1. Ada isu lama yang menjadi baru dalam kes Advertlets baru-baru ini. Ada beberapa blogger claim yang Advertlets tak bayar mereka. Betul atau tidak. Aku rasa kedua-duanya ada. Ada yang betul, ada yang tidak.
2. Syarat untuk terima bayaran dari Advertlets adalah kita kena request bayaran dan tunggu 45 hari sebelum duit komisyen kita itu masuk ke akaun bank yang kita berikan. Jadi, korang kena tunggu 45 hari dulu. Jadi, yang sesetengah dari korang buat bising yang Advertlets tak bayar kenapa? Walhal..baru aje 2 minggu lepas korang request dari Advertlets. Tak reti sabar ke?
3. Tapi ada juga kes yang dah berbulan-bulan tunggu, 45 hari pun dah lepas..dah masuk 2-3 bulan pun ada. Jadi, bilakah agaknya Advertlets nak bayar para blogger ini? Jadi, agaknya apa Josh Lim nak jawab?
4. Ada seorang blogger kata disalah sebuah artikel di blog aku yang satu lagi itu, biasanya dalam 3 bulan, barulah akan ada bayaran dari Advertlets. Kiranya, macam setiap bayaran yang kita request, akan dapat dalam tempoh 3 bulan. Biar betul?? Aku perlukan double triple confirm untuk mengesahkan hakikat ini.
5. Aku dah request bayaran kedua dari Advertlets bulan lepas. Kalau betul telahan 3 bulan itu, aku dijangka akan terima duit aku bukan sahaja selepas puasa, mungkin selepas raya iaitu pada bulan Ogos. Mungkin juga awal atau akhir September 2011. Itu sudah cukup lama. Aku tak mahu tunggu seperti bayaran pertama. Hampir 2 tahun menunggu. Itu kerja gila. Aku dah cukup gila. Aku tak mahu menambahkan lagi kegilaan aku.

Ini earning Advertlets yang terbaru. Mungkin tak cukup untuk RM100 untuk bulan ini. Sekarang pun, baru RM74 lebih sahaja. Kalau setiap hari maintain dapat RM3-RM4, mungkin akan cecah RM90 pada 30 Jun nanti. Tak tahu sempat atau tidak cecah RM100 untuk bulan ini. Hoho..
Aku harap pihak Advertlets boleh selesaikan masalah pembayaran yang tidak habis-habis sejak tahun 2007 lagi. Sekarang dah 2011. 4 tahun dah berlalu. Takkan masalah yang sama masih tak selesai juga??
Ps: Aku harap program Noobie tak buat hal macam Advertlets nih pula. 🙂
![]()




hmm.. apasal la diorang lambat bayar ek
susah sangat ke nak proses sume tu
Saya pulak lain ceritanya..tak pernah langsung dapat bayaran dari program ni..hahaha…