OKeh.
Sebenarnya saya isteri dia.
Ini tajuk drama yang MUNGKIN akan jadi TOP dan HOT dalam beberapa bulan ini kerana pasti ramai gadis-gadis comel bertudung dan makcik-makcik akan menontonnya setiap kali drama itu keudara.
Aku dah baca sedikit novel “Sebenarnya saya isteri dia” tu. Yang versi online punya. So far, not bad gak la. Lebih kurang juga macam cerite “Mencintai Ain Maisarah”. Watak lelaki mesti jahat. Mesti keji dan kejam. Tapi hati baik. Dan kalau perasan, hampir semua drama dan juga novel berpaksikan jalan cerita macam tu.
“Korang memang suka tengok orang perempuan tersiksa macam tu ehh?”
Dan orang perempuan pun suka lelaki jahat dan nakal macam tu. Nampak jahat, tapi baik hati sebenarnya.
Aku rasa, semua perempuan nak macam tu. Nak benda tu berlaku sekali dalam kehidupan diorang. Betul tak?
Jangan tipulah. Dengan dah disogokkan banyak drama macam tu. Sekarang, beratus-ratus novel pun tulis benda yang lebih kurang sama, takkanlah korang tak teringin nak kena satu kali macam tu? Kena plak, lelaki kacak yang buat macam tu, super handsome, banyak duit, anak orang kaya..ada syarikat besar, atau kerja sedap..atau pewaris company besar..JAHAT tapi baik hati..BOHONGlah kalau ada perempuan tak nak kan?
Yahh..ini semua rekaan. Jarang terjadi dalam kehidupan sebenarnya. Tapi kekadang, terjadi gak.
Jadi..kalau nak tahu best atau tidak drama “Sebenarnya saya isteri dia“. Bolehlah korang tonton lepas ini.
Haha..
Pemilihan Tizz Zaqyah sebagai isteri yang bertudung itu sangat sesuai. Aku tak rasa ramai pelakon perempuan yang lain boleh bawa watak bertudung selain Tizz Zaqyah dalam industri lakonan di Malaysia. Event Fida Ibrahim pun kalah. Siti Nurhaliza jauh sekali. Fasya Sandha? Nora Danish? Scha? Rita? Tak leh. Tizz Zaqyah tetap nombor satu.
7,698 total views, 2 views today
Menarik bunyinya.. pasti ramai yang tak sabar menunggu
jalan citer lebih kurang sama..ending mesti la eppy kan…
blh gak beli aku kiki novel gak…ni baru katam novel “cinta si pematah hati”
Ada kat rumah. Belum sempat nak baca. hehe
waaa tebalnya, hmm bolehla tgk drama tu, tgk novel tu ntah bila nak khatamnya
saya pun tak faham kenapa org suka layan drama-drama sedih mcm tuh. kalau saya, saya tak suka… begitu juga dgn novel.. saya tak berapa layan novel cinta. saya lebih suka layan novel-novel berbentuk Islamic.. 😉
Perghh….kalau ikut skrip novel mahu jadi macam citer ADAM HAWA – 80 Episod
Nampaknya, ambe mmg belum mampu utk bace novel2 cmni..hehe
aku layan tv je cerita ni..xde masa nak baca buku novel tebal2..
macam ne nakk beli novel online eh??saya nak beli novel ne…