Ops Piramid. Pastinya ini salah satu sejarah Malaysia pada tahun ini. Operasi yang boleh dikatakan agak besar-besaran dan memaksa banyak pihak untuk mengerah tenaga untuk membawa kembali semua pelajar malaysia yang berada di Mesir. Pasti krisis panas di Mesir ini akan diingati semua orang kerana ini mungkin merupakan titik tolak kejatuhan kerajaan Hosni Mubarak. Pasti banyak benda yang si Hosni hendak fikir dan lakukan untuk mengatasi masalah ini. Dan peristiwa rusuhan yang berlaku di Mesir menandakan rakyat sudah tidak tahan dengan apa yang dilakukan oleh golongan pemerintah.Aku harap ada sesuatu yang baik berlaku disebalik kejadian ini dan aku harap ianya bukan konspirasi dari US atau Israel ataupun mana-mana konspirasi yang banyak dikatakan. Aku harap ini benar-benar yang dikehendaki oleh rakyat.
Majoriti hampir kebanyakan blog bercerita tentang Hosni dan juga apa yang sedang berlaku di Mesir. Tidak kurang juga banyak ceritanya dikalangan rakyat dan menteri-menteri dinegara kita. Baik dari tukang kebun, hinggalah perdana Menteri kita dan juga mantan perdana menteri pasti berfikir dan berkata tentang isu panas yang berlaku di Mesir. Pasti ada kisah disebaliknya dan pasti ada kesudahan hasil dari apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir. Apapun, aku harap ianya berakhir dengan baik dan tidak melibatkan kematian.
Soal hidup dan mati,itu hakikat semua manusia dibumi ini.Bumi ini kecil. Matahari itu sangat besar dan panas.Pasti ada sebab kejadian bumi dan matahari. Begitu juga dengan kejadian manusia. Jadi, ambil ikhtibar diatas apa yang berlaku. Jangan dipolitikan, jangan disusahfikirkan. Anggap ianya sebagai satu permulaan. Permulaan yang baik.
Ps: Adakah Hosni Mubarak akan mengaku kalah begitu sahaja??
1,894 total views, 1 views today
pengganti skrg dilihat agak sukar manjalankan tugas apabila seringkali diboikot oleh puak2 penyokong mubarak
Begitulah lumrah kehidupan..ada permulaan dan ada penamatnya..
tp nampak mcm cengkaman mubarak masih menguasai tuuu. mursy payah nak buat perubahan