Sekarang ni aku kat Jerantut. Singgah rumah kawan jap sambil main internet. Internet kat sini agak laju biarpun menggunakan celcom broadband. Kiranya kalau nak download anime ke filem ke untuk 1,2 episode, memang tak ada masalah. CUma sayang sikit ajelah kat bandwidth, mahu kena telan dekay 400-500 MB macam itu aje. Lagipun dah nak hujung bulan ni, kalau rasa nak perabis bandwidth, inilah caranya. Jadi, aku download gak 1 episode filem korea. Jadilah kan? haha..
Petang karang, lepas makan tengah hari dengan kawan aku, barulah aku beransur ke tempat kursus. Ambil masa dalam 2 jam setengah kalau bawa cepat. Kalau bawa biasa-biasa, adalah dalam 3 jam. Tak jumpa tol dan highway sebab aku ikut jalan kampung. Ok gak tu. Cuma minyak kena isi awal-awal. Ada dalam 3 bar, dah cukup untuk sampai ke sana.
Oklah, aku nak gi keluar makan. Lapar..
PS: ni. Best ke tak ekk?? Drive Angry to Jerantut? Haha..macam salah aje grammar aku tu. 😀
1,649 total views, 1 views today