa. Cuma kalau berlaku ketidakadilan, perkara seperti inilah yang akan berlaku. Aku tak mahu pihak berkenaan kena buat tweet 1000 kali untuk meminta maaf sudah la.
Ps: Setakat pagi ni, dah beberapa site government kena hack. Tak tahulah kul 8 pagi esok, berapa banyak yang dah kena hack. Bukan aku merestukan. Tetapi kekadang, seseorang kena bagi hint kejam macam ni pada pihak berkenaan.
1,766 total views, 1 views today
as a blogger kite kene ketat kan lagi secure ..sbb b4 ni blog aku pon penah kene hack jugak…pengajaran tu..hehehe..^_^
Entri terkini :Tetibe lak rindu kat die #jiwang
Watch my video song!!
hoho..pernah kena hack ke? Betul tu..kena pandai jaga blog masing-masing. kalau kene hack, boleh dapat balik, takpe..kalau tak dapat balik..sakit la..
Hehe..biasalah tu..
Emm mintak jauh la dari hack ni..saya orang baik tidak hiraukan sape2..harap org pun jagn hiraukan blog saya sudah ler..hehe..datang singgah mengomen dan melawat, itu dialu-alukan..