Huh..
Bangun pagi kul 5 pagi.
Ya, lebih sikit.
Tengok orang sebelah, muka bini.
Cantik walaupun tengah tidur.
Gi masak air. Gi basuh pinggan. Gi ikat plastik sampah. Gi susun beg kerja.
Oh lupa.
RPH hari ini masih belum tulis.
Ada EMPAT RPH kena tulis.
Ambil masa kejap.
Fikir, congak dan wat kira-kira apa yang patut.
Terus tulis.
Siap RPH empat bijik.
Tak susah nak tulis RPH. Cuma aku sendiri rasa ralat dan ralit sikit bila nak tulis benda ni.
Kena ada “silent moment” masing-masing.
Baru sedap tulis RPH.
Dan in-shaa Allah, apa yang kira rancang dan tulis dalam RPH itu, akan dapat dilaksanakan sebaiknya dibilik darjah tanpa ada halangan. Yang penting, niat. Nak bantu budak-budak kenal benda asas agar satu hari nanti, tak menyusahkan mak bapak diorang.
Dah siap semua.
Pegi mandi.
Lepas tu, pakai baju sukan dan seluar treksuit.
Itu pakaian rasmi aku sekarang.
Jadual terbaru, tiap-tiap hari ada kelas PJ.
So, ada LIMA pasang baju dan seluar dah tersedia kat gobok baju.
Senang.
Ahad warna hijau. Hari Isnin baju merah, Selasa masih merah. Rabu warna biru. Khamis warna hitam.
Kalau kena pergi meeting, selamba badak aje pakai baju sukan.
Okeh.
Sambung balik, sembur bedak, letak mintak rambut. Sikat pakai jari.
–> Dah hensem dah bapak Firas.
Kompem semua cikgu perempuan cair dan anak murid bangga.
Gi minum kopi panas yang bini buat.
Gi masuk bilik.
Tengok anak dah bangun dok melompat-lompat atas katil.
Nampak bini tersenyum kelat melayan telatah anak yang baru kenal tentang kehebatan spring katil yang anjal lagi empuk.
Bini terus hulur tangan.
Cium tangan.
Sebagai lelaki, kita balas dengan satu ciuman mesra didahi.
Tak boleh lebih-lebih.
Ada mata-mata kecil yang memerhati.
Nak lebih-lebih, malam nanti.
Huluq tangan. Anak cium tangan. Cium pipi.
Okeh.
Dah cukup syarat nak pi sekolah.
Pegi kat kereta.
Start enjin kereta.
Ambil nametag.
Pasang kat baju.
Okeh. Senget sikit.
Tak apa.
Cikgu PJ korang memang senget sikit.
Tengok cermin belakang, cermin kiri dan kanan.
Tak lupa juga tengok cermin hati.
Semua hensem.
Kadang-kadang, jadi hensem dimata anak murid ni adalah satu keperluan dan sarapan minda mereka.
Tak salah jadi hensem atau berlakon hensem.
Bukan satu dosa pun.
Sekurang-kurangnya, kita cuba untuk menggembirakan hati-hati kecil yang selalu dahagakan kasih sayang dan perlukan perhatian kita sepanjang masa.
..
…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
Vroommmmmmm…
Lagu radio: Mentega Tangan – Vio Pipe
11,620 total views, 1 views today
Rutin harian kehidupan seorang guru..
Dah lama tak tulis RPH… dulu saya panggil RMH..
Ya.
Rutin biasa setiap hari.
Hoho2…dah macam kerja shift jek tengok..awal pagi pegi balik lewat petang… semoga urusan bro dipermudahkan menjadi seorang guru yang dicintai dunia akhirat…ameen
Biasalah tu.
Semoga segala urusan dipermudahkan.
fuh… padaat rutinnya
Ya.
Sesangat padat.
Itu fakta bukan mitos.
wahh macam suami mithali gituu. hehe
Ya.
Saya memang begitu orangnya.
selamat kembali bertugas cikgu.
Ya.
Saya sudah kembali bertugas.
Wahhh cikgu PJ rupanya. Dulu sempat juga jadi cikgu sekejap. Dapatlah rasa kepenatan buat RPH tu. Memang memerlukan kerajinan serta tenaga nak buat. haha
Ya.
Cikgu PJ yang hensem lagi gagah perkasa.
Cikgu PJ tak semua senget. Cikgu PJ yang senget yang tulis blog ni je….
hahaha
Yelah.
Aku sorang je la yang senget.
Saya sangat setujuuu dengan cikgu
Terima kasih kerana bersetuju.
Baru nak tanya RPH tu apa..,
Bila ada masa kita ngeteh2 lagi mau
RPH tu rancangan pengajaran harian
Tak tahu, sila search google.
Ngeteh?
Boleh je. SMS la weh.
Selamat kembali bertugas! Budak-budak kat sekolah tu nampak je macam gangster, tapi sebenarnya mintak perhatian je tu
Ya.
Gangster kecil-kecilan yang sangat dahagakan kasih sayang.
Boleh ke maintain bangun pagi jam5 bro hehe..RPH tu apa? lol
Boleh je.
Kena set alarm badan dulu.
LOL haha teringat RPH teringat masa aku jadi cikgu sambilan tahun 2009 huhuhu… cepat gilos masa berlalu, walalupun setahun ja.. memamng kenangan manis jadi cikgu kontrakk huhuhu
ohh..
penah gak rupanya jadi cikgu ganti ye.
hang brainwash hari hari bangun pukul 5 pagi ka, terbaikkkkk
Takdelah hari-hari.
Tapi biasanya macam gitu la.
haha..salam dan cium dahi isteri tu bagus sangat. hug sikit, bagi tenaga sikit pagi2 =)
Kan dah cakap, yang lebih-lebih tak leh cerita.
haha
Nak tengok anak murid kacak tengok pada cikgunya. 🙂
Ya.
Cikgu PJ diorang memang kacak.
begitulah rutin harian, yang penting happy barulah tak rasa terbeban
Ya.
Kena happy.
Baru ada happy keluarga.
rutin harian.. lama2 dah biasa…
Alah biasa, tegal biasa.
Gatal pun biasa.
macam ni pun boleh jadi blogpost..ahaha..kagum sungguh..
Macam ni pun dah cukup.
Malas nak ngarut sangat.
all the best cikgu
Ya.
All the best kepada semua cikgu di dunia ini.
hui ni cerita sepanjang pagi ye..hensem di mata anak murid sangat penting
Ya.
Budak selalu kata aku hensem.
RPH tu macam diari ke? Tak tahu sebab x pernah Jadi Cikgu..
Gi Kerja hemsem…
Kat rmh hensem ke berserabai? Haha
RPH tu, rancangan mengajar.
Kena tulis setiap hari.
Seronok dan penat melayan telatah anak yang baru nak kenal tilam spring kan? Hehe