1. Bagi sesetengah blogger, ada yang suka letak iklan kat blog mereka. Termasuklah aku.
2. Kadang-kadang, iklan mereka merata-rata kat dalam blog mereka. Kat atas, kat bawah, kat tepi, kat dalam artikel, kat dalam komen, kat page 404 dan macam-macam lagi letak.
3. Tapi sedarkah mereka jika mereka berbuat demikian, makin ramai orang akan menyampah dengan blog mereka? Kalau isi kandungan dalam blog mereka menarik dan orang suka baca, itu lain ceritanya. Tapi kalau isinya cumalah copy dan paste dari surat khabar online dan cedukan dari artikel orang lain. Aku rasa orang dah susah nak lepak kat blog korang tu. Kalau awal dulu, nampak kemas dan banyak informasi berguna dalam blog korang, tapi sejak letak iklan merata tempat ni, aku rasa ramai yang rasa nak muntah tengok blog korang tu. Aku tahu income blog mereka tinggi sebab trafik masuk bukan dari direct visitor, tapi dari jus SEO yang korang buat. Tapi aku tetap rasa menyampah gak. Orang puteh kata agak annoying..
4. Kalau iklan html, boleh terima lagi. Ringan. Tapi kalau dah masuk iframe dan javascript dan iklan tu lebih dari 3 bijik, besar-besar gajah pula tu, aku rasa macam dah lagi berat daripada aku angkat dumble 30 kg setiap hari.
5. Ada blogger memang suka letak merata iklan kat blog mereka. Ada orang suka letak 1-2 aje. Itupun yang paling mendatangkan banyak income sahaja atau yang betul-betul terpilih dan sesuai dengan blog mereka.
6. Ada blogger yang gilakan duit, dia letak merata iklan kat blog mereka. Sampai nak masuk blog mereka pun dah super lembab. Siput pun lagi laju agaknya kalau lumba lari dengan kelajuan loading blog mereka.
7. Bukan tak boleh letak iklan. Boleh. Cuma biarlah berpada-pada.
8. Nak letak banyak mana pun tak apa. Aku tahu itu hak korang. Tapi kalau korang bising tak dapat komen, tak dapat trafik, orang benci blog korang, orang kata korang bangang. Jangan bising plak dalam blog sampai tulis artikel kenapa blog korang tak dapat komen. Itu bengong namanya.
9. Kalau…
Ps: Sila sambung sendri. AKu dah rasa macam hangin semacam aje bila taip artikel nih. Tak tahu kenapa. Bulu roma dah naik semacam aje aku rasa ni..
2,279 total views, 1 views today
Emm betul lah tu..saya pun kurang suka kalau blog banyak iklan..kalau kena susunan yang menarik ok gak..hehe
aku cukup menyampah kalau iklan yg jenis floating. sibuk menghalang utk membaca posting. aku kalu jumpa blog mcm ni aku close jer
betul… biasa blog yang baru nak naik ….
rsnye blog ciktom byk gak iklan…hahhaa
kalau saya memang tak suka letak iklan.. iklan pun tak sudi nak ambil blog saya.. cemane.. ahhaha
saya letak 3..ok la kan..gabung komli dengan jomniaga..
Setuju! Paling sakit jiwa raga bila buka2 blog, bertempek floating campaign kiri kanan atas bawah.. Nak baca entri pun tak boleh.. Semak! 😡
Eheh, emo pulak.. Bukan tukang taip artikel je naik hangen.. Tukang komen pun dah berhangen semacam jer nih.. Astaghfirullahalazaim.. Tenang Mieza tenang.. Kehkehkeh~~