1. Esok dalam jam 10-11 pagi aku akan bertolak ke tempat kursus aku tu. Agak lama jugaklah. Tapi aku akan cuba balik pada hari Jumaat. Jadi, dapat cuti sabtu dan ahadlah. Tapi tengok keadaan kalau keadaan tersebut membenarkan untuk aku lari sekejap. Sudahlah kena drive 3 jam. Fuhh, penat..3 jam pergi, 3 jam balik..
2. Mungkin aku takkan update untuk blog ini. Tapi aku cuba untuk setkan 3-5 artikel untuk minggu ini untuk tatapan korang jika korang hadir ke blog aku ini. Blog aku yang satu lagi, aku akan setkan artikel yang akan keluar pada minggu hadapan. Sila baca ye.
3. Advertlets dah buat sardin lagi dengan aku. Aku hantar email. Diorang tak balas. Aku tengah tunggu bayaran dari Advertlets yang sedang pending ni. Takpe. Aku bagi chance sampai minggu depan. Kalau tak dapat, aku akan masuk ke fasa seterusnya untuk kutip hutang. Takkan nak tunggu 2 tahun lagi kot??
4. Website manggaad dah tak leh masuk bila aku try masuk 3-4 kali semalam dan hari ini.

5. Harap-harap permohonan untuk blog A aku tu akan diterima oleh pihak Innity. 😀
6. Esok mula puasa. Kepada semua, Selamat berpuasa. Jangan tak puasa penuh. Terutama bagi yang lelaki. Perempuan takpe. Ada hari OFF.
Ps: Susah gak rupanya nak buat macam dulu. 100 artikel sehari. Nampak sangat aku dah tua..
2,559 total views, 1 views today
100 artikel sehari? Pergh! Tak krem ke jari?
tagline baru titan..dah tua baru orang kenal…hehe
Emm biasa la kan..usia muda tak sama dengan usia tua..tu la dulu kerja kuat sangat..hehe