Ya. Jika aku teringatkan kembali, sudah banyak kenangan yang aku dapat ketika aku mendaki gunung kinabalu. Waktu itu, aku masih pelajar di Universiti Malaysia Sabah. 4 tahun aku di UMS, menjadikan aku seorang yang lebih berhati-hati. Dalam banyak perkara. Duit, perempuan, hati, jati diri, insaf, kemaafan dan erti persahabatan. Pendek kata, waktu itulah saat-saat aku kenal diri aku yang tak seberapa ini. Aku kenal dunia luar yang berbeza dengan taman-taman didalam hati aku.
Cuma mungkin kenangan aku lebih pada pendakian aku yang kali ketiga. Aku pergi bersama seseorang yang aku rasa sangat rapat dengan aku waktu itu. Ya, aku dulu agak liar juga. Ramai juga gadis-gadis comel yang meminati aku. Adakah aku kacak? Aku tak pasti. Tapi jika comel, mungkin. Ramai gadis mengatakan aku kiut dan comel. Betul atau mereka saja nak ambil hati aku, aku kurang pasti. Dengan jawatan yang agak tinggi dalam kelab, nama aku agak dikenali. Kena pula, kelab silat. Jadi, mungkin itu salah satu daya penarik yang ada kat diri aku. Bukan mahu bangga diri. Tapi itu hakikatnya. Tipulah aku tidak tertarik dengan mereka semua dan memang aku tertarik dengan satu orang gadis. Tapi kini, gadis itu bukan milik aku. Sudah jadi tunangan orang. Aku harap dia bahagia hendaknya.
Ini video pendek yang kawan aku buat. Trip kami ke Kinabalu. Agak mencabar. Aku dan kawan aku kena lead kumpulan kami yang lebih 60 orang dari pelbagai sekolah di Universiti kami. Bukan mudah. Tapi aku yakin kami boleh bawa. Dan akhirnya, separuh berjaya sampai ke puncak. Lebih kurang 40 orang yang berjaya menawan gunung kinabalu ketika itu dan ada satu peristiwa yang memang aku takkan lupa melainkan aku hilang ingatan atau mati. Gadis itu berhenti disatu tempat. Kiranya dia macam menyorok dicelah batu. Bila aku perhati betul-betul, memang gadis itu. Dia kesejukan. Punya tebal baju sejuk, boleh lagi kesejukan? Aku pakai baju satu baju didalam dan baju sejuk diluar. Ingin bagi baju sejuk aku, tapi nanti aku pula mati kesejukan. Jadi, aku tunggu dan temankan dia. Dia gagal tawan puncak Kinabalu. Mungkin bukan rezekinya. Jadi, aku harap dia akan naik ke puncak pada satu hari nanti. Banyak kenangan aku dengan dia. Tapi dia bukan milik aku. Aku reda dengan apa yang terjadi. Mungkin itu takdir kami. Aku tahu dia masih ada sayang pada aku. Begitu juga aku. Setia pada janji. Cuma kami tahu, kami mungkin tidak ditakdirkan bersama.
Lupakan seketika tentang dia. Layankan video yang kawan aku upload dari Revver ini. Kenangan di Kinabalu. Susah dilupakan, sukar untuk diertikan.
Ps: Kisah lama. Kadang-kadang terkenang. Kadang-kadang lupa..
2,405 total views, 1 views today
Pernah sekali jer naik gunung..tapi bukan gunung kinabalu..gunung tahan..memang perasaa gembira tu masih terasa sampai ke hari ni..kalau diberi peluang lagi, rasanya nak twan lagi gunung tahan tu…
Pernah naik sekali jer.. Tak berjaya tawan sebab froz tengah jalan.. Almaklumla, tak berapa nak cukup penebat.. Tapi banyak kenangan juga masa daki gunung ni.. Biarlah semua jadi kenangan..
U silat apa ye.i ums jg.pernah naik gunung kinabalu tapi tak sampai.u bawa grup apa ye.